ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Sedan Elektrik Sporty, Volkswagen ID.7 GTX Didedahkan – Jarak EV 595 KM, Capai 335 HP!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DB2023AU01531_large.jpg


Volkswagen memperluaskan barisan model ID.7 dengan pengenalan versi prestasi, Volkswagen ID.7 GTX untuk sedan fastback elektrik ID.7.


Sebelum ini, Volkswagen pernah mendedahkan versi prestasi bagi model dengan bumbung lebih panjang, ID.7 GTX Tourer, dan kini tiba giliran model sedannya pula untuk diberikan elemen sporty. 


Seperti Tourer, sedan ID.7 GTX menggunakan dua motor yang menggerakkan empat roda (AWD) dengan output kuasa setinggi 335 hp. Trenkuasa ini membolehkan ID.7 GTX untuk mencapai 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.4 saat.


Motor ID.7 GTX dihidupkan oleh bateri lithium-ion 86 kWj sama seperti Tourer yang boleh dicas dengan pengecas pantas, DC 200 kW, dalam masa hanya 26 minit daripada 10-80%. 


Sebagai sebuah model fastback yang lebih ringan dan aerodinamik, sedan ID.7 GTX boleh mencapai jarak EV sehingga 595 km dengan cas penuh, berbanding 585 km pada Tourer, berdasarkan standard WLTP. 


DB2023AU01544_large.jpgDB2024AU00373_large.jpgDB2023AU01547_large.jpg


Dari segi rekaan, model GTX ini diberikan pelbagai ciri sporty. Antara yang menarik ialah bampar hadapan baharu yang lebih ‘tajam’ dengan gril bercorak berlian serta lampu nyalaan siang (DRL) yang berbentuk seperti kepala anak panah (arrowhead). Ciri menarik lain adalah penggunaan lampu hadapan yang canggih dengan teknologi IQ.Light LED matrix, logo VW yang menyala dan juga rim aloi ‘Skagen’ berukuran 20 inci. 


Di ruang kabin, elemen sporty GTX dapat dilihat daripada penggunaan kemasan kontra berwarna merah pada tempat duduk hitam, serta sulaman tulisan ‘GTX’ pada bahagian penyandar. Model ini turut dilengkapi dengan stereng eksklusif GTX yang juga diberikan jahitan kontra merah dan panel tengah berwarna merah. 


VW juga memaklumkan bahawa varian Pro S untuk ID.7  kini menggunakan bateri berkapasiti lebih tinggi, 86 kWj (kapasiti kasar 91 kWj), sama seperti GTX. Ini juga adalah lebih tinggi daripada varian Pro yang menggunakan bateri 77 kWj (kapasiti kasar 82 kWj), memberikan Pro S julat EV berdasarkan WLTP sehingga 709 km (sedan) dan 690 km (Tourer).

DB2023AU01559_large.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-03-2024
EV

18-04-2023
EV

17-04-2023
EV

16-03-2024
EV

05-06-2024
EV

06-03-2025

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.