Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton

Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.
Menerusi majlis yang diadakan di Puchong, Chery Malaysia menghadiahkan tiga buah model Chery Tiggo 7 Pro kepada atlet badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, dan Lee Zii Jia.

Sementara itu, Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata, pemberian hadiah berbentuk kereta itu adalah di atas pencapaian luar biasa mereka di Sukan Olimpik Paris.
“Kecekalan, ketabahan, dan kegigihan mereka sepanjang Sukan Olimpik benar-benar memberi inspirasi, dan kami berbangga untuk meraikan kejayaan mereka,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Hannah turut mengucapkan terima kasih kepada Chery atas penajaan mereka dan kepercayaan terhadap atlet tempatan yang bertanding di Paris.
“Kami percaya bahawa sukan adalah alat penyatuan bagi Malaysia. Kami menggalakkan sektor swasta untuk memainkan peranan mereka dalam memberi ganjaran kepada atlet apabila mereka berjaya membawa pulang pingat.
“’Apa yang membuatkan sumbangan Chery istimewa adalah mereka meraikan semua pemenang pingat,” ujarnya.
Untuk makluman anda, Chery Tiggo 7 Pro yang dijual pada harga RM123,800 disumbat dengan enjin empat silinder turbo 1.6 liter,.

Ini membolehkan Tiggo 7 Pro menawarkan kuasa 194 hp dan tork 290 Nm.
Ia boleh mencapai kelajuan 0-100 km/j dalam 8.3 saat dan kelajuan maksimum 205 km/j. Mod pemanduan yang dinamik menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.
Enjinnya yang dipadankan dengan Transmisi Dwi-bCekam 7-kelajuan (DCT) turut menawarkan prestasi pemanduan yang cukup lancar dan cekap, manakala penggunaan bahan api adalah 7.0L/100km.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat