Varian Baharu Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 Dilancarkan – Dari RM379,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan varian baharu Mercedes-Benz EQE 350+.
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan beberapa model kenderaan elektrik (EV) baharu. Salah satu model yang dilancarkan ialah Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 dalam varian baharu, Electric Art Line. Turut dirasmikan ialah varian AMG Line yang telah dikemaskini bagi sedan elektrik yang sama.
Dari segi mekanikal, tiada perubahan diberikan kepada model EQE yang dilancarkan buat pertama kali pada Disember 2022 ini. Ia masih dikuasakan oleh satu motor elektrik yang menyalurkan kuasa sebanyak 292 hp dan 565 Nm kepada roda belakang. Tenaga elektrik dibekalkan oleh bateri lithium-ion berkapasiti tinggi, 90.56 kWj.
-full.webp)
-full.webp)
Varian baharu, Electric Art Line (kiri) dan varian yang dikemaskini, AMG Line (kanan).
Penggunaan trenkuasa yang sama menjadikan prestasi model kali ini kekal sama dengan masa pecutan 0-100 km/j hanya 6.4 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 210 km/j. Dengan cas penuh, EQE 350+ boleh bergerak sejauh 682 km (WLTP). Yang berubah pada versi 2024MY ini ialah pengecas bersepadu (on-board charger/OBC) yang kini menerima input pengecasan AC 22 kW.
-full.webp)
Kedua-dua varian baharu sedan EQE ini dipasangkan dengan penutup bahagian pengecas baharu yang kini boleh dibuka secara automatik.
Untuk perbandingan, EQE 350+ AMG Line yang dilancarkan sebelum ini hanya menerima input pengecasan AC 11 kW. Kelajuan pengecasan yang dikemaskini sekarang membolehkan pengecasan penuh dengan input AC (0-100%) dilakukan dalam masa hanya 4 jam 45 minit. Sementara itu, input pengecasan DC 170 kW adalah sama seperti dahulu, dengan masa pengecasan 10-80% hanya 32 minit.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
EQE 350+ Electric Art Line diberikan elemen rekaan berbeza daripada AMG Line.
Dari segi rekaan dan kelengkapan, pelbagai elemen tambahan yang menyerlah diberikan pada varian baharu, Electric Art Line dan varian yang dikemaskini, AMG Line.
Electric Art Line dipasangkan dengan lampu depan Digital Light bersama teknologi Adaptive Highbeam Assist Plus, rim aloi dua warna 19 inci, pakej Keyless-Go Comfort, serta pakej Advanced Sound System, semuanya sebagai ciri standard.
Kabin Electric Art Line juga tampil mewah dengan balutan kulit sintetik Artico berwarna hitam/kelabu, serta papan pemuka (dashboard) dan konsol tengah Electric Art Line diberikan pencahayaan latar (backlit) potongan laser logo Mercedes-Benz.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
EQE 350+ AMG Line secara kasarnya kelihatan hampir sama dengan versi terdahulu, namun perubahan terbesar dapat dilihat dari segi mekanikal, kini diberikan sistem suspensi udara dan RWS.
Seterusnya, untuk varian AMG Line yang dikemaskini, ia kini dipasangkan dengan bumbung suria panoramik. Perubahan penting lain ialah penggunaan sistem suspensi udara Airmatic baharu, menggantikan suspensi comfort yang digunakan sebelum ini. Versi ini juga diberikan sistem pengendalian roda belakang (RWS) yang membolehkan sudut pengendalian sehingga 10 darjah.
-full.webp)
-full.webp)
Kabin AMG Line (kiri) dan kabin Electric Art Line (kanan).
-full.webp)
EQE 350+ AMG Line diberikan bumbung suria panoramik.
Selain daripada yang dinyatakan, aspek lain kekal sama dengan versi terdahulu. Namun kehadiran sistem suspensi udara dan RWS memberikan perubahan besar kepada keselesaan pemanduan, kawalan dan ketangkasannya.
Dari segi keselamatan, kedua-dua varian baharu diberikan pakej keselamatan Driving Assistance Plus yang sama. Ini termasuk sistem pembrekan kecemasan autonomi (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC) dengan lanjutan penghidup semula enjin secara automatik dalam kesesakan lalu lintas, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif, Sokongan Manuver Evasif dan Impak Sisi Pre-Safe.
-full.webp)
-full.webp)
Berkenaan harganya, EQE 350+ Electric Art Line ditawarkan di pasaran pada harga RM379,888, manakala EQE 350+ AMG Line pula pada harga RM429,888. Pembelian adalah termasuk jaminan kenderaan standard selama 4 tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan berasingan untuk bateri EV selama 10 tahun atau 250,000 km.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat