ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Cooper SE 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Dari RM193,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-3.jpg


MINI Malaysia hari ini telah melancarkan MINI Cooper SE sempena acara  ‘The New MINI Family’ yang bakal berlangsung esok di JioSpace, PJ. Model ini ditawarkan di pasaran bermula daripada harga RM193,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. Apa yang menarik tentang model elektrik bergaya retro ini? Teruskan membaca.


CIRI TRENKUASA & MEKANIKAL MINI COOPER SE 2024


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-10.jpg


MINI Cooper SE baharu menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar hadapan menghasilkan 218 hp (160 kw) dan tork 330 Nm, membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 170 km/j. 


Motornya dikuasakan oleh bateri berkapasiti 54.2 kWj dengan kemampuan untuk dicas melalui pengecas AC 11 kW dan DC 95kW. Menggunakan pengecas pantas, masa yang diambil untuk dicas daripada 10-80% kurang daripada 30 minit. Dengan cas penuh, model ini boleh mencapai jarak EV sehingga 387-402 km. 


Dengan jarak antara roda dan kelebaran trek badan dipertingkat (31 mm lebih panjang berbanding versi petrol) untuk memberikan dinamik pemanduan yang lebih baik, spring dan peredam juga diberikan talaan semula untuk meningkatkan ‘kelincahan’ pengendaliannya. Model ini turut didatangkan dengan mod ‘Go-Kart’ untuk pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. 


REKA BENTUK MINI COOPER SE 2024


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-6.jpg

01.-The-New-MINI-Cooper-SE.jpg05.-The-New-MINI-Cooper-SE.jpg


Dari segi dimensi model ini berukuran 3,858 mm panjang, 1,756 mm lebar dan 1,460 mm tinggi dengan jarak antara roda 2,526 mm. Berat bersihnya pula 1,605 kg. 


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-2.jpg

web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-4.jpgweb_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-11.jpg


Sebagai versi elektrik, model ini diberikan sentuhan rekaan yang minimal yang memberikannya aura futuristik, namun masih mengekalkan elemen retro ikonik sebuah MINI Cooper. Model ini tidak memiliki kemasan lengkungan roda dan side scuttle. Di bahagian lain, ia diberikan  gril hadapan oktagon baharu, pemegang pintu yang terbenam, rim aluminum 18 inci Night Flash 2 tona. Model ini diberikan warna aksen baharu, Vibrant Silver. 


KABIN MINI COOPER SE 2024


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-13.jpgweb_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-7.jpgweb_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-9.jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalam Cooper SE 2024, didatangkan standard dengan tema kemasan Favoured yang menggunakan stereng tiga jejari dalam balutan kulit sintektik Vescin, tekstil jahitan 3D dengan bercorak houndstooth yang elegan dalam warna Kelabu/Beige. Model ini diberikan tempat duduk sporty dalam upholsteri  Vescin Piping berwarna biru. 


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-8.jpg


Dari segi teknologi, model ini hadir dengan paparan OLED bulat berukuran 9.2 inci yang menggunakan sistem operasi MINI 9. Kelengkapan lain ialah papar pandu (HUD) MINI dan toggle bar klasik MINI. 


Model ini didatangkan dengan ‘MINI Experience Mode’ yang bukan sahaja mengubah mod pemanduan, tetapi juga ruang kabin dengan pencahayaan ambien. 


CIRI KESELAMATAN MINI COOPER SE 2024


web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-3.jpg


MINI Cooper SE hadir dengan pakej Driving Assistant dan Parking Assistant Plus secara standard, yang memberikan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif. Ini termasuk fungsi ADAS seperti Amaran Penukaran Lorong, Amaran Keluar Lorong dengan intervensi stereng aktif, Info Had Kelajuan, Bantuan Had Kelajuan Manual, Kawalan Jelajah dengan fungsi brek, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Pembantu Pengelakkan, Amaran Lintasan Trafik Belakang dengan intervensi brek, Pencegahan Pelanggaran Belakang dan Amaran Keluar.


HARGA MINI COOPER SE 2024


Kini boleh didapati untuk tempahan, MINI Cooper SE ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM193,888. Pembelian adalah termasuk waranti standard selama 2 tahun dengan bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Waranti berasingan ditawarkan untuk bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km. Pelanggan boleh mendapatkan jaminan lanjutan selama 4 tahun bernilai RM6,300. Pelanggan terawal boleh menerima MINI Wallbox secara percuma bernilai RM5,000.  

Untuk menyaksikan model ini dengan lebih dekat, model ini dipamerkan di JioSpace, PJ, sempena acara ‘The New MINI Family' bermula esok. Turut dipamerkan ialah model versi petronalnya, MINI Cooper S serta MINI Countryman SE ALL4 dan MINI JCW Countryman ALL4 yang telah dilancarkan semasa Malaysia Auto Show pada Mei lalu. 

web_KS_WhatsApp_MINI-Cooper-SE_-17.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR5654

SELANGOR

BSN5546

JOHOR

JYT6311

PULAU PINANG

PSA7986

PERAK

APG2370

PAHANG

CFF9178

KEDAH

KGE9045

NEGERI SEMBILAN

NEJ8528

KOTA KINABALU

SJR374

KUCHING

QAB4542N

Terakhir Kemas Kini 30 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

02-12-2025
Kereta Baru

24-04-2025
Kereta Baru

24-04-2025
Kereta Baru

08-01-2025
Berita Auto

20-11-2024
EV

25-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024
Kereta Baru

08-10-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.