MAS 2024 Terima 2,620 Tempahan Kenderaan

Malaysia Autoshow 2024 melabuhkan tirai dengan menjana potensi jualan bernilai RM1.4 bilion bersama pengeluar peralatan tulen (OEM) sempena Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung selama lima hari di MAEPS, Selangor pada minggu lepas.
Dalam satu kenyataan, Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii) berkata acara yang bermula 21 Mei hingga 26 Mei ditutup dengan mendapat sokongan paling kukuh daripada industri apabila mencatat kira-kira 2,620 tempahan kenderaan dan 13,799 pelanggan berpotensi.

Untuk pameran kali ini, acara tersebut berjaya menarik 223, 876 pengunjung iaitu merekodkan peningkatan sebanyak 17% dari tahun ke tahun.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan semua penaja, rakan kongsi, peserta pempamer dan para pengunjung , yang memeriahkan Autoshow pada tahun ini.

“Sokongan ini membuatkan kami diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Pameran Autoshow Antarabangsa Terbesar.'

“Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa Malaysia Autoshow akan kembali pada tahun 2025, dengan latar yang berbeza apabila Malaysia mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN pada tahun 2025 nanti,” katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi acara itu, sebanyak 47 kereta dilancarkan dan para pengunjung diberi peluang untuk merasai pemanduan trek off-road dan dapat merasai prestasi jentera yang dipilih untuk dipandu uji.

Sejumlah 6,263 pandu uji dan tunggang uji direkodkan.

Selain itu, pameran berkenaan turut menampilkan pelbagai kereta konsep, kenderaan yang menggunakan petrol, versi elektrik, terdapat demonstrasi pemanduan autonomi, kereta diubah suai, kereta klasik, campervan dan kenderaan tentera.
Acara itu turut menyaksikan 15 perjanjian MoU dimeterai antara pemain industry automotif.
Apa yang cukup menarik ialah pameran model xEV, yang menyumbang 50% daripada kenderaan yang dipamerkan, sejajar dengan Dasar Automotif Nasional (NAP2020) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) yang menekankan teknologi yang lebih hijau dan lebih cekap.

Sepanjang acara itu, beberapa forum dan sidang kemuncak penting telah berlangsung, termasuk Sidang Kemuncak Automotif Malaysia-China Peringatan Ke-50, Forum Alam Sekitar Automotif ASIAN (AAEF) ke-13, Anugerah Grand Prix MyMAP 2024, dan acara Forum Perniagaan dan Padanan Perniagaan.
Turut hadir delegasi antarabangsa dari Australia, Belgium, England, Indonesia, Jepun, China, dan Korea, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai landskap automotif yang semakin berkembang.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Stellantis Malaysia Serah 10 Unit Pertama Peugeot 408, Terima 300 Tempahan Sejak Dilancarkan
Stellantis Malaysia telah berjaya menyerahkan kumpulan pertama crossover fastback Peugeot 408 CKD kepada para pelanggan
29-05-2024
MAS 2024: Tempah Model Proton, Dapat Macam-Macam
Jika ada yang sedang untuk mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu, kunjungi MAS 2024.
24-05-2024
SUV Elektrik, Neta X Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM119,900
Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB) telah melancarkan Neta X di Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024). Ini yang menarik...
22-05-2024
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Automotif ASEAN – Manfaatkan Teknologi, Tingkatkan Produktiviti
Malaysia berpotensi untuk menjadi hab automotif bagi ASEAN dengan strategi meningkatkan eksport kereta dan alat ganti.
16-07-2024
"Kami Akan Kongsi Hasil Perbincangan Dalam Tempoh Terdekat,"' CEO PERODUA
Buat masa ini, tiada sebarang komen mengenai pengeluaran dan penghantaran model Perodua.
20-12-2023
Berita Terkini
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat