- Berita
- Berita Auto
- RON95 Perlu Dinaikkan 32 Sen Mulai 1 Julai Untuk Capai Sasaran Penjimatan RM4.1 Bilion – Maybank IB
RON95 Perlu Dinaikkan 32 Sen Mulai 1 Julai Untuk Capai Sasaran Penjimatan RM4.1 Bilion – Maybank IB
-full.jpg)
Maybank Investment Bank (Maybank IB) melalui simulasi menyarankan agar harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 32 sen seliter atau 15.6% bermula 1 Julai 2024. Tujuannya adalah untuk membantu kerajaan mendapat penjimatan tambahan berjumlah RM4.1 bilion bagi mencapai sasaran pengurangan subsidi sebanyak RM11.5 bilion dalam Belanjawan 2024.
Baca: Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM
Kesan Tarikh Penyasaran Subsidi Dilambatkan
Menurut Ketua Ekonomi Maybank IB, Suhaimi Ilias, jika penyasaran subsidi petrol RON95 dilakukan pada 1 Oktober 2024, kenaikan harga perlu lebih tinggi, iaitu sebanyak 65 sen seliter atau 31.7%. Kenaikan setinggi ini diperlukan untuk mencapai penjimatan RM4.1 bilion menjelang suku keempat 2024 (4Q2024).
Sasaran Pengurangan Subsidi Kerajaan
-full_normal.jpg)
Dalam Belanjawan 2024, kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan subsidi dan bantuan sosial sebanyak RM11.5 bilion. Hingga kini, pengurangan sebanyak RM7.4 bilion telah dicapai atau sudah diumumkan pelaksanaannya, termasuk penjimatan RM4 bilion daripada penyasaran subsidi elektrik dan RM1.2 bilion daripada penghapusan subsidi harga ayam.
"Pengurangan sebanyak RM2.2 bilion lagi adalah daripada penyasaran subsidi diesel yang bermula 10 Jun 2024, iaitu jumlah pro-rata berbanding RM4 bilion yang boleh dicapai bagi setahun penuh," katanya.
Jelas firma itu, ini bermaksud RM4.1 bilion lagi sedang disasarkan dan inilah yang akan dilakukan melalui penyasaran subsidi petrol RON95.
Alternatif Lain
Menurut Suhaimi, keputusan bila tarikh harga petrol RON95 akan dinaikkan bagi tujuan penyasaran subsidi adalah satu "keputusan politik." Ujarnya, kekurangan dana yang diperlukan boleh ditampung oleh dividen tambahan dari Petronas, dijangka sebanyak RM32 bilion untuk tahun tersebut.
“Kerajaan mempunyai kata putus mengenai kuantum dan masa sebenar pelarasan harga RON95.

"Malah kerajaan juga boleh menangguhkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 yang disasarkan.
"Sebarang kekurangan berbanding RM4.1 bilion yang diperlukan untuk mencapai sasaran pengurangan perbelanjaan subsidi sebanyak RM11.5 bilion dalam Belanjawan 2024 boleh ditampung oleh dividen tambahan Petronas berbanding RM32 bilion yang dianggarkan untuk tahun ini," katanya.
Satu Langkah Penyelesaian Cepat
Nota penyelidikan yang didedahkan itu juga menyatakan bahawa penyatuan fiskal iaitu pengurangan defisit dan hutang oleh kerajaan, dilihat sebagai langkah penyelesaian cepat dalam mencapai pembaharuan ekonomi Malaysia seperti yang ditetapkan dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023. Sasaran ini termasuk menjaga hutang kerajaan di bawah 60% KDNK dan defisit di bawah 3% dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Langkah-langkah fiskal lain termasuk penambahbaikan dalam sistem cukai dan pengurangan subsidi bahan api.
Sumber: Astro Awani
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN6694
SELANGOR
BST4219
JOHOR
JD5319J
PULAU PINANG
PSF2926
PERAK
APL2162
PAHANG
CFH6117
KEDAH
KGH8429
NEGERI SEMBILAN
NEL6739
KOTA KINABALU
SJT8721
KUCHING
QAB5081P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Subsidi Diesel Belum Dilaksanakan Di Sabah, Sarawak? Ini Penjelasan Menteri
Penyasaran subsidi diesel sebenarnya masih belum dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Labuan. Kenapa?
30-10-2024
Belanjawan 2025: Penyasaran Subsidi Petrol RON95 Dilaksana Pertengahan Tahun 2025
Kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.
18-10-2024
Kerajaan Tiada Pilihan, Penyasaran Subsidi Diesel Penting Untuk Selamatkan Negara – PM
Penyasaran subsidi diesel dilakukan demi menyelamatkan negara, dedah Perdana Menteri.
10-06-2024
Tarikh & Mekanisme Pelaksanaan Subsidi Diesel Diumum Tidak Lama Lagi – PM
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tarikh serta mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bakal diumumkan dalam masa terdekat.
27-05-2024
"Subsidi Petrol Sepatutnya Ikut Pendapatan Isi Rumah Bukan CC Kereta." – Penganalisis
Pandangan seorang penganalisis automotif tempatan, Hezeri Samsuri, mengenai pemberian subsidi mengikut cc kenderaan.
27-12-2022
Subsidi RM5,000 Hanya Untuk Tukar Kereta Baharu
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, mencadangkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan subsidi sebanyak RM5,000 bagi mana-mana pengguna yang berhasrat untuk menukar kenderaan baharu.
03-10-2022
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi
Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.
22-04-2026
Berita Terkini
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ
Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.
28-08-2026
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.
28-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat