Tamat Subsidi Diesel: Jualan Kenderaan Tidak Terjejas?

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyambut baik usaha kerajaan menyasarkan subsidi diesel kepada pengguna yang berhak.
Menurut MAA, pihaknya berharap kerajaan dapat terus memberi insentif atau subsidi tenaga kepada teknologi terkini seperti kenderaan elektrik hibrid, kenderaan elektrik bateri, dan kenderaan elektrik sel bahan api.
“Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang menggunakan enjin diesel adalah trak pikap, van dan kenderaan perdagangan.
“Selain untuk kegunaan persendirian, pengguna kenderaan ini sebenarnya kebanyakannya adalah dari sektor pembinaan, perladangan, logistik, pelancongan, pengangkutan dan ianya amat penting untuk kelangsungan operasi perniagaan syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.


MAA berkata demikian selepas kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel bagi pengguna di Semenanjung Malaysia sahaja, pada Isnin lalu.
Untuk itu, kerajaan telah menetapkan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter di stesen-stesen minyak seluruh Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, harga runcit bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada RM2.15 seliter.
Tambah kenyataan itu, bagaimanapun, kesan kepada Jumlah jualan keseluruhan industri (“Total Industry Volume” atau TIV) kenderaan diharap tidak signifikan memandangkan kenderaan diesel di seluruh negara berada di bawah 12%.
“Namun, kerajaan masih menawarkan subsidi bersasar kepada penerima dan sektor yang layak. Kerajaan juga meneruskan pemberian subsidi kepada golongan B40 dan kenderaan komersial.
Penggunaa kenderaan diesel amat diperlukan untuk menjalankan aktiviti ekonomi negara,”jelasnya.

MAA difahamkan bahawa subsidi yang diluluskan tidak merangkumi kesemua pengunaan sektor yang terlibat mendapat subsidi, oleh itu mekanisma rebat yang tepat dan eficien adalah amat penting.
“Adalah penting kuota subsidi untuk sektor ini dibuat dengan jelas bagi mengelakkan pengendali pengangkutan daripada menaikkan kadar pengangkutan yang akan memberi kesan kepada orang awam dan daya saing negara.
“Lagipun, MAA meramalkan bahawa TIV tahun ini akan kekal pada tahap yang dirancang kerana permintaan untuk kenderaan diesel komersial, trak pikap dan van masih tinggi,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, pihaknya erpendapat pengguna akan berhati hati untuk membuat keputusan membeli pada awalnya tetapi tidak akan menafikan pembelian memandangkan keperluan kenderaan diesel masih diperlukan untuk kegunaan semasa.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak
Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.
21-04-2026
Orang Malaysia Suka Beli Kereta, Itu Sebab Jualan Kereta Mencanak Tahun Lepas
Nampaknya, industri automotif Malaysia melakar sejarah apabila mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025 dengan jumlah jualan kenderaan (TIV) sebanyak 820,752 unit.
21-01-2026
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Jualan Kereta Melonjak Pada Nov, Permintaan EV Turut Meningkat
MAA mendedahkan jualan kenderaan mencatatkan prestasi memberangsangkan pada bulan lepas.
20-12-2025
Jualan Kereta Turun 22% Pada Sept 2025, Ada Sebabnya!
MAA mendedahkan bahawa jualan kenderaan baharu di Malaysia menurun sebanyak 22 peratus pada September 2025 berbanding Ogos lalu (74,479 Unit).
21-10-2025
Belanjawan 2026: MAA Mohon Insentif Cukai EV Dilanjut Supaya Lebih Ramai Beli EV
MAA menggesa kerajaan supaya melanjutkan insentif cukai kenderaan elektrik bateri (BEV) dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan, pada hari ini.
06-10-2025
Jualan Kereta Laku Keras, Lebih 70K Kereta Terjual Pada Bulan Lepas
MAA mendedahkan TIV sektor automotif Malaysia melonjak sebanyak 28 peratus kepada 70,057 unit pada bulan lepas.
20-08-2025
Harga Kereta Mungkin Naik, Namun OMV Masih Belum Dimuktamad
Jika impak OMV dikira menggunakan formula lama, memang ada potensi kenaikan sekitar 10 hingga 30 peratus terhadap harga atas jalan (OTR).
16-07-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat