ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Kini Pasaran Automotif Kedua Terbesar ASEAN, Mendahului Thailand

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Proton-Lemon-Law-(1).jpg


Malaysia kini telah mendahului Thailand sebagai pasaran automotif terbesar kedua di Asia Tenggara, lapor Nikkei Asia. Negara kita kini telah menjadi ‘medan pertempuran’ yang sangat kompetitif bagi pengeluar-pengeluar kereta Asia, sementara Indonesia kekal sebagai pasaran automotif terbesar.


Dalam laporan tersebut, Nikkei Asia mengumpulkan data jualan oleh persatuan perdagangan dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam. Merujuk kepada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), laporan tersebut mendedahkan peningkatan sebanyak 5% dalam jualan kenderaan pada suku pertama daripada 202,245 unit kepada 799,731 unit kenderaan pada tahun 2023.


Pengecualian cukai jualan untuk kenderaan yang dihasilkan secara domestik, sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kerajaan, memberikan dorongan kepada pengeluar kereta nasional, Perodua dan Proton, yang menguasai kira-kira 60% daripada bahagian pasaran.


China-Car-Sales-(3).jpg


"Perbelanjaan pengguna mungkin semakin perlahan disebabkan oleh kebimbangan mengenai rasionalisasi subsidi, kos sara hidup yang tinggi, cadangan cukai barang bernilai tinggi (HVGT) dan kadar cukai perkhidmatan yang lebih tinggi bagi sesetengah perkhidmatan termasuk penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor," tambah MAA.


China-Car-Sales-(2).jpg


Jualan di Thailand pula menunjukkan penurunan, dengan jualan bulanan kenderaan merosot berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh peningkatan isu pinjaman kenderaan yang tidak berjaya dan penggunaan yang tidak berubah (stagnant consumption). Indonesia, walaupun kekal sebagai pasaran terbesar, juga kekurangan momentum, dengan jualan kenderaan merosot 24% daripada tahun sebelumnya apabila kadar faedah meningkat, menyebabkan pengguna kurang  membuat pembelian.


Di negara lain di rantau ini, jualan kenderaan di Vietnam merosot 16% pada suku pertama disebabkan oleh eksport yang kekal tidak berubah dan faktor-faktor lain. Walaupun permintaan meningkat pada bulan Disember sebelum tamatnya pengurangan bayaran pendaftaran untuk kenderaan yang dihasilkan secara domestik, angka jualan kembali merosot bagi tahun ke tahun pada Januari dan Februari.


China-Car-Sales-(4).jpg


Di Filipina, angka jualan meningkat 13% pada suku pertama, tertinggi daripada lima negara terlibat, selepas inflasi mereda kepada kira-kira 4% pada akhir tahun 2023 dan perbelanjaan pengguna lebih kukuh.


Dalam saingan merebut pasaran di negara-negara ASEAN yang tengah mengalami pertumbuhan golongan pertengahan, faktor seperti subsidi dan keadaan ekonomi keseluruhan memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi jualan kereta di rantau ini. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8391

SELANGOR

BSU1024

JOHOR

JE8786J

PULAU PINANG

PSF8944

PERAK

APL7586

PAHANG

CFH8525

KEDAH

KGJ2795

NEGERI SEMBILAN

NEM1167

KOTA KINABALU

SJU3198

KUCHING

QAB6436P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

15-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.