ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 300

Suhana Veru

17-7-2024

Kongsi melalui

image.png

Buat masa ini,  anda mungkin sudah cukup mengenali nama  GWM Malaysia dan model SUV off-road terbaharunya, GWM TANK 300. 

Malah, GWM sudah pun melancarkan secara rasminya  TANK 300 pada minggu lepas dimana ia dijual pada harga RM250,000.

Susulan itu, GWM turut menawarkan  pelbagai ganjaran eksklusif yang hanya ditawarkan untuk 300 pelanggan awal yang menempah jentera itu.

image.png

Bagi penulis, harganya yang diletakkan itu adalah setimpal dengan keupayaannya yang luar biasa.

Pendek kata, GWM Tank 300 bukan sahaja menawarkan pemanduan off-road namun di sebalik kelasakannya itu, ia tetap bergaya dan kelihatan mewah berbanding seterunya dari Jepun mahupun Eropah.

Bagaimanapun, penulis bernasib baik kerana dipilih untuk mengikuti sesi pandu uji GWM Tank 300 yang diadakan di Pusat Latihan dan Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) di Semenyih, pada minggu lepas.

Para pemandu mahupun penumpang telah menyaksikan kelasakan sebenar GWM Tank 300  semasa mengemudi litar yang menampilkan enam jenis cabaran dinamik.

Sebelum menceritakan mengenai pengalaman pandu uji saya, jom tengok reka bentuk GWM Tank 300.

image.pngimage.png

Gaya Rugged

Menjengah bahagian luarannya, ia jelas sekali menawarkan penggayaan retro moden. Ini membuatkannya antara  salah satu SUV off-road yang paling macho dijual setakat ini di pasaran tempatan.

Sekali pandang, ia mempunyai iras seperti Pajero dan Jeep namun badannya lebih berkotak.

Semua lampu di depan mahupun belakang adalah jenis lampu LED dan sudah pastinya ia menawarkan beberapa ciri off-road.

image.pngimage.png

Antaranya seperti saiz bampar depan dan belakang agak besar selain menawarkan imej maskular kerana rupa bentuk gerbang rodanya juga agak besar.

image.png

Jentera ini juga didatangkan dengan rel bumbung serta pemijak sisi bagi memudahkan si pemandu dan penumpang masuk ke dalam dengan mudah.

Lagipun,  jarak kelegaan tanahnya adalah sekitar 224 mm. Ini membuatkan anda perlu sedikit kudrat untuk masuk ke dalam kabinnya.

image.png

Penulis juga sempatlah mengetuk-ngetuk bahagian luarannya, namun lantunan bunyinya kedengaran ia menawarkan kualiti yang cukup mengagumkan.

Antara satu kekurangan pada jentera ini ialah ia tidak menggunakan tayar  All Terrain yang merupakan sejenis tayar yang boleh digunakan untuk semua permukaan jalan.

Sebaliknya ia menggunakan tayar SUV sahaja namun ia bukanlah satu kelemahan yang akan menghalang anda untuk membeli jentera ini.

Kenapa saya katakan begitu, ini sebabnya!

Boleh Redah Banjir

Anda boleh membeli SUV ini jika mahu meredah banjir. Ini kerana ia boleh meredah air sedalam 700 mm dengan begitu baik.

image.png

Bagi membuktikan perkara itu, penulis sempat menguji jentera ini di lokasi harungan air dalam (Deep water wading) di litar M4TREC.

Pada mulanya, saya berasa enjinnya akan mati namun sangkaan saya meleset kerana ia meredah air tanpa sebarang masalah.

image.png

Walaupun tidak menggunakan tayar AT, namun Tank 300 masih mampu menavigasi dengan mudah melalui landskap yang sukar dan meredah air.

TRENKUASA HEBAT

Ujian harungan air itu sebenarnya agak mencabar kerana ia boleh meredah air yang cukup dalam.

image.png

Namun, saya tidak menolak kemungkinan ia mampu bertindak sedemikian kerana ia digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Ini membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat  217 hp  dan tork 380 Nm.

