Dalam Sebulan: Proton Terima 8K Tempahan X50

Model Proton X50 RC 2024 yang baru dilancarkan bulan lalu menerima sambutan yang cukup menggalakkan, apabila mencatatkan tempahan sebanyak 8,000 unit setakat ini.
Proton menyifatkan permintaan itu telah melangkaui jangkaan mereka. Jadi, mereka telah menetapkan piawaian baharu untuk segmen model terbabit.
Sejak pelancarannya pada tahun 2020, Proton X50 telah menjadi SUV terlaris di Malaysia, dengan penjualan mencatatkan 115,262 unit sehingga Jun.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya cukup teruja melihat nombor tempahan yang luar biasa pada bulan pertama.

“Ini telah menunjukkan daya tarikan kukuh Proton X50 2024. Jadi, kami mahu memebri komitmen dan menyampaikan nilai serta kualiti yang cemerlang kepada pelanggan
“Untuk itu, kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami sedang melakukan segala yang mungkin untuk memenuhi jangkaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Model itu masih kekal menggunakan enjin 1.5 liter TGDI pengecas turbo dengan kuasa 177PS dan tork 255Nm menerusi kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan.
Gabungan ini membolehkan ia mencapai masa pecutan 0-100km/j dalam hanya 7.9 saat.
Untuk versi facelift ini, ia menerima penambahbaikan dari segi Noise, Vibration, and Harshness (NVH) di mana lebih 20 poin NVH yang bertujuan untuk memberikan lebih keselesaan.


Bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan unit paparan utama (HUD) bersaiz 10.3-inci dengan resolusi yang lebih tinggi pada kadar 1920 x 720, unit pemprosesasan dual quad-core, 2GB bagi kapasiti RAM, kapasiti storan hingga 64GB, dan aplikasi Spotify Music.
Mengenai varian dan harga:
Proton X50 2024 didatangkan dalam 4 varian:
*1.5T Standard - RM 86,300
*1.5T Executive - RM93,300
*1.5TPremium - RM101,800
*1.5 TGDi Flagship - RM113,300

Selain itu, sempena sambutan capaian 5 juta kenderaan, PROTON turut memperkenalkan pakej promosi untuk model-model lain.
Ini termasuk diskaun tunai RM500 untuk Proton Saga, RM7,000 untuk Proton X70, dan penyelenggaraan perkhidmatan percuma selama 2 tahun untuk Proton X90. Selain itu, acara ‘Uji Pandu dan Menang tanpa Kewajipan Membeli’ yang lama dinantikan telah diperkenalkan di bilik pameran Proton di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4196
SELANGOR
BSU8537
JOHOR
JG9602J
PULAU PINANG
PSH2439
PERAK
APM7435
PAHANG
CFJ3482
KEDAH
KGJ7244
NEGERI SEMBILAN
NEM5173
KOTA KINABALU
SJV417
KUCHING
QAB9517P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift
Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?
22-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

