MINI Cooper JCW E Didedahkan, Kemunculan Rasmi Tidak Lama Lagi

MINI John Cooper Works E
MINI telah mengesahkan kehadiran model elektrik pertama di bawah nama John Cooper Works (JCW), iaitu MINI Cooper JCW E. Menjelang pelancaran rasminya di Festival Kelajuan Goodwood, MINI telah mendedahkan beberapa imej teaser dan maklumat mengenai model EV hot hatch ini.
Baca: [PANDU UJI] Ini 8 Perkara Menarik Tentang MINI Electric Resolute Edition
Trenkuasa & Prestasi
MINI Cooper JCW E yang masih diselubungi pelekat samaran ini akan membuat penampilan pertamanya semasa cabaran pendakian bukit di Goodwood, England.


Melalui acara ini, MINI memberikan petunjuk bahawa JCW E akan memiliki trenkuasa elektrik yang canggih dan mampu menghasilkan kuasa yang lebih tinggi daripada MINI Cooper SE. Sebagai perbandingan, MINI Cooper SE yang menggunakan motor 215 hp mampu melakukan pecutan daripada 0-100 km/j dalam 6.7 saat, manakala MINI Cooper JCW versi petrol pula mengambil masa sepantas 6.1 saat.
Menurut Ketua Pengeluaran MINI, Dr. Stefan Floeck, MINI Cooper JCW E akan direka khas untuk memberikan prestasi yang setanding dengan versi enjin pembakaran dalamannya.


JCW E akan menggunakan susunan sistem motor elektrik pacuan roda hadapan (FWD) yang sama, dengan pusat graviti yang lebih rendah kerana baterinya diletakkan di bahagian bawah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan dinamik pemanduan dan memberikan keseimbangan berat depan-belakang 50/50 yang hampir sempurna.

Untuk mengimbangi beban tambahan daripada pek bateri, JCW E akan dilengkapi dengan tayar yang memiliki diameter yang lebih besar berbanding model asasnya.
Pelancaran Global
MINI Cooper JCW E akan membuat penampilan awam pertamanya di Goodwood Festival of Speed, diikuti dengan pelancaran global rasmi yang dijadualkan berlangsung pada musim luruh tahun ini. Kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat mengenai MINI Cooper JCW E sebaik sahaja EV ini diperkenalkan di acara tersebut.
Baca: MINI Cooper S 2024 Kini Rasmi Di Malaysia – Capai 201 HP, Dari RM280K
Sumber: AutoCar

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE9438
SELANGOR
BSR4059
JOHOR
JYB9386
PULAU PINANG
PSD5480
PERAK
APJ6101
PAHANG
CFH134
KEDAH
KGG8514
NEGERI SEMBILAN
NEK8249
KOTA KINABALU
SJS8506
KUCHING
QAB1494P
Terakhir Kemas Kini 05 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!
ada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.
21-06-2021
Berita Terkini
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat