Sistem ChatGPT Ditawarkan Pada Audi Dari 2021 Bermula Julai Ini

SUV Audi Q6 e-tron quattro
Sistem ChatGPT tidak lama lagi bakal ditawarkan sebagai salah satu ciri canggih dalam kereta jenama mewah, Audi. Audi baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikatnya akan menambah ChatGPT ke dalam model keluarannya dari tahun 2021, serta model-model akan datang.
Penambahan sistem ini akan dibuat bermula bulan Julai tahun ini membabitkan sekitar dua juta unit Audi yang menggunakan sistem infotainmen modular generasi ketiga (MIB 3).
Kelebihan ChatGPT

Integrasi sistem ChatGPT membolehkan kenderaan memahami keperluan pengguna dengan bahasa yang lebih santai atau semulajadi. Sistem ini akan digabungkan ke dalam sistem arahan suara kenderaan melalui Microsoft Azure Open AI. Untuk model akan datang, integrasi dengan ChatGPT akan dibuat melalui sistem Cerence Chat Pro.
Antara yang boleh dikawal dengan mudah melalui ketersediaan ChatGPT ini ialah infotainmen, navigasi serta sistem pendingin hawa. Pengguna juga boleh membuat pertanyaan umum yang lain.
![]()
Audi Q8 e-tron
Naib presiden pembangunan dalaman, infotainmen dan ketersambungan Audi, Marcus Keith, menyatakan, "Dengan integrasi ChatGPT, pelanggan kami kini mendapat akses kepada pengetahuan AI yang mudah dan selamat, meningkatkan pengalaman dalam kabin."
Penggunaan ChatGPT oleh Volkswagen
Volkswagen pada awal tahun ini telah mengumumkan bahawa kenderaan keluarannya bakal dimuatkan dengan sistem ChatGPT. Kini giliran jenama di bawahnya, Audi untuk turut mengambil langkah yang sama.
Sumber: Audi
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Lampu Isyarat AI Kuala Lumpur.
14-07-2026
GWM Tidak Mahu Guna Teknologi REEV,Dedah Platform Baharu Berasaskan AI
Great Wall Motors (GWM) telah memperkenalkan platform automotif baharunya, GWM One, yang menetapkan hala tuju teknikal untuk kegunaan generasi kenderaan GWM yang akan datang.
20-01-2026
Jalan Raya Negara Diawasi Dron, Sensor & AI
Malaysia kini berusaha untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan dan keberkesanan infrastruktur jalan raya.
30-05-2025
JPJ Rancang Guna AI Untuk Kesan Kesalahan Pengguna Jalan Raya
Tiada lagi kesalahan yang akan terlepas pandang kerana pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini bercadang untuk memperbaik penguatkuasaan trafik dengan penggunaan teknologi digital an kecerdasan buatan (AI).
30-12-2024
Kerajaan Kaji Guna AI Selesaikan Masalah Kesesakan
Kerajaan sedang mengkaji pelbagai langkah berkesan yang boleh dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya negara ini,
18-09-2024
EV Konsep Nissan Hyper Tourer Didedahkan – Tempat Duduk Terapung, Sistem AI Untuk Muzik & Cahaya
Nissan telah mendedahkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbaru, Nissan Hyper Tourer.
18-10-2023
Toyota Guna AI Untuk Buat Reka Bentuk Kereta?
Toyota memulakan penyelidikan dalam reka bentuk kenderaan berasaskan kecerdasan buatan (AI). Ini kupasannya...
25-06-2023
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

