- Berita
- Berita Auto
- GWM Komited Terhadap Pasaran Malaysia, Bakal Lancar Model CKD, Haval H6 Suku Ketiga 2024
GWM Komited Terhadap Pasaran Malaysia, Bakal Lancar Model CKD, Haval H6 Suku Ketiga 2024

Strategi perniagaan jangka panjang Great Wall Motor (GWM) yang menekankan empat asas strategi pasaran global, iaitu Dibina Secara Lokal, Dikendalikan Secara Lokal, Diperhebat Secara Lokal dan Rantaian Bekalan Terintegrasi, telah menghasilkan peningkatan jualan global yang mengagumkan sebanyak 62.59% tahun ke tahun.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2024 sahaja, GWM telah menjual 201,500 unit kenderaan di pasaran luar negara.
Model Terbaru Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Suku Ketiga

-full.webp)
-full.webp)
SUV off-road Tank 300 (atas), hatchback ORA Good Cat (bawah kiri) dan sedan ORA 07 (bawah kanan)
Di Malaysia, GWM terus menguasai pasaran dengan pelancaran pelbagai jenis kenderaan sepanjang tahun 2024 seperti GWM Ora 07 pada April 2024 dan GWM Tank 300 pada Julai 2024. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, dijangka pada suku ketiga tahun ini ialah GWM Haval H6, yang digelar 'SUV Paling Laris di China'.

Model ini bakal dipasarkan di Malaysia sebagai kenderaan dipasang yang secara tempatan (CKD) pertama GWM di Malaysia hasil kerjasama dengan EPMB. Melalui kerjasama ini, GWM dapat menawarkan kenderaan berkualiti tinggi pada harga yang lebih berpatutan di samping mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.


Pada bulan Mei lalu, CariCarz.com telah diberikan peluang untuk pandu uji model ini. Nak tahu pendapat kami? Klik Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"
Komitmen Jangka Panjang di Malaysia
Pengenalan tiga model kenderaan sebelum ini iaitu GWM Ora Good Cat, GWM Ora 07 dan GWM Tank 300 ke pasaran tempatan menegaskan komitmen GWM Global untuk menjadikan Malaysia sebagai anak syarikat penting di luar negara.
GWM Malaysia mempunyai akses langsung kepada pengeluar dan boleh menyediakan perkhidmatan selepas jualan serta jaminan yang tiada tandingan kepada pelanggan. Dedikasi GWM untuk memahami trend dan permintaan semasa pasaran Malaysia membolehkan GWM menonjol sebagai jenama kenderaan yang tertumpu kepada pengguna.
Kepuasan Pelanggan Diutamakan
"Komitmen kami untuk menyediakan produk inovatif dan perkhidmatan cemerlang sentiasa menjadi teras misi kami di Malaysia," kata Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui An Qi.
"Kami berhasrat untuk menjadikan GWM sebagai jenama yang dikenali dan dipercayai, diiktiraf atas dedikasi kami terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan,” tambahnya lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS1941
SELANGOR
BSU1362
JOHOR
JF184J
PULAU PINANG
PSF9442
PERAK
APL7973
PAHANG
CFH8701
KEDAH
KGJ2994
NEGERI SEMBILAN
NEM1378
KOTA KINABALU
SJU3475
KUCHING
QAB6563P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k
GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.
27-08-2026
GWM & Touch ’n Go Jalin Kerjasama Strategik
GWM x Touch ’n Go: Beli Kereta Baharu, Terus Sedia Lalu Tol Tanpa Tunai.
31-07-2026
KLIMS 2026: GWM Bakal Dedah 2 Model EV Misteri
Intai Dua Model Elektrik Baharu GWM di KLIMS 2026 – Ini Yang Anda Perlu Tahu!
08-06-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Pandu Uji & Menang Hadiah! GWM Malaysia Meriahkan Penang Autoshow Dengan Tawaran Eksklusif
Penangan GWM di PWCC: Dari SUV Lasak Hingga MPV Mewah, Semua Ada di Penang Autoshow.
27-04-2026
GWM Makin 'Ganas, Kini Bolos Kelompok 15 Jenama Teratas Di Malaysia
WEY G9 & Haval H6 Jadi Punca? GWM Kini Berjaya Pintas Persaingan, Masuk Top 15!
22-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul
Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.
01-04-2026
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat