ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ini 8 Perkara Menarik Tentang MINI Electric Resolute Edition

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-MINI-Electric-ResoluteEdition.jpg


Baru-baru ini, penulis berpeluang untuk merasa sebuah kereta yang berharga lebih RM200,000 iaitu MINI Electric Cooper SE Resolute Edition. Ini pendapat penulis tentang kereta comel tetapi elegan ini…


#1 EV Terbaik Untuk Dijadikan Prop ‘OOTD’ 


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Rolling-5.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Rolling-10.jpg


Menjadi perhatian di mana sahaja, walaupun kecil, kehadirannya dirasai semua. Setuju atau tidak, MINI memiliki gaya tersendiri yang unik dan sedap dipandang. Dari awal kehadirannya di pasaran pada tahun 1959, pelbagai elemen rekaan pada model klasik itu dikekalkan pada versi baharu, mungkin kerana inilah MINI nampak menonjol, klasik dan elegan?


Antara ciri klasik yang dapat dilihat pada MINI Electric ini ialah lampu hadapan berbentuk bulat, gril hadapan yang berbentuk heksagon dan bentuk badan kompaknya. Cuba tengok model klasik di bawah:


640px-Morris_Mini-Minor_1959_(621_AOK).jpg


Mini-Minor Morris yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada bulan Ogos, tahun 1959 (Sumber: Wiki)


Persoalan seterusnya apa yang membezakan MINI Electric dengan versi ICE? Dari segi rekaan, MINI Electric diberikan rim aloi bersaiz 17 inci dalam reka bentuk khas yang membantu meningkatkan aerodinamik. Selain itu, model ini memiliki reka bentuk gril depan yang ‘tertutup’ kerana tiada lagi keperluan untuk menyejukkan enjin. 


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-22.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-25.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-31.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-28.jpg


Beberapa ciri pada MINI Electric yang membezakannya daripada versi ICE


#2 Kecil-Kecil Cili Padi


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Rolling-9.jpg


Pickup kereta ini memang lain macam! Memandangkan model ini menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya,  ia mampu mencapai kuasa tork penuh, iaitu 270 NM dengan lebih pantas berbanding versi petrol. Penghantaran tork yang pantas memang terasa terutama semasa penulis cuba untuk memotong kenderaan hadapan.


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Rolling-10.jpg


Di atas kertas, MINI Electric dikatakan boleh melakukan pecutan 0-100 KM/J dalam masa hanya 7.5 saat. Namun, hanya satu kekurangan yang penulis perasan, pedal perlu ditekan kuat sedikit untuk mendapatkan respon, ini bermakna, untuk perjalanan jarak jauh boleh jadi agak memenatkan. 


#3 Capai 80% Sepantas Waktu Bersantai Minum Kopi 


Atas kertas, model ini dikatakan  mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit untuk dicas penuh menggunakan pengecas AC 11 kW, sambungan Jenis 2. Sementara itu, untuk pengecasan lebih pantas, bateri kereta boleh dicas dengan pengecas pantas DC, sambungan CCS2 sehingga 50 kW dalam masa hanya kira-kira 36 minit, dari kapasiti 10-80%. 


Berdasarkan pengalaman dunia nyata penulis, berikut adalah masa yang diambil untuk dicas:


Info-EV-MINI-Electric6.jpegInfo-EV-MINI-Electric5.jpeg


Dari 0-84% kira-kira 30 minit (kiri) dan untuk capai kapasiti penuh ambil masa hampir 1 jam (kanan)



Info-EV-MINI-Electric4.jpeg


Jarak EV dalam mod pemanduan Green yang dipaparkan pada skrin setelah kereta dicas penuh


Dengan cas penuh, sistem on-baord MINI memaparkan jarak EV yang mampu dicapai ialah sehingga 143 KM. Namun menurut rakan setugas penulis yang berpeluang untuk memandu uji model ini bagi perjalanan jarak jauh dari Ipoh ke Sungai Buloh, dengan cas awal 96%, ia sebenarnya mampu bergerak lebih jauh daripada jarak perjalanan yang dinyatakan, iaitu kira-kira 180+ KM, dengan baki 10%. Ini bermakna, jarak untuk pemanduan sebenar MINI Electric kurang kira-kira 50 KM daripada jarak yang dinyatakan atas kertas, 232 KM (WLTP). 


Untuk meningkatkan jarak EV dan mengurangkan range-anxiety, terdapat mod pemanduan Green+ (mengurangkan kuasa dan fungsi ‘comfort’) dan Green (mengurangkan kuasa). Ciri lain yang boleh dimanfaatkan untuk memaksimumkan jarak EV ialah fungsi brek regeneratif atau regenerative braking: 


 


MINI menjelaskan tentang fungsi brek regeratif pada MINI Electric


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-20.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-10.jpg


Teknologi brek regeneratif yang terdapat pada MINI Electric membolehkan tenaga pergerakan atau kinetik disalurkan sebagai tenaga elektrik semasa kelajuan direndahkan. 


#4 Kabin Yang Sedap Dipandang


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-24.jpg

Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-29.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-28.jpg


Semasa memasuki MINI, terutama dalam suasana gelap, penulis disambut oleh pantulan cahaya logo MINI pada lantai. Memasuki ruang dalam kereta kecil ini, terlihat satu ruang kabin yang beraura klasik. Dari segi keselesaan, tempat duduk MINI Electric cukup empuk, selain boleh dilaraskan untuk keselesaan optimum. 


Berikut adalah antara ciri menarik di ruang kabin:


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-6.jpg


Terdapat pencahayaan kuning yang menunjukkan anggaran kapasiti bateri EV pada sekeliling sistem infotainmen berbentuk bulat ini. 


lampu-welcome-MINI.png


Terdapat papan pandu (HUD) yang memaparkan kelajuan kereta dan media/lagu yang dimainkan (kiri) dan lampu 'welcome' (kanan)


Selain itu, terdapat juga ciri pencahayaan ambien yang menyedapkan lagi pandangan. Warna cahaya ini boleh ditukar menggunakan butang yang terdapat di hadapan cermin pandang belakang. Sebenarnya, banyak ciri yang menarik perhatian penulis, tetapi, satu kekurangan MINI ialah tempat duduk belakang yang agak sempit. Tidak begitu sesuai untuk penumpang dewasa duduk di bahagian belakang. Tetapi jika difikirkan, bagi sebuah kereta sekecil ini, adanya tempat duduk belakang merupakan satu bonus. 


#5 Ruang Simpanan Yang Fleksibel


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-34.jpg


MINI Electric menawarkan ruang simpanan yang fleksibel memandangkan tempat duduk belakang boleh dilipat 60:40. Foto daripada laman web rasmi MINI menunjukkan pandangan yang jelas:



Kapasiti-But-MINI-E3.png


Dengan kesemua tempat duduk tidak dilipat, ruang but asal memberikan kapasiti simpanan sehingga 211L.


Kapasiti-But-MINI-E1.pngKapasiti-But-MINI-E2.png


Apabila satu tempat duduk dilipat, kapasiti simpanan ialah 539L dan apabila kesemua tempat duduk belakang dilipat, ruang simpanan maksimum EV ini mencapai 731L. 



#6 ‘MINI’ Kebisingan 


Sangat senyap, inilah salah satu daya tarikan EV. Ketiadaan enjin pembakaran bukan sahaja meningkatkan lagi kelancaran penghantaran kuasa kereta, tetapi juga memberikan keselesaan tambahan kepada pemandu dan penumpang kerana tiada lagi bunyi enjin.


#7 Sistem Audio Premium Harman Kardon


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-38.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Int-27.jpg


Minimum gangguan bunyi di kabin kereta bermaksud ‘maksimum' keseronokan untuk melayan muzik. MINI Electric dilengkapi dengan sistem audio Harman Kardon terdiri daripada 12 speaker, dari treble hingga bass, semuanya jelas. 


#8 Sempurna Untuk Kegunaan Di Bandar


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Rolling-4.jpg


Kalau anda inginkan sebuah kereta untuk perjalanan jarak jauh, dari utara ke selatan, MINI Electric bukanlah pilihan yang sesuai. Tetapi, kalau anda inginkan sebuah kereta yang senyap, selesa dan boleh melayan lagu dalam kesesakan bandar, meluncur laju untuk ke tempat kerja atau shopping mall, ini adalah pilihan sempurna. 


Caricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-33.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-29.jpgCaricarz-MINI-Electric-ResoluteEditon-Ext-32.jpg


Jika dibandingkan dengan EV kompak lain, seperti Neta V dari negara China, yang jauh lebih murah (RM100K) dan boleh mencapai jarak sehingga 380 KM (NEDC) dengan bateri  38.54 kW. Kenapa anda masih perlu pertimbangkan MINI Electric?


Dijual pada harga T20, bermula dari RM205,833 (RPP) hingga RM212,133 (termasuk waranti lanjutan & pakej servis), MINI Electric hanya boleh mencapai jarak EV kira-kira 200 KM sahaja. Tetapi dari segi rekaan, prestasi dan pelbagai lagi ciri premium lain, MINI adalah pemenangnya. Mana satu pilihan anda? Tepuk dada, tanya selera. 


Untuk mengetahui lebih lanjut tenang MINI Electric, boleh layari https://www.mini.my/en_MY/home/range/electric.html atau kunjungi mana-mana pusat pengedaran MINI Malaysia yang terdekat.

Pautan berkaitan yang lain:

Senarai harga


Spesifikasi Terperinci MINI Electric Cooper SE Resolute Edition


TRENKUASA
Pacuan Roda Hadapan (FWD)
KUASA
181 HP (135 kW)
TORK
270 NM
0-100 KM/J
7.3 saat
KELAJUAN TERTINGGI
150 KM/H 
BATERI & PENGECASAN

Bateri:

Litium ion 28.9 kWh 

 

Tempoh pengecasan:
AC @ 11 kW (0-100%: 2 jam 30 minit)

DC @ 50 kW (10-80%: 36 minit)

JARAK EV
232 KM (atas kertas, WLTP)
HARGA
RM205,833 (harga atas jalan)



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG4347

SELANGOR

BSF5076

JOHOR

JYA5080

PULAU PINANG

PRR4984

PERAK

ANW6804

PAHANG

CFC1457

KEDAH

KGA9451

NEGERI SEMBILAN

NEG2394

KOTA KINABALU

SJL3102

KUCHING

QAB5152L

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

EURO 5 B7

RM 2.94

Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025

Berita Berkaitan

EV
Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.

24-02-2025
EV
Pandangan Pertama: EV MINI Cooper & EV MINI Countryman 2024

Pandangan Pertama: EV MINI Cooper & EV MINI Countryman 2024

BMW akhirnya mendedahkan MINI Cooper dan MINI Countryman 2024 versi elektrik (EV) untuk tatapan umum.

04-09-2023
Global
Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan

Luaran EV MINI Cooper S Generasi Akan Datang Didedahkan

Beberapa foto bahagian luaran MINI versi elektrik terbaharu itu telah didedahkan untuk tatapan umum.

13-04-2023
Global
EV MINI Cooper 2024 Tanpa Pelekat Samaran Dikesan

EV MINI Cooper 2024 Tanpa Pelekat Samaran Dikesan

Hatchback MINI generasi terbaharu telah dikesan tanpa pelekat samaran

05-04-2023
Kereta Baru
MINI Electric Resolute Edition 2022 Kini Di Malaysia, Harga Dari RM198K

MINI Electric Resolute Edition 2022 Kini Di Malaysia, Harga Dari RM198K

MINI Malaysia telah memperkenalkan varian baharu, Cooper SE atau MINI Electric dalam edisi istimewa, Resolute Edition.

14-09-2022
Pandu Uji
[PANDU UJI]  Ini 5 Kelebihan Toyota GR Corolla & Kenapa Ia Bukan Untuk Semua

[PANDU UJI] Ini 5 Kelebihan Toyota GR Corolla & Kenapa Ia Bukan Untuk Semua

Ini ulasan jujur kami mengenai Toyota GR Corolla.

13-02-2024
Pandu Uji
[PANDU UJI] BMW i4 eDrive40 M Sport: Ini 7 Perkara Menarik Tentang EV Sporty Dengan 'Ngauman Enjin'
Pandu Uji
[PANDU UJI] Honda Civic e:HEV RS: Hibrid Sporty Ini Lebih Hebat Dari Turbo?

[PANDU UJI] Honda Civic e:HEV RS: Hibrid Sporty Ini Lebih Hebat Dari Turbo?

Ini pendapat jujur kami tentang Honda Civic e:HEV RS dan kenapa ini varian Civic terbaik.

08-08-2023

Berita Terkini

Pandu Uji
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max –  Bergaya, Jimat & Praktikal

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.