Selepas 118 Tahun, Recaro Pun Kecundang

Pengeluar tempat duduk kereta terkemuka global, Recaro Automotive yang berada di pasaran selama 118 tahun akhirnya kecundang apabila syarikat itu dilaporkan telah memfailkan kebankrapan, kelmarin.
Untuk makluman, syarikat itu ditubuhkan sebagai coachbuilder Stuttgarter Carosserie pada tahun 1906.
Sejak itu, syarikat terbabit telah menghasilkan badan untuk pelbagai Porsche dan Volkswagen sehingga awal 1960-an.

Bagaimanapun, pada tahun 1960, syarikat itu menumpukan pada bahagian tempat duduk, dan pada tahun 1963 pula, ia menukar namanya kepada Recaro.
Maka, sejak itu juga tempat duduk Recaro menjadi kelengkapan OEM buat kebanyakan syarikat pembuat kereta seperti Mitsubishi, Nissan, Volkswagen dan banyak lagi.


Perniagaan mereka mendapat sambutan yang cukup menggalakkan disebabkan reputasi mereka yang menyediakan ciri sokongan dan keselamatan yang cukup cemerlang.
Syarikat itu juga menawarkan tempat duduk selepas pasaran, dengan pelbagai barisan produk termasuk bucket seat yang diluluskan FIA untuk perlumbaan dan reka bentuk klasik yang disasarkan pada sektor pemulihan yang sedang berkembang.
Apapun berita mengenai Recaro bankrap mengejutkan ramai pihak terutama bagi 215 pekerja yang merupakan ahli Kesatuan sekerja IG Metall yang bekerja di kilang Recaro yang terletak di Stuggart, Jerman.
Mereka kini dikatakan menuntut penjelasan daripada pengurusan Recaro berhubung kejadian yang menimpa syarikat terbabit.

Ini kerana para pekerja tidak dimaklumkan bahawa Recaro akan memfailkan muflis.
Buat masa ini, operasi Recaro Automotive Germany boleh diteruskan dengan pentadbir yang menyelia kewangan dan gaya pengurusan syarikat berikutan pemfailan muflis di Mahkamah Daerah Esslingen.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


