ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota GR Corolla 2025 Didedahkan – Gear Automatik 8 Kelajuan, Tork 400 Nm!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-Toyota-GR-Corolla-1.jpg

Khabar angin yang telah lama tersebar kini menjadi kenyataan, Toyota GR Corolla akhirnya hadir dengan pilihan transmisi automatik, seperti ‘adiknya,’ GR Yaris. Diperkenalkan hari ini, Toyota GR Corolla 2025 juga hadir dengan beberapa sentuhan baharu yang lain. 


Perubahaan Reka Bentuk & Kabin


2025-Toyota-GR-Corolla-4.jpg

0802-01_008.jpg


Dari segi penampilan, sentuhan baharu yang diberikan agak sederhana, model 2025MY ini kini menggunakan bampar depan baharu yang dilengkapi saluran penyejukan yang lebih baik, termasuk saluran brek yang lebih besar.



2025-Toyota-GR-Corolla-11.jpg


Sementara itu, bahagian kabinnya pula tampil segar dengan beberapa kemasan baharu yang diberikan khas pada varian 8AT. 


Transmisi Automatik 8 Kelajuan


0802-01_005.jpg


Beralih kepada transmisi terbarunya, ia merupakan sistem 'Direct Automatic Transmission' 8-kelajuan yang dibangunkan oleh Gazoo Racing, cabang sukan permotoran Toyota. Sama seperti sistem yang digunakan pada GR Yaris yang terbaru, Toyota menyatakan bahawa transmisi ini menawarkan kualiti peralihan gear yang sempurna melalui pengesanan input brek dan pedal minyak, bukannya kelajuan atau daya G nyahpecutan. 


Menariknya, transmisi 8AT baharu ini menawarkan nisbah yang hampir sama dengan transmisi manual 6 kelajuan yang masih ditawarkan sebagai standard. Ia juga dilengkapi dengan sistem penyejuk khas untuk memastikan prestasinya sentiasa optimum. Bagi varian Premium Plus, Toyota menawarkan sub-radiator sebagai ciri tambahan untuk penyejukan yang lebih baik, yang hadir secara standard pada varian tersebut.


Penambahbaikan Enjin dan Ciri Tambahan


2025-Toyota-GR-Corolla-12.jpg


Transmisi automatik ini dipadankan dengan enjin turbo petrol 1.5 liter 3 silinder yang telah ditambah baik, dengan output tork dinaikkan daripada 370 Nm kepada 400 Nm yang lebih mantap. Toyota turut menambah ciri kawalan pelancaran (launch control) untuk model yang dilengkapi dengan transmisi 8AT, tetapi buat masa ini, masa rasmi pecutan 0-100 km/j masih belum diumumkan.


0802-01_002.jpg0802-01_003.jpg0802-01_011.jpg0802-01_010.jpg


Selain trenkuasa, Toyota GR Corolla 2025 turut mendapat manfaat daripada peningkatan casis dan pengendalian. Antaranya ialah penambahan spring ‘rebound’ pada bahagian depan dan suspensi untuk mengurangkan angkatan roda dalam (inner wheel lift) atau ‘tripoding,’ satu ciri yang biasa terdapat pada hatchback berkuasa tinggi. Selain itu, kedua-dua spring belakang dan penstabil juga telah ditingkatkan.


Toyota juga telah mengubah kedudukan titik pemasangan lengan jejak (trailing arm), yang mengurangkan kesan 'squat' semasa pecutan. Di samping itu, semua versi Toyota GR Corolla 2025 akan didatangkan standard dengan limited-slip differential (LSD) Torsen di bahagian depan dan belakang.


Pasaran Amerika Utara dan Ciri Eksklusif


0802-01_012.jpg


Bagi pasaran Amerika Utara, beberapa varian akan dilengkapi dengan ciri-ciri menarik seperti bumbung gentian karbon palsu, hud depan tempahan khas (custom), sub-radiator, rim dalam kemasan hitam matte, papar pandu (HUD), serta tempat duduk balutan suede dengan logo GR.


Toyota masih belum mengumumkan harga dan ketersediaan model versi 2025MY yang dinaik taraf ini dengan pilihan kotak 8AT baharu. Sebagai rujukan, versi semasa Toyota GR Corolla kini ditawarkan oleh UMW Toyota Motor pada harga RM355,000 tidak termasuk insurans.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

26-10-2026
Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.