- Berita
- Berita Auto
- MAS 2024: SUV Ranggi, GWM Tank 300 & SUV Jimat Minyak, Haval H6 HEV Bakal Dipertontonkan
MAS 2024: SUV Ranggi, GWM Tank 300 & SUV Jimat Minyak, Haval H6 HEV Bakal Dipertontonkan
-full_normal.webp)
Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan kehadirannya di acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Mei ini di MAEPS Serdang.
-full.webp)
-full.webp)
Hatchback ORA Good Cat (kiri) dan sedan ORA 07 (kanan) bakal dipamerkan di MAS 2024.
Pengunjung ke tapak pameran GWM Malaysia akan dapat menyaksikan sendiri barisan kenderaan GWM yang lengkap, termasuk kereta kompak ORA Good Cat dan sedan ORA 07.
Selain itu, turut akan dipamerkan ialah model dan varian yang bakal dilancarkan, varian berprestasi, ORA 07 Performance dan juga SUV off-road yang ranggi, GWM Tank 300. Model lain yang akan dipertontonkan ialah SUV hibrid, Haval H6 HEV.
Baca: Harga EV Ora Good Cat Kini RM26,000 Lebih Murah!
Baca: Sedan Elektrik, GWM Ora 07 Kini Di Malaysia – Cecah 640 KM, Dari RM169,800
-full.webp)
SUV GWM Tank 300 yang dipertontonkan secara eksklusif kepada media beberapa bulan lalu.
Tarikan utama di acara ini pastinya SUV GWM Tank 300 yang dijadualkan untuk dipasarkan di Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Dipertontonkan secara eksklusif kepada media pada Mac lalu, Tank 300 menggunakan enjin petrol turbo 4 silinder 2.0 liter. Enjin ini mampu menghamburkan kuasa sebanyak 224 hp dan 397 Nm dengan kuasa pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 10 saat. Jentera lasak ini menerima penarafan keselamatan 5 bintang ANCAP.
Baca: Pratonton: GWM Tank 300 – 224 HP, 397 NM, Lancar Suku Ke-3 2024 Nanti
-full.webp)
Model kedua yang bakal menjadi tarikan utama di MAS 2024 ialah HAVAL H6 HEV. Model yang dipertontonkan buat pertama kali pada pertengahan tahun lalu dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini. Haval H6 menggunakan kuasa hibrid 1.5T HEV, yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan mengasyikkan, namun dalam masa yang sama jimat bahan api. GWM juga menyatakan bahawa Haval H6 telah mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan setelah terjual lebih 4 juta unit di seluruh dunia.
Baca: Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"
GWM Malaysia menambah bahawa kehadirannya di MAS 2024 mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk memeriahkan pasaran dengan barisan kenderaan yang unik. MAS 2024 akan diadakan dari 22 hingga 26 Mei ini bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN4423
SELANGOR
BST3745
JOHOR
JD4430J
PULAU PINANG
PSF2384
PERAK
APL1676
PAHANG
CFH5927
KEDAH
KGH7933
NEGERI SEMBILAN
NEL6428
KOTA KINABALU
SJT8459
KUCHING
QAB4935P
Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k
Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.
28-08-2026
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal
27-08-2026
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


