Perodua Sasar Tingkat Eksport 79%, Brunei Kini Pasarkan Alza, Axia

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) berhasrat untuk meningkatkan eksport sebanyak 79% kepada 1,960 unit tahun ini berbanding 1,094 unit pada 2023. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha Perodua untuk mengembangkan pasarannya di luar negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, menyatakan bahawa tahun 2024 akan menjadi tahun pertama pengembangan pasaran eksport bagi syarikat ini.
"Kami kini berada pada ekosistem automotif Malaysia yang sudah mampu untuk memenuhi peningkatkan permintaan terhadap kenderaan kami, sama ada di dalam dan luar negara.
"Kami menjangkakan pertumbuhan yang berterusan dalam pasaran eksport Perodua berikutan pengembangan agresif operasi di samping keupayaan pengeluaran para pembekalnya," katanya.

Brunei dipilih sebagai pasaran eksport pertama bagi tujuan pengembangan operasi, tanpa menjejaskan peruntukan kenderaan domestik.
Pada 3 Mei lalu, Perodua telah melancarkan Alza AV dan H, serta Axia AV dan G di Brunei, dengan sasaran jualan masing-masing ialah 120 unit dan 40 unit.
Perodua turut mengeksport Bezza 1.0L G yang ditawarkan di Brunei pada harga B$16,900, dengan sasaran jualan sebanyak 300 unit. Jumlah unit jualan yang dijangkakan untuk model tersebut di Brunei pada 2024 ialah 460 unit.
Tahun lalu, Bezza 1.0L G terjual sebanyak 300 unit, menjadikannya pasaran eksport terbesar bagi syarikat ini pada tahun 2023.
Perodua berjaya mengurangkan tempoh menunggu untuk semua model popular dan memastikan stok tersedia bagi sesetengah model kenderaan.
"Di samping itu, sasaran kami untuk meningkatkan pasaran eksport juga akan memberikan peluang yang lebih besar kepada para pembekal kami untuk turut sama meningkatkan jumlah jualan mereka selaras dengan keperluan bagi komponen alat ganti,” kata Zainal.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQM2042
SELANGOR
BSM5340
JOHOR
JYR5889
PULAU PINANG
PRY7336
PERAK
APF3241
PAHANG
CFF3482
KEDAH
KGE3879
NEGERI SEMBILAN
NEJ5389
KOTA KINABALU
SJQ3152
KUCHING
QAB2485N
Terakhir Kemas Kini 18 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.19
+0.03
Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026
Berita Terkini
Caricarz Mohon Maaf Guna Gambar Pemandu Bas Ekspres Ketika Op Khas Tahun Baharu Cina 2026
Caricarz memohon maaf atas kesilapan menyiarkan gambar pemandu bas bagi laporan berita bertajuk ‘Sampai Hati Pemandu Bas Ekspres, Mujur JPJ Perak sempat Cekup, yang disiarkan semalam.
18-02-2026
Sampai Hati Pemandu Bas Ekspres Hisap Dadah
Seorang pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2026 .
17-02-2026
Op TBC 2026: 19 Lori Disita
Pemandu lori buat hal sebab melanggar larangan perjalanan kenderaan berat sempena Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) 2026.
16-02-2026
KL Lengang, Ramai Mengakui Sampai Tempat Kerja Cepat
LLM sebelum ini menjangkakan aliran trafik meningkat dengan 3.27 juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
16-02-2026
1,000 Tempahan Mitsubishi Xforce Diterima Selepas Seminggu Pra-Pelancaran
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia menerima 1,000 Mitsubishi Xforce dalam masa seminggu selepas pra-pelancaran dan pembukaan tempahan.
16-02-2026
Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%
Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.
16-02-2026
Leka, Berangan & Mengantuk: MIROS Dedah 'Pembunuh' Di Lebuh Raya Malaysia
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendedahkan bahawa faktor manusia tetap menjadi 'dalang' utama di sebalik angka kemalangan maut.
16-02-2026
Nak Balik Kampung Sambut Raya Cina, Ramadan? KTMB Tawar Diskaun ETS 20%
KTMB umum diskaun 20% untuk perkhidmatan ETS.
16-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

