Tingkatkan Perkhidmatan Selepas Jualan, Makin Powerlah Servis PROTON

Pengeluar kereta nasional PROTON telah melancarkan initiatif penarafan 5 bintang untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan selepas jualan untuk pelanggannya di cawangannya di seluruh negara.
Inisiatif baharu ini mengiktiraf pengedar Proton yang telah mencapai tahap cemerlang bagi perkhidmatan selepas jualan.
Ia merupakan lanjutan daripada inisiatif PROTON Operational Excellence (POE) syarikat yang telah dimulakan pada 6 Mac 2023.

Pengiktirafan baharu ini akan diberikan berdasarkan skor POE dan kualiti perkhidmatan bagi menggalakkan semua cawangan untuk mencapai dan mengekalkan tahap perkhidmatan dan kepuasan pelanggan yang tinggi.
Kualiti perkhidmatan dinilai dalam dua kategori iaitu kelajuan dan pematuhan SOP dan ini kemudiannya dinilai dalam 6 bidang tumpuan.
Matlamat akhir adalah untuk menguruskan keprihatinan pelanggan di cawangan dengan berkesan dan untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya yakin bahawa penyampaikan perkhidmatan selepas jualan tahap tinggi kepada pelanggan akan membantu membezakan kami daripada jenama saingan.
-full.jpg)
“Oleh itu, kami akan terus melabur dalam perkhidmatan pelanggan dan operasi selepas jualan di semua cawangan untuk memastikan kakitangan yang berurusan dengan pelanggan mampu menyampaikan tahap kepuasan tertinggi kepada pelanggan.
“Kami akui penawaran rangkaian model premium spesifikasi tinggi pada harga kompetitif mampu menarik pelanggan ke bilik pameran, selain menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang bertaraf tinggi,” katanya.
Tambah beliau, layanan selepas jualan akan memberi peluang untuk membina kesetiaan pelanggan kepada jenama dan membuka pintu untuk pembelian berulang.


Untuk makluman, inisiatif POE PROTON menekankan pematuhan kepada syarat-syarat seperti proses perkhidmatan, kecekapan juruteknik, inventori stok dan pengurusan pelanggan.
Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan prestasi perniagaan cawangan dan menambah baik kecekapan operasi pusat perkhidmatan di seluruh negara.
Setiap cawangan diberi penilaian pada setiap bulan dan hasilnya dikongsi dengan semua cawangan lain untuk menunjukkan dengan jelas kedudukan mereka dalam rangkaian.
Bahagian selepas jualan PROTON juga bekerjasama rapat dengan cawangan untuk meningkatkan perkhidmatan mereka secara proaktif dengan roadshows suku tahunan diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik serta mengukuhkanprestasi dengan perkongsian amalan terbaik.

Dengan permulaan inisiatif penarafan 5 bintang, lima pengedar Proton akan dianugerahkan pengiktirafan tertinggi setiap bulan, menandakan mereka sebagai pusat kecemerlangan selepas jualan dan perkhidmatan pelanggan.
Untuk memastikan pariti dan penerimaan daripada rangkaiannya, KPI untuk inisiatif itu ditetapkan berdasarkan maklum balas daripada semua cawangan serta penandaarasan amalan terbaik daripada OEM lain.

Bagi menandakan permulaan inisiatif 5 bintang, acara pelancaran telah diadakan di Melinau Auto di Kuching, salah satu daripada tiga cawangan PROTON yang diberi pengiktirafan baharu selepas memenuhi semua syarat.
Selepas pelancaran inisiatif 5-bintang, senarai cawangan yang diiktiraf akan diterbitkan di laman web korporat PROTON, www.proton.com, dan disertakan dengan lencana tersendiri untuk pengiktirafan pengedar.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3415
SELANGOR
BSV630
JOHOR
JH3568J
PULAU PINANG
PSH3831
PERAK
APM9147
PAHANG
CFJ3986
KEDAH
KGJ8016
NEGERI SEMBILAN
NEM5768
KOTA KINABALU
SJV1648
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Najib Razak Akhirnya Jalani Tahanan Rumah Hingga 2028
Kes Najib Razak: Mahkamah Sahkan Perintah Tahanan Rumah.
10-11-2026
CariCarz Automall Cabar Penawaran Harga Tukar Beli, Rekodkan Jualan 300 Kenderaan Secara Konsainan Tahun 2026
CariCarz Automall Rekod 300 Jualan Kenderaan Pada 2026 Menerusi Konsainan.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

