- Berita
- Berita Auto
- SUV PHEV 4X4 BYD Fang Cheng Bao 5 Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 734 HP, Capai 1,200 KM!
SUV PHEV 4X4 BYD Fang Cheng Bao 5 Dipertontonkan Di Malaysia Autoshow 2024 – 734 HP, Capai 1,200 KM!

BYD SD Motors baru-baru ini telah memukau pengunjung Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) dengan mempertontonkan SUV mewah super-PHEV 4x4, BYD Fang Cheng Bao 5.
Fang Cheng Bao 5 atau secara ringkasnya, Bao 5, dilancarkan buat pertama kalinya oleh BYD di China pada November tahun lepas. Model ini diposisikan sebagai SUV 4x4 bersaiz sederhana, tetapi tampil unik kerana dikeluarkan dalam versi hibrid plug-in (PHEV).
Trenkuasa PHEV pada Bao 5 ini merupakan gabungan antara kedua-dua teknologi elektrifikasi (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang bukan hanya menghasilkan sebuah jentera dengan spesifikasi yang hebat, tetapi juga tampil ranggi dan mewah pada segenap sudut.



Bao 5 lebih kecil berbanding Land Rover Defender 110 dan Mercedes-Benz G-Class.
Bao 5 mengunakan rangka platform DMO BYD yang dibangunkan khas untuk sebuah model berkemampuan off-road. Ini menjelaskan mengapa jarak kelegaan tanahnya setinggi 220 mm, dengan sudut sua (approach angle) 35 darjah dan sudut lepas (departure angle) 32 darjah.
Dari segi dimensi, Bao 5 mempunyai panjang 4,890 mm dengan jarak roda 2,800 mm, lebar 1,970 mm dan tinggi 1,920 mm. Sebagai perbandingan, Bao 5 lebih kecil berbanding Defender 110 dan G-Class.


Output bertenaga seperti supercar ini membolehkan jentera ini melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat.
Bao 5 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder 1.5 liter dan sepasang motor elektrik yang dihidupkan oleh bateri Blade 31.8 kWj. Secara keseluruhan, ia menghasilkan 734 hp (505 kW) dan 760 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik CVT elektronik dan sistem 4x4 dengan beberapa mod laluan (terrain). Gabungan teknologi petrol-elektrik ini memberikan jarak perjalanan maksimum 1,200 km (CLTC).



Di bahagian kabin, Bao 5 kelihatan jauh berbeza daripada model BYD lain yang lebih minimal. Jentera off-road ini tampil sarat dengan pelbagai teknologi dan fungsi.
Di dalamnya, Bao 5 tidak dilengkapi dengan multi-skrin tetapi tiga skrin berasingan terdiri daripada skrin khas untuk pemandu dan juga penumpang hadapan yang kedua-duanya berukuran 12.3 inci. Skrin ketiga ialah skrin infotainmen 15.6 inci yang boleh dikawal melalui sentuhan jari.
Di bawah skrin infotainmen terdapat butang kawalan yang diinspirasikan daripada kokpit pesawat yang kelihatan mewah diperbubat daripada bahan premium. Tombol penukar gearnya juga kelihatan unik. Tempat duduk, stereng dan pintunya diberikan balutan kulit.



Sentuhan mewah turut dapat dilihat daripada pelbagai lagi sudut lain seperti but belakang yang boleh ditutup secara automatik secara perlahan (soft-close), serta lampu LED penuh depan dan belakang.
Penggunaan trenkuasa PHEV memberikannya kemampuan pengecasan kenderaan kepada kenderaan (V2V) 6 kW dan model ‘Rescue’ yang membolehkan pengecasan kenderaan kepada beban (V2L) sehingga 20 kW.

Model yang dipamerkan di MAS 2024 ini berkemungkinan ialah spesifikasi pasaran China kerana merupakan versi pemanduan sebelah kiri (LHD).
Untuk melihatnya dengan lebih dekat, kunjungi tapak pameran BYD di Dewan A2, Malaysia Autoshow 2024, yang berlangsung di MAEPS Serdang dari 22 hingga 26 Mei ini. Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi acara atau secara walk-in pada harga RM20 kecuali kanak-kanak, OKU dan warga emas (percuma).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW8134
SELANGOR
BSP7521
JOHOR
JYW2261
PULAU PINANG
PSC572
PERAK
APH2773
PAHANG
CFG4290
KEDAH
KGF7335
NEGERI SEMBILAN
NEK3392
KOTA KINABALU
SJR7590
KUCHING
QAB7246N
Terakhir Kemas Kini 11 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
OMODA | JAECOO Malaysia Rekod Jualan 30,000 Unit Sejak Julai 2024
Pencapaian OMODA | JAECOO 2026: 30,000 Unit Terjual Di Malaysia.
11-05-2026
Adakah T20 Akan Bayar Harga Pasaran Untuk RON95? Semuanya Sedang Diteliti
Kerajaan mula kaji semakan subsidi petrol! RON95.
11-05-2026
Genting Highlands: JPJ Pahang Keluarkan Lebih 100 Saman
Lebih 100 kenderaan dikenakan saman dalam operasi penguatkuasaan khas di plaza tol masuk Genting Highlands semalam.
11-05-2026
Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Dilanda Banjir
Warga kota dinasihatkan tidak meredah banjir.
08-05-2026
Jalan Bukit Bintang Ditutup Sempena program Quranic Madani malam ini
Jalan Bukit Bintang akan ditutup secara berperingkat bermula tengah malam ini.
08-05-2026
Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu
Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.
08-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat