ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Johor Cadang Pembangunan ART, Lebih Baik Daripada LRT, Ini Sebabnya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui

RTS-ART-JB-(2).jpg


Kerajaan Johor telah memilih untuk menggunakan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) sebagai pengangkutan awam di Johor Bahru atas beberapa faktor, termasuk pertimbangan kos. 


Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata, keputusan ini dibuat berdasarkan kajian kebolehlaksanaan yang telah diadakan untuk mengatasi isu kesesakan di bandaraya tersebut. Kajian yang dibuat turut menunjukkan perbandingan kos antara LRT dan ART. 


Anggaran kos pembangunan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) untuk bandar raya tersebut mencapai RM16.7 bilion, dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan kos penyediaan infrastruktur ART.


RTS-ART-JB-(1).jpg


Menjawab soalan lisan semasa Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15, Mohamad Fazli menyatakan bahawa sistem LRT memerlukan reka bentuk baharu dan penggunaan tanah yang luas.


"Bagi sistem LRT, ia memerlukan reka bentuk baharu untuk seksyen bertingkat selain memerlukan kelulusan skim landasan bersepadu.


"Bagi infrastruktur depoh dan stesen LRT, ia memerlukan pengambilan tanah untuk depoh di Desa Jaya dan pengambilan tanah seluas lima ekar bagi landasan untuk switching/shunting.


RTS-ART-JB-(1).jpegRTS-ART-JB-(3).jpg


"Oleh itu, kerajaan Johor mencadangkan pembangunan ART berbanding LRT di bandar raya Johor Bahru atas alasan yang berkenaan," katanya.


Jawatankuasa Khas yang melibatkan Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) telah menyemak hasil analisis dan cadangan tersebut.


Mohamad Fazli mendedahkan bahawa antara asas pertimbangan kerajaan adalah untuk memiliki sistem pengangkutan yang boleh disiapkan menjelang penghujung Disember 2026, seiring dengan permulaan operasi Sistem Transit Pantas (RTS) yang menghubungkan Bukit Chagar ke Woodlands, Singapura.


Selain itu, beliau juga memberi amaran mengenai kesesakan yang mungkin berlaku di Stesen RTS Bukit Chagar jika perkhidmatan penyebaran penumpang ART/LRT tidak beroperasi serentak dengan operasi RTS, kerana sistem Bas Rapid Transit (BRT) sebelum ini telah dibatalkan oleh kerajaan persekutuan.

Sumber: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.