ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermaz Auto yang merupakan pengedar rasmi kenderaan elektrik jenama Xpeng melancarkan secara rasminya, SUV Xpeng G6 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Xpeng didatangkan dalam dua varian Xpeng G6 580 Pro berharga RM165,820 manakala Xpeng G6  755 Pro pula dijual pada harga RM185,820.

Kedua-duanya  menggunakan pacuan roda-belakang dimana Xpeng G6 580 Pro disumbat dengan bateri berkapasiti 66kWj yang mampu memberikannya jarak gerak 435 kilometer.

image.png

Varian Xpeng G6 580 Pro dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 255 hp dan tork 440 Nm dimana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.6 saat.

Sementara itu, kelajuan maksimumnya adalah 200 km/j.

Varian Xpeng G6 755 Pro

Bagi Xpeng G6 755 Pro pula,   menerima bateri nickel manganese cobalt (NMC) 87.5 kWj, membolehkannya bergerak hingga 570 km dengan hanya sekali cas.

image.png

Varian ini pula mampu menghasilkan kuasa setakat  282 hp dan tork 440Nm. Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam  6.2 saat manakala  kelajuan maksimumnya juga sama dengan G6  580.

Dari segi dimensi ia memiliki panjang 4,753mm, selebar 1,920mm, setinggi 1,650mm manakala jarak roda pula 2,890mm. 

Jarak kelegaan tanahnya pula ialah sekitar 160mm.

Image-13.jpg

Ruang barangan di belakang yang disediakan adalah 571 liter  dan boleh pergi sehingga 1,374  liter apabila tempat duduk di  belakang dilipat rata.

Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatan jentera ini, ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.

image.pngimage.pngimage.png

Apa tidaknya ia yang dibangunkan dengan platform SEPA2.0 dengan binaan 800-voltan dilengkapi dengan 7 beg udara, sistem kunci keselamatan kanak-kanak, sistem bantuan pemandu XPILOT 2.5 (ADAS), Kamera HD 360˚ yang dikuasakan oleh cipset Nvidia Orin-X, Kokpit Pintar dengan Xmart OS 5.0 dikuasakan oleh chipset Qualcomm Snapdragon SA8155P.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia dipasang dengan skrin Infotainmen 14.96 inci yang boleh disamabungkan dengan Apple CarPlay & Android Auto, ada kluster Digital bersaiz 10.2”, Kemas Kini OTA Berkala dan 18 pembesar suara 960W XOpera.

image.png

Difahamkan, SUV Xpeng ini juga didatangkan dengan aplikasi mudah alih  XPENG dimana anda boleh menyemak  status kenderaan, buka kunci pintu, boleh memantau tekanan tayar, ada kawalan penyaman udara, Bantuan Letak Kereta Auto Dipertingkat (EAP 2.0), Bantuan Tempat Letak Kereta Keluar Auto (AEP) dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, ia didatangkan dalam lima pilihan warna: Midnight Black, Silver Frost, Artic White, Graphite Gray dan Fiery Orange.

Image-14.jpg

Warna untuk kemasan dalamannya pula didatangkan dalam warna hitam dan kelabu.

Tidak ketinggalan, Bermaz Auto juga menawarkan waranti selama 5 tahun atau pun sehingga had perbatuan 200,000 kilometer manakala waranti untuk bateri dan motornya pula, adalah had perbatuan 160,000 kilometer.

image.png

Apa yang cukup menarik dengan menambahkan wang sebanyak RM4,300, pelanggan boleh mendapatkan pengecas wallbox fasa tinggan 7 kW.

Harga itu termasuk upah pemasangan. Malah, terdapat juga pilihan untuk pengecas tiga-fasa berkapasiti 11 kW dengan kos tambahan RM5,000.

Di sebalik ketibaan Xpeng G6 di pasaran kita, ia adalah saingan utama model Tesla Model Y.

image.png

Mampukah Xpeng G6 menwaskan Model Y?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC3814

SELANGOR

BSQ7640

JOHOR

JYY5348

PULAU PINANG

PSD172

PERAK

APJ1903

PAHANG

CFG7642

KEDAH

KGG4907

NEGERI SEMBILAN

NEK6426

KOTA KINABALU

SJS3922

KUCHING

QAB9803N

Terakhir Kemas Kini 18 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-08-2024
Global

29-10-2025
Berita Auto

23-08-2025
Berita Auto

06-02-2025
EV

31-01-2025
Kereta Baru

04-12-2024
EV

03-07-2024
Kereta Baru

29-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.