ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Varian SUV Mercedes-Benz EQE 350+ Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM399,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

MB-EQE-350+-SUV-EA_-(01).jpgMB-EQE-350+-SUV-AMG_-(37).jpg

SUV EQE 350+ kini ditawarkan dalam varian Electric Art Line (kiri) dan AMG Line (kanan).


Selain varian baharu untuk EQE 350+ versi sedan, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut merperluaskan barisan produknya untuk EQE 350+ versi SUV, yang kali ini hadir dalam dua varian baharu, Electric Art Line dan AMG Line. 


Kedua-dua varian 350+ yang baharu ini menggunakan motor elektrik tunggal yang dipasang pada bahagian belakang dengan output kuasa 292 hp dan 565 Nm. Kuasa tersebut memberikan kemampuan kepada SUV ini untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 6.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi yang dihadkan pada 210 km/j. Bateri yang digunakan berkapasiti 90.56 kWj yang membolehkannya bergerak sejauh 596 km (WLTP) dengan cas penuh. 


MB-EQE-350+-SUV-AMG_-(90).jpg


Kedua-dua varian menerima input pengecasan AC 22 kW dan DC 170 kW. 


Berkenaan dengan pengecasannya, kedua-dua varian SUV EQE 350+ ini diberikan pengecas bersepadu (on-board charger/OBC) yang boleh menerima input pengecasan AC 22 kW dan DC hingga 170 kW. Dengan pengecas DC, bateri boleh dicas daripada 10-80% dalam hanya 32 minit, sama seperti kembar sedannya. 


MB-EQE-350+-SUV-EA_-(67).jpgMB-EQE-350+-SUV-EA_-(74).jpgMB-EQE-350+-SUV-EA_-(61).jpgMB-EQE-350+-SUV-EA_-(70).jpgMB-EQE-350+-SUV-EA_-(3).jpg


Electric Art Line diberikan ciri unik seperti rim aloi 20 inci dengan jejari yang bercorak logo Mercedes-Benz. 


Dari segi rekaan, varian Electric Art Line tampil berbeza dengan rim dua ton 20 inci berwarna hitam dengan corak logo Mercedes-Benz. Ia juga diberikan lampu depan Digital Light dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus. Bergerak ke bahagian dalam, ruang kabinnya tampil mewah dengan upholsteri kulit sintetik gabungan Neotex/Artico dalam warna hitam dan kelabu.


Seperti yang dilihat dalam versi sedan, papan pemuka (dashboard) dan konsol tengah  Electric Art Line  diberikan pencahayaan latar (backlit) potongan laser logo Mercedes-Benz. Kabin varian ini juga mendapat lampu ambien, kawalan pendingin hawa automatik multi-zon, serta pad pengecas tanpa wayar di bahagian hadapan. Dari segi mekanikal, ciri penting yang diberikan pada varian ini ialah penggunaan sistem suspensi comfort untuk casisnya. 


MB-EQE-350+-SUV-AMG_-(40).jpgMB-EQE-350+-SUV-AMG_-(92).jpgMB-EQE-350+-SUV-AMG_-(36).jpgMB-EQE-350+-SUV-AMG_-(44).jpgMB-EQE-350+-SUV-AMG_-(14).jpg


SUV EQE 350+ AMG Line tampil lebih sporty dari segenap sudut. 


Seterusnya, untuk varian lebih tinggi dan berprestasi, AMG Line, antara elemen menarik pada versi ini adalah penggunaan rim aloi lima jejari AMG yang bersaiz 20 inci, pemijak sisi dalam kemasan aluminium, serta bumbung suria panoramik. 


Dalam kabin, AMG Line diberikan pelbagai ciri premium seperti pakej audio keliling 3D Burmester, tempat duduk sport untuk bahagian depan, papar pandu (HUD), pakej Energising dan Air Balance yang melengkapkan kawalan iklim, pakej Acoustic Comfort serta upholsteri kulit asli. Sentuhan menarik lain ialah penggunaan kemasan kayu magnolia pada papan pemuka dengan corak logo Mercedes-Benz. 


Dari segi mekanikal, varian AMG Line  bagi SUV EQE 350+ ini diberikan sistem suspensi udara Airmatic yang pintar serta sistem pengendalian roda belakang (RWS). Kedua-dua ciri ini menjanjikan kawalan dan ketangkasan yang lebih baik berbanding SUV asas, Electric Art Line.


MB-EQE-350+-SUV-AMG_-(63).jpgMB-EQE-350+-SUV-EA_-(50).jpg


Kabin AMG Line (kiri) dan Electric Art Line (kanan).


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian baharu diberikan pakej keselamatan Driving Assistance Plus yang sama. Ini termasuk  sistem pembrekan kecemasan autonomi (AEB), kawalan pelayaran adaptif (ACC) dengan lanjutan penghidup semula enjin secara automatik dalam kesesakan lalu lintas, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif, Sokongan Manuver Evasif dan Impak Sisi Pre-Safe.


MB-EQE-350+-SUV-EA_-(84).jpgMB-EQE-350+-SUV-AMG_-(01).jpg


SUV EQE 350+ Electric Art Line ditawarkan di pasaran pada harga bermula dari RM398,888, manakala SUV EQE 350+ AMG Line yang lebih sporty dijual pada harga  RM448,888. Harga tersebut termasuk jaminan standard kenderaan selama 4 tahun tanpa had perbatuan, serta jaminan berasingan untuk bateri EV selama 10 tahun atau 250,000 km. 


Baca: Varian Baharu Mercedes-Benz EQE 350+ 2024 Dilancarkan – Dari RM379,888


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7489

SELANGOR

BSP7382

JOHOR

JYW1822

PULAU PINANG

PSC209

PERAK

APH2632

PAHANG

CFG4258

KEDAH

KGF7042

NEGERI SEMBILAN

NEK3307

KOTA KINABALU

SJR7514

KUCHING

QAB7209N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

04-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.