Mujur ia menggunakan petrol bukannya diesel. Lagipun, seperti mana yang diketahui umum, harga diesel kini tidak bersubsidi.

 image.png

Jadi, ramai penggemar jentera off-road mungkin berfikir dua kali dengan pembakar minyak sekarang.

Jadi, anda boleh menarik nafas lega kerana jentera ini disumbat dengan enjin petrol turbo 4-silinder 2.0L .

Selain itu, dengan menggunakan kotak automatik 8-kelajuan, ia sebenarnya menawarkan kuasa yang cukup licin walaupun berada dalam pemanduanya yang mencabar.

Antara punca Tank 300 ini agak hebat disebabkan  barisan pemanduan 4x4 yang disusun dengan betul. 

Dengan sistem 4WD separuh masa, TANK 300 juga dilengkapi dengan ‘Ladder Frame Construction’ , ‘Professional Off-road Chassis’ serta dilengkapi dengan kunci pembezaan gandar elektronik hadapan dan belakang bagi membolehkan ia meredah semua jenis permukaan jalan raya.

image.png

Antara ciri Istimewa yang ada pada jentera ini ialah ia hadir dengan tiga mod gear: 2H, 4H dan 4L.

Jika ia masih tidak mencukupi,  GWM memenuhi TANK 300 dengan pelbagai bantuan pemacu elektronik yang membantu menjadikan pemanduan off-road  lebih mudah. 

Apa yang lebih mengagumkan di sini ialah kamera 360 darjah . Ia menawarkan pandangan yang menyeluruh dengan begitu jelas.

Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan  pandangan casis lutsinar yang sangat berguna untuk melihat keadaan sekeliling melalui skrin di tengah.

Bagaimanapun  perkara yang benar-benar menjadikan TANK 300 menonjol sebagai off-roader ialah dua daripada bantuan loff-road yang akan kami perincikan dalam perkara seterusnya…

Bagi yang tidak tahu, Tank 300 juga mempunyai fungsi Tank Turn dimana ia akan mengunci tayar belakang belah dalam untuk membolehkannya membelok rapat di kawasan sempit.

Ini adalah wow factor yang anda perlu tahu mengenai Tank 300.

Satu lagi, ia mempunyai kemampuan mendaki cerun dengan gradien sehingga 70%, sudut pendekatan 33 darjah, sudut keberangkatan 34 darjah.

Ia jelas membuktikan ia boleh terangkat ketika saya mengujinya di kawasan  Axle Twister dimana tayarnya bergolak dengan begitu baik.

image.pngimage.png

Perkara lain yang sama mengagumkan ialah Crawl Control.  Fungsi itu digunakan untuk kawalan jelajah di kawasan mencabar dimana anda perlu menetapkan terlebih dahulu jumlah tork dan kuasa yang anda mahu dikekalkan.

Untuk ujian ini, saya gagal kerana tidak dapat mendaki bukit yang cukup curam disebabkan tidak menekan pedal minyak dengan sepenuhnya.

Ini membuatkan unit yang diuji terpaksa diundur namun saya meminta untuk tidak melakukan ujian itu kerana hati berdebar.

Namun ujian ini tidak menjadi masalah besar buat rakan-rakan media lain.

Sudah tentu, ini adalah satu ciri yang cukup diminati oleh pemandu pemula dan amatur  kerana ia mudah meredah di semua permukaan jalan raya  mahupun rupa bumi.

KABIN

Di sebalik pandu uji itu, GWM Malaysia meletakkan Tank 300  sebagai produk gaya hidup pengembaraan.

Selain pemanduannya yang agak padu, ia menerapkan ciri kemewahan selain menawarkan  teknologi yang cukup canggih.

image.pngimage.png

Selain itu, dari segi kabinnya pula, GWM TANK 300 dilihat menawarkan kabin dibaluti dengan  kulit NAPPA hitam, dimana  tempat duduk pemandu dilaraskan dengan lapan hala.

Kerusinya itu didatangkan dengan  fungsi urut selain ada bumbung panaromik.

image.pngimage.png

Antara kelengkapan lain ialah, ia dilengkapi dengan  dua skrin instrument bersaiz  12.3 inci dan sistem infotainmen skrin sentuh yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay. 

