Mazda CX-5 Generasi Akan Datang Bakal Ditawarkan Dalam Versi Hibrid

Mazda CX-5 2.0 High Facelift generasi ke-2.
Crossover Mazda CX-5 yang menjadi pilihan ramai peminat kereta Mazda bakal tiba dalam versi generasi terbaru tidak lama lagi. Pengeluarnya mengesahkan bahawa model itu nanti akan turut didatangkan dengan pilihan trenkuasa hibrid elektrik yang dibangunkan sendiri oleh Mazda.
Syarikat automotif yang berpangkalan di Hiroshima ini telah mengesahkan rancangan tersebut baru-baru ini menerusi satu memo yang diterbitkan bersama-sama dengan laporan kewangannya. Dalam memo tersebut, Mazda menyatakan rancangannya “untuk melengkapkan CX-5 akan datang dengan enjin hibrid yang dibangunkan Mazda.” Tindakan ini membolehkan Mazda meletakkan CX-5 sebagai pesaing kepada model hibrid lain seperti Toyota RAV4 dan Honda CR-V.
Baca: [PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik
Mazda tidak mendedahkan bilakah tarikh pelancaran model tersebut, namun sumber dalaman yang dipetik daripada sebuah portal dalam talian yang boleh dipercayai melaporkan bahawa model baharu itu kini dalam fasa pembangunan dan bakal dipamerkan pada tahun 2025. Juga tidak jelas sama ada penerangan tentang "enjin hibrid yang dibangunkan oleh Mazda" merujuk kepada enjin petrol, komponen elektrik atau kedua-duanya.


CX-5 generasi terkini ditawarkan dengan pilihan trenkuasa enjin petrol Skyactiv-G (kiri) dan diesel Skyactiv-D (kanan). Versi petrol MHEV dengan bantuan ISG turut ditawarkan, tetapi hanya untuk pasaran Eropah.

Mazda CX-5
Buat masa ini, CX-5 generasi kedua ditawarkan di pasaran dalam beberapa pilihan trenkuasa termasuk petrol dan diesel, namun untuk pasaran Eropah, turut terdapat versi hibrid ringkas (MHEV). Varian MHEV yang menggunakan integrated starter generator (ISG) itu bagaimanapun tidak boleh dipacu dengan tenaga elekrik sepenuhnya, berbeza dengan kereta hibrid Toyota dan Honda.
Baca: [PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024
Selain akan ditawarkan dalam versi trenkuasa hibrid, CX-5 generasi akan datang itu juga bakal diberikan sentuhan rekaan dan dilengkapi dengan teknologi yang hampir sama dengan model-model bersaiz besar lain daripada Mazda seperti CX-50, CX-60, CX-70 dan CX-90, walaupun masih menggunakan platform casis asas yang sama, dalam kedua-dua format, FWD dand AWD.
Untuk perkembangan terkini mengenai pembangunan Mazda CX-5 ini, nantikan perkongsian daripada CariCarz.com dari masa ke masa. Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook!

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum
Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.
29-10-2025
Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!
Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.
05-10-2025
Mazda CX-5 Generasi Baharu Didedahkan Secara Rasmi – Ini Perinciannya...
Mazda akhirnya memperkenalkan model serba baharu, Mazda CX-5 generasi ketiga, yang dijangka memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi.
11-07-2025
Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang
Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.
03-07-2025
Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5
Bermaz Auto Berhad (BAuto) secara rasmi mendedahkan Mazda CX-5 MazdaSports (MS) Limited Edition di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
[PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik
CariCarz berpeluang untuk menguji Mazda CX-5 varian 2.2D High facelift, ini pendapat kami...
06-05-2024
[PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mazda CX-5 generasi kedua yang dipasang di dalam negara (CKD). Ini pendapat kami...
07-03-2024
Video Mazda CX-5 Facelift Bocor, Dilancarkan 30 Januari Ini Di Malaysia
Video yang menunjukkan Mazda CX-5 Facelift telah didedahkan di Facebook. Ini perinciannya...
25-01-2024
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

