Jangan Terkejut Harga BMW 520i

BMW Malaysia mengumumkan harga rasmi BMW 520i ialah RM332,800 dimana sedan eksekutif premium pemasangan tempatan kini boleh didapati di semua pengedarsah BMW di seluruh negara.
Jentera ini sudah pun ditayangkan pada Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang pada bulan lepas.
Untuk makluman, BMW 520i adalah varian terbaharu dalam barisan BMW 5 Series.
Varian ini menampilkan reka bentuk dalaman yang sofistikated dengan gabungan harmoni antara fungsi dan gaya yang cukup elegan.


Menurut BMW Malaysia, pihaknya ada menyediakan pelan pembiayaan Easy Drive.
“Untuk itu, 520i baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,881.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh lima tahun)*.



“Pelanggan juga boleh menikmati manfaat daripada rebat tunai RM10,000 apabila mendaftar untuk pembiayaan Easy Drive dari sekarang hingga 30 Jun 2024,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara dengan pembiayaan Straight Line, pelanggan boleh memiliki BMW 520i baharu dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,942.00 (berdasarkan anggaran pinjaman 80% untuk tempoh tujuh tahun)*.
Pemilik BMW 520i baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW.
• Servis Dalam Talian BMW.
Bagaimanapun, berikut adalah harga runcit (dalam perjalanan, tanpa insurans) untuk BMW 520i Baharu :
• BMW 520i Baharu - RM332,800.00
• Tambahan untuk Servis Pembaikan BMW Termasuk Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis - RM 26,900.00
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja
JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.
22-08-2026
Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia
Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.
14-08-2026
48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar
MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.
10-08-2026
Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?
Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?
07-08-2026
BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia
Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.
06-08-2026
JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800
Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.
22-07-2026
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000
OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.
18-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat

