Subaru BRZ 2025 Diperkenalkan Di Jepun – Mod Sport, Pengendalian Lebih Mantap

Selain Toyota GR86 2025, Subaru juga telah diperbaharui untuk model tahun 2025. Banyak sentuhan baharu yang diberikan pada model Subaru BRZ 2025 mencerminkan apa yang dilakukan oleh Toyota pada kereta sport mereka. Teruskan membaca...
Reka Bentuk Terbaru Subaru BRZ 2025

Beberapa perubahan kecil visual termasuk lampu siang (DRL) LED yang direka semula. Namun, perubahan paling penting berlaku di sebalik ‘lapisan badan’, yang menjanjikan pengendalian yang lebih baik.
Kualiti Pengendalian Lebih Baik


Perubahan utama adalah peredam yang dioptimumkan semula dan bantuan stereng kuasa yang ditala semula. Ini meningkatkan kualiti pengendalian dan keselesaan pemanduan BRZ terutamanya untuk varian Cup Car Basic, R dan S. Varian flagship, STI Sport terus menggunakan peredam talaan STI.
Penambahan Mod Pemanduan ‘Sport’

Varian transmisi manual kini mempunyai butang ‘Sport Mode’ di konsol tengah, yang meningkatkan respons pendikit (throttle) dan ngauman bunyi enjin melalui sistem audio, Active Sound Control, yang menambahkan lagi keasyikan pemanduan.
Varian Transmisi Automatik


Bagi varian transmisi automatik, terdapat kebolehan downshift manual pada RPM yang lebih tinggi, memberi pemandu lebih kawalan.
Baca: Project Midnight: Jentera WRX Paling 'Menggerunkan' Pernah Dihasilkan Subaru
Prestasi Enjin
Masih menggunakan enjin ‘Boxer’ 4 silinder 2.4 liter yang menjanjikan output kuasa sebanyak 232 hp dan 250 Nm. Selain daripada perubahan yang dinyatakan, tiada perubahan besar lain untuk versi 2025.
Harga

Subaru BRZ 2025 kini dijual di Jepun pada harga yang bermula daripada JPY3,322,000 (~RM98,344 – R MT) hingga JPY3,817,000 (~RM112,998 – STI Sport AT).
Baca: Toyota GR86 2025 Diperkenalkan Di Jepun, Ada Edisi Khas "Ridge Green Limited" Yang Elegan!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4847
SELANGOR
BST9750
JOHOR
JE7453J
PULAU PINANG
PSF8114
PERAK
APL6982
PAHANG
CFH8339
KEDAH
KGJ2431
NEGERI SEMBILAN
NEM429
KOTA KINABALU
SJU2714
KUCHING
QAB6237P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat