ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dalam Sebulan: Proton Terima 8K Tempahan X50

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Model Proton X50 RC 2024 yang baru dilancarkan bulan lalu menerima sambutan yang cukup menggalakkan, apabila mencatatkan tempahan sebanyak  8,000 unit setakat ini.

Proton menyifatkan permintaan itu telah melangkaui jangkaan mereka. Jadi, mereka telah menetapkan piawaian baharu untuk segmen model terbabit.

Sejak pelancarannya pada tahun 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan penjualan mencatatkan 115,262 unit sehingga Jun.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya cukup teruja melihat nombor tempahan yang luar biasa pada bulan pertama.

image.png

“Ini telah menunjukkan daya tarikan kukuh Proton X50 2024. Jadi, kami mahu memebri  komitmen dan menyampaikan nilai serta kualiti yang cemerlang kepada pelanggan 

“Untuk itu, kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami sedang melakukan segala yang mungkin untuk memenuhi jangkaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

image.png

Model itu masih kekal menggunakan enjin 1.5 liter TGDI pengecas turbo dengan kuasa 177PS dan tork 255Nm menerusi kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan.

Gabungan ini membolehkan ia mencapai masa pecutan 0-100km/j dalam hanya 7.9 saat.

Untuk versi facelift ini, ia menerima penambahbaikan dari segi Noise, Vibration, and Harshness (NVH) di mana lebih 20 poin NVH yang bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan.

image.pngimage.png

Bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan unit paparan utama (HUD) bersaiz 10.3-inci dengan resolusi yang lebih tinggi pada kadar 1920 x 720, unit pemprosesasan dual quad-core, 2GB bagi kapasiti RAM, kapasiti storan hingga 64GB, dan aplikasi Spotify Music. 

Mengenai varian dan harga: 

Proton X50 2024 didatangkan dalam 4 varian:

*1.5T Standard - RM 86,300

*1.5T Executive - RM93,300

*1.5TPremium - RM101,800

*1.5 TGDi Flagship - RM113,300

image.png

Selain itu, sempena sambutan capaian 5 juta kenderaan, PROTON turut memperkenalkan pakej promosi untuk model-model lain. 

Ini termasuk diskaun tunai RM500 untuk Proton Saga, RM7,000 untuk Proton X70, dan penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama 2 tahun untuk Proton X90. Selain itu, acara ‘Uji Pandu dan Menang tanpa Kewajipan Membeli’ yang lama dinantikan telah diperkenalkan di bilik pameran Proton di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, KLIK. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4196

SELANGOR

BSU8537

JOHOR

JG9602J

PULAU PINANG

PSH2439

PERAK

APM7435

PAHANG

CFJ3482

KEDAH

KGJ7244

NEGERI SEMBILAN

NEM5173

KOTA KINABALU

SJV417

KUCHING

QAB9517P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

16-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k

Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.

04-11-2026
Berita Auto

Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup

Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).

04-11-2026
Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.