ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Maknanya Tak Lama Lagi Masuk M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas Thailand, Singapura menjadi pasaran ASEAN seterusnya dimana XPeng G6 elektrik akan dilancarkan secara rasmi,

Untuk pasaran di Singapura,, G6 EV hadir dalam dua varian, varian Standard dan Long Range.

Tiada apa yang mengejutkan kerana spesifikasi G6 Singapura adalah sama dengan Thailand.

Ini bermakna ia menyokong platform SEPA 2.0, manakala G6 Standard disumbat dengan motor elektrik tunggal di belakang (RWD) yang mana ia boleh menghamburkan kuasa setakat  255 hp dan  dan 440 Nm.

image.png

Ini , membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 6.6 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah  200 km/j.

Berbeza pula dengan varian  G6  Long Range. Ini kerana ia mendapat persediaan motor RWD yang lebih bertenaga dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat  282 hp dan tork  440 Nm .

Dari segi bateri, varian Standard dipasang dengan bateri lithium iron phosphate (LFP) 66 kWh, dimana ia hanya mampu memberikan jarak gerak sehingga 435 km.

Varian Long Range pula, ia menggunakan bateri nickel cobalt manganese (NCM) dengan kapasiti 87.5 kWh. Varian ini memberikan jarak gerak sehingga 570 km.

image.pngimage.png


Menjengah bahagian luarannya, , satu-satunya perbezaan antara varian Standard dan Long Range ialah pada rim roda dimana varian Standard dipasang dengan rim bersaz 18 inci manakala Long Range pula bersaiz 20 inci.

Selain itu, kedua-dua varian kelihatan serupa kerana mereka  menampilkan gaya badan crossover SUV sporty dengan lampu depan LED dan lampu belakang LED jenis lebar.

image.pngimage.png

Menyentuh mengenai kabinnya, pelanggan Singapura boleh menjangkakan kabin jentera ini adalah cukup lengkap memandangkann kedua-dua varian didatangkan  dengan askrin infotainmen tengah 14.96 inci berkuasa Qualcomm manakalan instrumen digital 10.2 inci. 

Antara ciri lain ialah pad pengecasan wayarles, 18 speaker,  tempat duduk hadapan berkuasa dan berventilasi, dan banyak lagi. 

Tidak ketinggalan, XPeng G6 juga dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif Xpilot 2.5, yang menggunakan 12 penderia .

image.png

XPeng G6 sudah dibuka untuk tempahan dimana varian Standard  dijual pada harga SGD 209,999 (RM724,990) manakala Long Range pula berharga SGD 224,999 (RM776,775) .

Untuk makluma anda, XPeng G6 dijadualkan untuk membuat penampilan sulungnya di pasaran kita tidak lama lagi.

image.png

Pengedaran jenama EV China baharu ini akan dikendalikan oleh kumpulan automotif tempatan terkemuka Bermaz Auto Berhad (BAuto). 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global
Global
Berita Auto

23-08-2025
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.