MAS 2024: Jetour Dashing & X70 Plus Dipertontonkan – Pelancaran Suku Ke-3 2024


Syarikat automotif China, Jetour, membuat penampilan tempatan pertamanya dengan memperkenalkan model SUV crossover Jetour Dashing dan X70 Plus di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang berlangsung bermula 22 hingga 26 Mei ini. Sub-jenama Chery ini tiba di bawah nama Jetour Automobile Malaysia, sebuah entiti berasingan daripada Chery Auto Malaysia.
JETOUR DASHING


SUV crossover segmen C, Jetour Dashing, berdiri sebagai model yang lebih sporty dan kecil berbanding X70 Plus. Model lima tempat duduk ini memiliki kepanjangan 4,590 mm, kelebaran 1,900 mm, ketinggian 1,685 mm dan jarak roda 2,720 mm.




Di bahagian dalamnya, Dashing dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden yang memberikan keselesaan optimum kepada semua penumpang dan membangkitkan aura premium. Antara yang menarik ialah penggunaan balutan kulit untuk tempat duduk, tempat duduk pemanduboleh dilaraskan secara automatik, pad pengecas tanpa wayar 50 W dan dua skrin berukuran 10.25 inci untuk paparan instrumen dan infotainmen yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, Dashing hanya ditawarkan dalam versi ICE yang menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder. Enjin ini menghamburkan kuasa sebanyak 156 hp dan 230 Nm yang disalurkan kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi DCT 6-kelajuan.
JETOUR X70 PLUS

Model seterusnya yang diperkenalkan ialah X70 Plus yang tampil sebagai tawaran yang lebih praktikal. SUV bersaiz sederhana yang dipamerkan di sini ialah dalam konfigurasi tujuh tempat duduk. Dari segi rekaan, X70 Plus kelihatan lebih menjurus ke arah bentuk kotak berbanding model lebih sporty, Dashing dengan panjang 4,749 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,720 mm dan jarak roda 2,745 mm.




Berbeza dengan versi spesifikasi antarabangsa yang ditunjukkan dalam laporan kami sebelum ini, model yang dipamerkan di MAS 2024 ini diberikan kemasan yang lebih menarik. Gril hadapannya diberikan rekaan semula, penggunaan aksen merah pada pelbagai sudut, ekzos quad di bahagian belakang dan rim hitam bersaiz 19 inci.




Mengenai kabinnya, X70 Plus spesifikasi Malaysia diberikan rekaan kabin dan senarai kelengkapan hampir serupa dengan Dashing. Antara yang menarik ialah paparan dua skrin 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, tempat duduk pemandu boleh laras secara automatik enam hala dan banyak lagi. Ciri menarik lain ialah bumbung suria panoramik, tempat duduk dengan fungsi ingatan dan banyak lagi.
Dari segi enjin, X70 Plus spesifikasi Malaysia dikuasakan oleh enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder yang sama yang digunakan pada Dashing dengan output 156 hp dan 230 Nm, kuasa dihantar kepada roda hadapan (FWD) melalui sistem transmisi automatik DCT 6-kelajuan.


Kedua-dua model, Jetour Dashing dan X70 Plus akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2024, dengan anggaran terdekat pada sekitar suku ketiga tahun ini. Unit terawal bakal tiba dalam versi import sepenuhnya (CBU) dari China, dengan rancangan pemasangan tempatan secara separa (SKD) dan sepenuhnya (CKD) dijangka akan menyusul dalam masa terdekat.
Selain X70 Plus dan Dashing, Jetour Malaysia juga merancang untuk memperkenalkan jentera ‘gagah’ Jetour T2 ke pasaran kita. Juga dikenali sebagai Jetour Traveller di pasaran asalnya, T2 ialah SUV bersaiz sederhana dengan kemampuan off-road yang bakal tiba di Malaysia dalam suku pertama tahun 2025, dengan versi hibrid plug-in semi-elektrik (PHEV) dijadualkan akan menyusul kemudian.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG8194
SELANGOR
BSR7415
JOHOR
JA5617J
PULAU PINANG
PSD9710
PERAK
APK148
PAHANG
CFH2181
KEDAH
KGH1939
NEGERI SEMBILAN
NEK9775
KOTA KINABALU
SJT1757
KUCHING
QAB2331P
Terakhir Kemas Kini 22 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k
Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.
16-07-2026
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3
Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.
16-07-2026
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya
EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.
15-07-2026
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k
Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.
13-07-2026
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja
DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.
09-07-2026
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km
Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.
09-07-2026
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat