Pusat Pengalaman Porsche Pertama ASEAN akan Dibuka di Singapura

Porsche telah memilih Singapura untuk mendirikan Pusat Pengalaman Porsche (PEC) pertamanya di rantau ASEAN.
Jenama kereta sport Jerman, Porsche, telah mengumumkan bahawa Singapura akan menjadi lokasi di mana Pusat Pengalaman Porsche (PEC) terbaru akan didirikan. Ini menjadikannya pusat pengalaman ke-11 jenama tersebut di seluruh dunia, dan yang pertama di rantau ASEAN.
Pengumuman tersebut dibuat baru-baru ini semasa Persidangan Industri Pelancongan 2024 oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam Hubungan Perdagangan di Singapura, Grace Fu. Fasiliti tersebut akan ditempatkan hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Changi, salah satu pusat penerbangan tersibuk di dunia, dan berdekatan dengan stesen MRT Aviation Park di sepanjang laluan Cross Island (CRL) yang kini dalam proses pembangunan.
Dengan penubuhannya, PEC Singapura dapat menghidupkan lagi Changi Precinct pada masa hadapan yang disasarkan untuk menjadi pusat aktiviti bersama keluarga serta lokasi yang menjanjikan pengalaman dinamik dan memuaskan kepada peminat kenderaan tempatan dan di rantau ini.

CEO Porsche Asia Pasifik, Hannes Ruoff (kiri) bersama-sama dengan Porsche 911 GT3, salah satu kereta sport Porsche yang akan dipamerkan di PEC Singapura.
Ahli Lembaga Pengarah Jualan dan Pemasaran Porsche AG, Detlev von Platen berkata, "Saya gembira kerana kami sedang mendirikan fasiliti ke-11 kami di Singapura, sebuah bandar yang menakjubkan di mana inovasi dan semangat keusahawanan berkembang. Tepat untuk kami membina PEC Singapura baharu [di sini] kerana kami turut berkongsi prinsip-prinsip yang sama di fikiran, dengan matlamat untuk mencipta pengalaman inovatif dan menakjubkan untuk kereta sport kami.”
CEO Porsche Asia Pacific, Hannes Ruoff, menekankan kepentingan strategik Singapura sebagai gerbang ke pasaran Asia Tenggara yang berkembang pesat. Malahan sebelum ini, Porsche telah memilih untuk memperkenalkan Macan elektrik baharu di peringkat global di negara tersebut awal tahun ini.


Bakal dibuka pada tahun 2027, PEC Singapura akan turut menempatkan sebuah trek berkepanjangan 2 km, yang akan berdiri sebagai salah satu tarikan menarik di pusat ini.
PEC Singapura yang akan dibuka pada tahun 2027 itu dijangka akan mempunyai trek pengendalian dinamik berkepanjangan 2 km, yang akan menjadi platform untuk memperlihatkan kehebatan kereta sport Porsche. Pusat tersebut juga akan menempatkan fasiliti selepas jualan yang bersepadu sepenuhnya dan berkapasiti tinggi, pertama seumpamanya.
Selain itu, PEC itu akan turut menempatkan pameran bertema, di mana kereta yang dipamerkan akan ditukar dari masa ke masa diambil dari Muzium Porsche, simulasi perlumbaan yang imersif dan pelbagai pilihan kedai makan.
PEC Singapura akan menampilkan sejumlah besar kenderaan elektrik (EV), sejajar dengan sasaran karbon sifar global Porsche menjelang tahun 2030, serta inisiatif Pelan Hijau Singapura 2030.
Baca: Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS3613
SELANGOR
BSN6975
JOHOR
JYT9447
PULAU PINANG
PSB432
PERAK
APG3478
PAHANG
CFF9999*
KEDAH
KGE9768
NEGERI SEMBILAN
NEJ9052
KOTA KINABALU
SJR1737
KUCHING
QAB4916N
Terakhir Kemas Kini 01 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Aveta Care on Wheels Diperluas ke Seluruh Semenanjung—Ini Cara Dapat Bantuan Pantas
Program khidmat bantuan bergerak Aveta Care on Wheels diperluas bagi menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas.
26-03-2026
Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?
Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.
10-03-2026
Yayasan PEKEMA Sumbang RM22,500 Ceriakan 150 Anak Tahfiz, Asnaf
Yayasan PEKEMA telah menjayakan Majlis Malam Seribu Keberkatan & Kerahmatan, sebuah inisiatif murni untuk menyantuni pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf di dewan Masjid Raja Haji FI Sabilillah, Cyberjaya, pada minggu lepas.
09-03-2026
“March Into Joy” Kembali, Pelbagai Tawaran Eksklusif Ditawar
BMW Malaysia kembali menyemarakkan keterujaan Sheer Driving Pleasure melalui acara jualan eksklusif seluruh negara, BMW March Into Joy, yang bermula dari 6 hingga 8 Mac ini di semua pengedar sah BMW di seluruh Malaysia.
04-03-2026
Jetour Malaysia Club Dilancar, Semakin Ramai Guna Jetour, Setakat Ini Terdapat 31 Pusat Jualan Servis
Jetour Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR Malaysia Club.
13-02-2026
BYD Tech Discovery Kini Di Johor Bermula Hari Ini
BYD di Malaysia, membawakan pusingan kedua acara BYD Tech Discovery ke Johor Bahru.
22-01-2026
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
Program CSR: Auto ConneXion-Ford Bantu Golongan Memerlukan
Auto ConneXion- Ford menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat dengan membantu 600 golongan yang memerlukan bantuan di empat negeri, baru-baru ini.
24-11-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
