2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K

Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro yang dikatakan mampu menyaingi Proton X70.
SUV segmen- C versi pemasangan tempatan (CKD) ini dijual pada harga RM123,800.
Bagaimanapun, untuk 2,000 pelanggan terawal, Tiggo 7 Pro ditawarkan pada harga RM119,800.

Untuk kedua-dua harga itu tadi, ia juga termasuk dengan waranti 7 tahun atau 150,000 KM, 7 tahun atau 150,000 km, perkhidmatan tundaan tanpa had, dan pakej perkhidmatan percuma 5 tahun (mengikut syarat dan terma).
Dari segi penggayaan, Tiggo 7 Pro mempunyai penampilan yang 'konvensional' berbanding ‘abangnya’ Omoda 5.
Dari segi dimensi, ia adalah sepanjang 4,513 mm panjang, selebar 1,862 mm lebar dan setinggi 1,696 mm namun , Tiggo 7 Pro adalah enam milimeter lebih pendek, serta lebih lebar 31 mm dan dua milimeter lebih tinggi daripada X70.

Selain didatangkan dalam empat pilihan warna, ia didatangkan dengan bumbung terapung, ‘gril eksagon, selain terdapat jalur berwarna di bahagian hadapannya.
Menjengah bahagian luarannya, Tiggo 7 Pro didatangkan dengan lampu hadapan LED dengan lampu isyarat membelok jenis sequential, lampu nyalaan siang LED, lampu kombinasi belakang bersama lampu kabus LED, penderia hujan dan pintu belakang jenis berkuasa.


Dari sisi pula, ia juga didatangkan dengan brek kaliper berwarna merah dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci.
Bahagian kabin pula, ia hadir dnegan skrin berkembar yang bersaiz 24.6-inci, ada sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan sistem bunyi premium Sony dengan lapan speaker.
Di sebalik semua ini, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya dengan trenkuasanya.
Difahamkan, varian Tiggo 7 Pro disumbat dengan enjin 1.6 liter empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 197 hp dan tork 290 Nm.

Angka itu nampak kecil namun hamburan kuasanya sebenarnya lebih tinggi berbanding Proton X70 yang mana ia cuma menghasilkan kuasa setakat 181 hp.
Enjinnya digandingkan dengan transmisi klac berkembar automatik tujuh kelajuan 7DCT . Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 8.3 saat manakala penggunaan bahan api pula dikatakan mampu mencapai kadar 7.0L/100 km.


Tidak ketinggalan mengenai ruang butnya dimana ia dikatakan seluas 475 liter namun saiz bertambah sehingga 1,672 liter jika kerusi belakang direbahkan.
Berikut adalah ciri keselamatannya:

Namun apa yang menjadi persoalan sehingga penulis menulis berita ini adakah ia benar-benar mampu menyaingi Proton X70?
Semuanya akan terjawab sebaik penulis diberi kesempatan untuk pandu uji Tiggo 7 Pro nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya
Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.
22-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Berita Terkini
Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia
JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.
11-11-2026
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?
Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.
04-11-2026
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
