ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Elak Insiden Pokok Tumbang Berulang, Prasarana Digesa Kaji Laluan Rel Berisiko

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Loke-Prasarana-tree-(1).jpg


Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) digesa untuk menjalankan kajian mendalam mengenai kawasan-kawasan yang berisiko tinggi mengalami insiden pokok tumbang sepanjang laluan rel syarikat itu. 


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Prasarana perlu mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang terlibat.


"Kerja-kerja penyelenggaraan ini sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa PBT dan terdapat juga kawasan-kawasan persendirian, jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk ke kawasan tersebut.


Loke-Prasarana-tree-(6).jpg


"Namun, sebagai operator kita perlu lebih proaktif dan saya minta Prasarana supaya membuat satu siasatan (kajian) yang lebih terperinci dengan melihat kawasan-kawasan yang berisiko ini dan seterusnya berbincang dengan DBKL atau PBT yang terlibat mengenai perkara itu terutamanya di sepanjang jajaran yang melibatkan laluan monorel dan LRT,” katanya. 


Kerjasama dan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan atau pemilik tanah persendirian adalah penting kerana isu-isu seperti penyelenggaraan pokok biasanya di bawah PBT atau pemilik tanah persendirian dan bukannya di bawah bidang kuasa kementerian atau Prasarana. Namun begitu, sebagai pengendali, Prasarana perlu mengenal pasti lokasi-lokasi berbahaya ini melalui siasatan yang menyeluruh.


Loke menyatakan bahawa monorel dan LRT merupakan sistem pengangkutan yang lebih berisiko terdedah kepada insiden seperti pokok tumbang memandangkan landasannya terletak di tengah-tengah pusat bandar.


Loke-Prasarana-tree-(4).jpg


"Sebab kita punya sistem rel ini kebanyakannya rel bertingkat (above ground), kalau di bawah tanah itu tiada risiko begini, tapi monorel ini landasannya di tengah-tengah bandar raya.


"Memang penyelenggaraan pokok itu antara agenda utama...sebelum ini pun memang ada penyelenggaraan berkala tetapi dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti ini kita perlu melipat gandakan tumpuan," katanya.


Selasa lalu, seorang lelaki menemui ajal manakala dua lagi cedera apabila sebuah pokok tumbang menimpa 17 kenderaan dan landasan monorel akibat hujan lebat serta angin kencang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-07-2025
Berita Auto

17-06-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

26-11-2024
Berita Auto

12-03-2024
Berita Auto

11-01-2024
Berita Auto

07-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.