Motor EV Terpantas, Cecah 30K RPM Kini Dikeluarkan GAC – EV Gerak 50-150KM Lebih Jauh!
-full_normal.webp)
GAC baru-baru ini telah memperkenalkan inovasi terbaru kepada umum di bawah sub-jenamanya, Hyptec, dengan pelancaran motor kenderaan elektrik (EV) berkelajuan tertinggi di dunia, Quark Electric Drive 2.0. Bukan sekadar menjadi tontonan, proses pemasangan motor EV yang mampu mencapai kelajuan maksimum 30,000 rpm itu juga telah dimulakan secara rasmi.
Cabang kenderaan berprestasi tinggi GAC ini, Hyptec, yang dulunya dikenali sebagai Aion Hyper kini telah mengeluarkan tiga model EV berprestasi tinggi iaitu SSR, HT dan GT, yang dilancarkan serentak sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan global GAC.
-full.webp)
Keupayaan Luar Biasa
Quark Electric Drive 2.0 hadir dengan spesifikasi yang mengagumkan, termasuk kepadatan kuasa motor sebanyak 13 kW/kg dan kecekapan luar biasa 98.5%.
-full_normal.webp)
Satu ciri luar biasa adalah motor ini boleh berputar dengan sangat laju, sehingga 30,000 kali seminit, jauh lebih laju daripada kebanyakan motor lain. Motor ini menggunakan bahan istimewa yang dipanggil "logam cair" yang lebih berkesan untuk menyalurkan kuasa elektrik berbanding bahan biasa, walaupun ia sangat nipis, seperti seperempat daripada sehelai kertas A4. Oleh kerana bahan ini, motor dapat berfungsi secara optimum di mana hampir tiada tenaga yang hilang, menjadikannya sangat berkuasa.
Meningkatkan Jarak Tempuh EV
Secara praktikal ini bermaksud, Quark Electric Drive 2.0 boleh memanjangkan jarak perjalanan EV sehingga 50 km tanpa perlu menambah saiz bateri. Bagi kenderaan elektrik dengan jarak gerak lanjutan atau extended-range (EREV), pertambahan jarak adalah sehingga 150 km, seolah-olah memberikan EV pacuan semua roda jarak perjalanan yang sama dengan model pacuan dua roda. GAC menganggarkan inovasi ini berpotensi menjimatkan sehingga 90 bilion kWj elektrik setiap tahun.
Casis Digital Pintar Generasi Baharu
Selain Quark Electric Drive 2.0, Hyptec turut memperkenalkan casis digital pintar generasi baharu. Dengan lingkungan (radius) pusingan minimum hanya 3.4 meter, pengurangan sebanyak 40% daripada model terdahulu.
Casis ini turut dilengkapi dengan electronic differential lock gabungan yang pertama dalam industri. Ini bermakna walaupun dua tayar kereta tergantung atau terlepas cengkaman, kereta masih boleh bergerak dan mendapatkan semula cengkaman dengan mudah.
Masa Depan EV Hyptec
Dalam masa terdekat, model-model Hyptec akan dilengkapi dengan Quark Electric Drive 2.0, menetapkan standard baharu bagi prestasi dan kecekapan dalam pasaran EV.
Sumber: CarNewsChina
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ6151
SELANGOR
BST8114
JOHOR
JE4681J
PULAU PINANG
PSF6548
PERAK
APL5631
PAHANG
CFH7695
KEDAH
KGJ1759
NEGERI SEMBILAN
NEL9174
KOTA KINABALU
SJU1845
KUCHING
QAB5848P
Terakhir Kemas Kini 22 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
GAC Emkoo CKD Didedah, Harga Anggaran Bermula Daripada RM120,000
WTCA menayangkan SUV segmen C terbaharunya, GAC Emkoo CKD buat julung kalinya di Pusat Konvensyen Setia City, Selangor, baru-baru ini.
20-07-2025
Sudah Dibuka: Pusat 3S GAC Motor & AION Kini Di Johor Jaya
Ia yang terletak strategik di kawasan utama Plentong, Johor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
30-04-2025
GAC Aion UT Didedah Di China, Mungkin Masuk Malaysia
Syarikat automotif China, GAC mendedahkan model EV terbaharunya, GAC Aion UT di China baru-baru ini.
04-03-2025
KLIMS 2024: GAC M8 PHEV Ditayang, Pelancaran Tahun Depan
GAC M8 PHEV kini turut dipamerkan di KLIMS 2024.
05-12-2024
GAC Aion RT Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Syarikat China Guangzhou Automotive Group (GAC) telah mengembangkan barisan produk kenderaan elektriknya apabila ia melancarkan sebuah lagi EV terbaharunya, Aion RT.
20-09-2024
GAC GS3 Emzoom Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang
GAC GS3 Emzoom berjaya meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).
18-08-2024
Bilik Pameran GAC Motor Kini Dibuka Di Cyberjaya – Jom Pandu Uji SUV GAC GS3 Emzoom
GAC Motor hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran di Cyberjaya.
15-05-2024
Panaslah Punggung Pesaingnya!
GAC GS3 Emzoom akan menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.
15-11-2023
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
