SUV Kompak Elektrik, Volvo EX30: Pendaftaran Minat Pasaran Malaysia Kini Dibuka


Volvo Car Malaysia (VCM) akan memperluaskan barisan kenderaan elektriknya di Malaysia dengan memperkenalkan Volvo EX30, sebuah SUV kompak elektrik. Model ini pertama kali diperkenalkan pada bulan Jun tahun lalu dan merupakan model paling ‘kecil’ keluaran Volvo setakat ini, lebih kecil daripada XC40 Recharge dan C40 Recharge.
Baca: Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…
Dengan pengumuman ini, Malaysia bakal menjadi pasaran ASEAN terkini yang menerima model ini selepas Singapura, Thailand dan Indonesia. ‘Penampakan’ unit EX30 yang dilitupi kain pelindung di Malaysia bulan lalu juga menimbulkan spekulasi bahawa model ini akan dipasang secara tempatan (CKD).
Varian & Trenkuasa

Semasa pelancaran global, Volvo EX30 diperkenalkan dalam tiga varian iaitu Core Single Motor Extended Range, Ultra Single Motor Extended Range dan Ultra Twin Motor Performance.
Model ini dibangunkan berasaskan platform Geely Sustainable Architecture (SEA) II yang turut digunakan oleh smart #1 dan Zeekr X. Dua varian menggunakan satu motor elektrik yang dipasang di bahagian belakang dengan sistem pacuan roda belakang (RWD) yang menghasilkan 268 hp dan 343 Nm. Varian tertinggi pula digerakkan oleh dua motor yang menawarkan kuasa yang lebih tinggi dengan output 422 hp dan 543 Nm untuk memacu keempat-empat roda (AWD).



Ketiga-tiga varian ini menggunakan bateri jenis NMC dengan kapasiti 69 kWj, yang boleh dicas menggunakan input AC 11 kW atau DC sehingga 153 kW. Masa yang diambil untuk dicas daripada 10-80% dengan pengecas DC hanyalah kira-kira 26.5 minit.
Dari segi jarak perjalanan, Volvo menyatakan bahawa model ini mampu mencapai jarak 480 km untuk varian satu motor dan 460 km untuk varian dua motor (WLTP).
Pelancaran di Pasaran Tempatan

Kenyataan media daripada VCM hari ini belum mendedahkan sama ada ketiga-tiga varian tersebut akan ditawarkan di pasaran tempatan atau hanya satu. Namun, berdasarkan spesifikasi kenderaan seperti smart #1 serta XC40 Recharge dan C40 Recharge yang ditawarkan di Malaysia, tidak mustahil kesemua varian EX30 ini akan ditawarkan. Apa yang pasti, kita boleh menjangkakan Volvo EX30 akan hadir dengan kebolehan pemanduan separa autonomi yang canggih.
Buat masa ini, harga dan tarikh pelancaran rasminya masih belum diumumkan, tetapi pelanggan yang berminat boleh membuat pendaftaran minat secara dalam talian dengan melayari laman web rasmi VCM.
Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai EX30 akan dikongsikan di laman web, serta di halaman rasmi Facebook dan Instagram mereka dalam masa terdekat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Miliki Volvo Idaman Anda Sempena Merdeka: Rebat Sehingga RM70,000
Volvo Car Malaysia Anjur Acara 48-Hour Merdeka Deal 15 & 16 Ogos Ini.
04-08-2026
Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia
Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan
15-05-2026
Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC
Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .
05-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
Misteri Kereta 'SELAMAT' Terjawab, Ada Kaitan Dengan Volvo?
Teka-teki mengenai kemunculan kereta misteri dengan grafik “SELAMAT” yang tular di sekitar ibu kota sejak 15 Januari lalu akhirnya terjawab semalam.
23-01-2026
Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!
Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.
13-01-2026
Tempahan Volvo EC40 2026 Motor Tunggal Sudah Dibuka, Harga RM248,888
Volvo EC40 2026 yang hadir dalam varian motor tunggal ditawarkan pada harga RM248,888, iaitu lebih rendah RM40,000 berbanding varian motor berkembar.
30-09-2025
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat