ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Box S31: Ada 2 Varian, Harga Bawah RM115K, OK Tak?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Satu lagi jenama dari China, DongFeng Box S31  dijangka dilancarkan selewat-lewatnya pada Oktober ini.

Difahamkan, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) melalui anak syarikatnya Central Auto Distributors Bhd (CADB), telah mengambil alih pengedaran untuk jenama Cina DongFeng.

Untuk itu, CADB telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB) untuk menjadikan Malaysia pusat serantau bagi pengeluaran dan pemasangan kenderaan elektrik (EV), Dongfeng Box S31.

image.png

Dikhabarkan juga, CADB, akan memberi tumpuan kepada EV dan model hibrid, dan merancang untuk melancarkan tiga model: MPV, SUV mini dan SUV, pada tahun depan.

Buat masa ini, model pertama yang dipasarkan oleh CADB ialah DongFeng Box S31 yang  dikenali sebagai Dongfeng Nammi 01 di pasaran China.

Bagaimanapun, CariCarz.com berpeluang melihat salah satu daripada lima versi pra-pengeluaran Dongfeng Box S31 di ibu pejabat PEKEMA yang terletak  di Cyberjaya, baru-baru ini.

Unit-unit ini telah dibawa masuk untuk memperhalusi perjalanan dan pengendalian mereka agar sesuai dengan jalan raya Malaysia. 

Memandangkan ia masih model pra-pengeluaran, beberapa bahagian Box S31, seperti lampu depan, dilihat masih menggunakan penjenamaan Nammi.

Menurut CADB, mereka akan menawarkan kedua-dua varian seperti mana yang ditawarkan di  China: varian Standard dan model Long Range.

image.pngimage.png

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang pada gandar depan (FWD) dengan kuasa 94 hp (70 kW) dan 160 Nm. 

Selain itu, varian Standard Range menggunakan pek bateri LFP 31.45 kWj manakala varian lebih tinggi, Long Range, menggunakan bateri 42.3 kWj yang lebih besar. 

Ini bermakna, varian Standard menawarkan jarak EV maksimum 330 km (CLTC), manakala varian Long Range mempunyai jarak EV lebih jauh iaitu 430 km (CLTC).

Kelajuan tertinggi pula ialah 140km/j.

image.png

Dari segi dimensi, Dongfeng Box S31 berukuran 4,030 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,570 mm tinggi dan mempunyai jarak antara roda 2,660 mm. 

Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan pemegang pintu jenis bersembunyi,  cermin tingkap tanpa bingkai, lampu depan dan lampu belakang  jenis LED.

Sementara itu, bahagian dalamannya pula dihiasi dengan d bahan kulit lembut.

image.pngimage.png

Ia juga akan dilengkapi dengan paparan kluster instrumen bersaiz  5-inci, paparan infotainmen 12.8-inci, dan ADAS yang dinilai Tahap 2. 

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah sistem infotainmennya menampilkan pilihan bahasa Melayu.

Dalam pada itu,  CADB mendedahkan bahawa harga DongFeng Box S31 adalah sekitar  RM110,000 dan RM115,000.

Pemasangan tempatan untuk Dongfeng akan bermula suku ketiga tahun depan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6739

SELANGOR

BSU9187

JOHOR

JH1538J

PULAU PINANG

PSH2904

PERAK

APM7874

PAHANG

CFJ3646

KEDAH

KGJ7448

NEGERI SEMBILAN

NEM5397

KOTA KINABALU

SJV1032

KUCHING

QAB9625P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

28-01-2025
Kereta Baru

22-11-2024
EV

21-08-2024
EV

17-07-2024
EV

25-06-2024
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022
Kereta Baru

05-02-2026
Kereta Baru

06-12-2025

Berita Terkini

EV

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026
EV

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.