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, konsol tengahnya juga agak  moden kerana mempunyai penukar gear dengan rekaan berinspirasikan seolah-olah dalam kokpit.

image.png

 Terdapat juga  pengecasan tanpa wayar, pencahayaan ambien 64 warna dan 9 pembesar suara dengan sistem bunyi Infinity.

image.png

Sementara itu, ciri praktikal tambahan yang ada pada jentera ini ialah corong pendingin hawa di belakang, ada soket kuasa USB, danperehat tangan tengah yang boleh dilipat dengan pemegang cawan. 

Bagi tempat   penumpang belakang, ia didatangkan dengan dua tahap pelarasan dan tempat duduk belakang boleh dilipat dengan nisbah 60:40 dimana ruang butnya boleh memuatkan barangan yang besar.

image.png

Dari segi ciri-cici keselamatan, anda jangan bimbang kerana GWM TANK 300 cukup sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup canggih.

Difahamkan, jentera ini jdilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan L2 ADAS seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kawalan Pintar (ICA), Bantuan Kekal Lorong(LCK), Bantuan Trafik Sesak (TJA), kamera 360 darjah.

Kesemua ciri keselamatan ini membolehkan GWM TANK 300 telah diberi penarafan keselamatan 5- bintang ANCAP.

GWM TANK 300 yang merupakan unit import sepenuhnya (CBU)  dari China ini dijual pada harga RM250,000.

image.png

Bagi saya, harganya agak setimpal dengan pemanduan off-road yang cukup menakjubkan.

image.png

Jika tidak yakin, apa kata anda sendiri merasai sesi pandu uji yang akan diadakan pada 20 dan 21 Julai ini di M4trec, Semenyih.

GWM TANK 300

SPESIFIKASI

ENJIN

2.0-litre 4-cyl turbo petrol

TRENKUASA

8-speed automatic

part-time 4x4 with front & rear diff.

KUASA

217 HP @ 5,500 RPM

TORK

380 NM @ 1,800 - 3,600 RPM

0-100 KM/J

N/A

V-MAKS

175 KM/J (didakwa)

Penjimatan Minyak

N/A (tidak diuji)

BERAT

2,155 KG (kerb, didakwa)

HARGA

RM250,000

(Tidak termasuk insurans)

 



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC1440

SELANGOR

BSE4486

JOHOR

JXW5014

PULAU PINANG

PRQ3484

PERAK

ANV3498

PAHANG

CFB6586

KEDAH

KGA4254

NEGERI SEMBILAN

NEF7147

KOTA KINABALU

SJK7403

KUCHING

QAB3070L

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

Ramadan: GWM Malaysia Tawar Promosi Eksklusif Untuk Pelanggan Baharu, Dapat Jimat Sampai RM25,000!

GWM Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran menarik sempena bulan Ramadan ini.

05-03-2025
Berita Auto
GWM Tank 300: Laku Keras

GWM Tank 300: Laku Keras

GWM TANK 300 berjaya mencapai 150 tempahan sempena pra-pelancarannya.

27-05-2024
Berita Auto
MAS 2024: SUV Ranggi, GWM Tank 300 & SUV Jimat Minyak, Haval H6 HEV Bakal Dipertontonkan

MAS 2024: SUV Ranggi, GWM Tank 300 & SUV Jimat Minyak, Haval H6 HEV Bakal Dipertontonkan

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah mengumumkan kehadirannya di acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024). Ini model yang dipamerkan.

14-05-2024
Kereta Baru
Pratonton: GWM Tank 300 – 224 HP, 397 NM, Lancar Suku Ke-3 2024 Nanti

Pratonton: GWM Tank 300 – 224 HP, 397 NM, Lancar Suku Ke-3 2024 Nanti

GWM Tank 300, sebuah SUV ranggi dengan kemampuan off-road telah dipertontonkan hari ini. Apa yang menarik?

04-03-2024
Berita Auto
GWM Ora 07 & Tank 300 Sudah Mendarat Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

GWM Ora 07 & Tank 300 Sudah Mendarat Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

EV Ora 07 dan SUV Tank 300 telah mendarat di Malaysia. Apa yang boleh kita jangkakan?

15-02-2024
Berita Auto
SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.

08-02-2024

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.