Harga Tank 300:RM250K, Ada Pakej Hebat Untuk 300 Pemilik Awal

Great Wall Motor (GWM) Malaysia melancarkan secara rasminya SUV off road terbaharunya, GWM TANK 300 di Malaysia untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.
GWM TANK 300 yang merupakan unit import sepenuhnya (CBU) dari China dijual pada harga RM250,000.
SUV off-road ini dilengkapi dengan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0L dan digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 220 PS dan tork 380 Nm.
-full.jpg)
Dengan sistem 4WD separuh masa, TANK 300 juga dilengkapi dengan ‘Ladder Frame Construction’ , ‘Professional Off-road Chassis’ serta dilengkapi dengan kunci pembezaan gandar elektronik hadapan dan belakang bagi membolehkan ia meredah semua jenis permukaan jalan raya.
Menjengah bahagian luarannya, ia sebenarnya direka khas untuk eksplorasi yang cukup ekstrem memandangkan kerangkany agak tegap.
Ia juga didatangkan dengan roda aloi krom 18" inci dimana ia kelihatan cukup lasak, agresif namun tetap bergaya.

Selain itu, dari segi kabinnya pula, GWM TANK 300 dilihat menawarkan kabin dibaluti dengan kulit NAPPA hitam, dimana tempat duduk pemandu dilaraskan dengan lapan hala.
Kerusinya itu didatangkan dengan fungsi urut.
Antara kelengkapan lain ialah, ia dilengkapi dengan dua skrin instrument bersaiz 12.3 inci dan sistem infotainment skrin sentuh yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.
Tidak ketinggalan, konsol tengahnya juga agak moden kerana mempunyai penukar gear dengan rekaan berinspirasikan seolah-olah dalam kokpit.


Terdapat juga pengecasan tanpa wayar, pencahayaan ambien 64 warna dan 9 pembesar suara dengan sistem bunyi Infinity.
Sementara itu, ciri praktikal tambahan yang ada pada jentera ini ialah corong pendingin hawa di belakang, ada soket kuasa USB, danperehat tangan tengah yang boleh dilipat dengan pemegang cawan.

Bagi tempat penumpang belakang, ia didatangkan dengan dua tahap pelarasan dan tempat duduk belakang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 dimana ruang butnya boleh memuatkan barangan yang besar.

Dari segi ciri-cici keselamatan, anda jangan bimbang kerana GWM TANK 300 cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup canggih.
Difahamkan, jentera ini jdilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kawalan Pintar (ICA), Bantuan Kekal Lorong(LCK), Bantuan Trafik Sesak (TJA), kamera 360 darjah.
Kesemua ciri keselamatan ini membolehkan GWM TANK 300 telah diberi penarafan keselamatan 5- bintang ANCAP.

Apa yang cukup menarik ialah SUV ‘off-road’ ini dibina dengan rangka kereta berkekuatan ultra-tinggi 1500 MPa dan enam beg udara sisi dan hadapan yang berintegrasi bagi memastikan perlindungan yang optimum dan mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM TANK 300, berikut adalah perinciannya:
1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.
2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk pemilik pertama).
3. Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg sandang Paramount Thule bernilai RM999.
4. Siri Pengembaraan dengan GWM TANK - Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China. Sempena pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi sebuah percutian pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. 10 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah.

Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun.
Jika anda berminat dengan SUV off-road yang cukup menakjubkan ini, ada berita baik untuk anda.
Ini kerana GWM mengadakan sesi pandu uji ‘off-road’ GWM TANK 300 pada 20 dan 21 Julai 2024 di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih.
Untuk menempah slot sesi pandu uji ‘off-road’, sila RSVP di: https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT1069
SELANGOR
BSU2754
JOHOR
JF3685J
PULAU PINANG
PSG2043
PERAK
APL9680
PAHANG
CFH9447
KEDAH
KGJ3764
NEGERI SEMBILAN
NEM2079
KOTA KINABALU
SJU4490
KUCHING
QAB7220P
Terakhir Kemas Kini 06 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge