BMW 520i (G60)M Sport CKD, Harga Tak Mahal Sangat

BMW Malaysia memperkenalkan BMW 520i (G60) M Sport Baharu, sekaligus memperluaskan lagi barisan model BMW 5 Series pemasangan tempatan.
Inisiatif itu diambil susulan daripada pelancaran BMW 520i di Malaysia Autoshow 202 yang diadakan pada Mei lalu.
BMW 520i M Sport Baharu ini dijual pada harga RM349,800 manakala kos tambahan servis dan Pembaikan Inklusif BMW pula mencecah RM26,900.00.
Menjengah bahagian luarannya, kenderaan mewah ini cukup sporty kerana dengan penambahan pakej M Sport, ia sebenarnya menyerlahkan lagi siluet panjang untuk penampilan yang gah dan atletik.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan lampu hadapan LED adaptif dan gril ‘kidney’ dengan Sinaran Ikonik BMW yang menonjolkan lagi profil hadapannya .

Ia yang hadir dengan rim aloi dua jejari M bersaiz 19 inci 935 M Bicolour turut menonjolkan profil sisinya.
Bukan itu sahaja, penampilan keseluruhan luaran turut diserlahkan dengan tambahan kemasan garis bayang berglos tinggi M.
Beralih ke bahagian dalam, kabin BMW 520i M Sport Baharu telah dipertingkatkan dengan pelapik bumbung antrasit M, aksen M dalam krom gelap serta kemasan aluminium bercorak rhombicle.

Terdapat juga stereng kulit tiga jejari rekaan M Sport, paparan melengkung instrumen 12.3 inci dan Paparan Kawalan skrin sentuh 14.9 inci.

Antara kelengkapan lain ialah terdapat bar Interaksi BMW, pencahayaan ambien dan sistem pembesar suara Harman Kardon HiFi.
Mengenai trenkuasanya, BMW 520i M Sport Baharu disumbat dengan enjin B48 turbo empat-silinder sebaris petrol dengan penjana kuasa hibrid ringan 48V.
Gabungan ini membuatkan jentera ini mampu menghasilkan output sebanyak 153 kW/208 hp dan 330 Nm tork.
Dari segi daya pecutan pula, ia boleh memecut dari dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 7.5 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 230 km/j.
Sementara itu, menyentuh mengenai sistem bantuan pemanduan, BMW 520i M Sport Baharu didatangkan dengan:
• Bantuan Pemanduan Tambahan iaitu sistem bantuan pemanduan berasaskan kamera dan radar.
• Kawalan Pelayaran Aktif dengan fungsi Berhenti &Jalan.
• Ada pengesan kenderaan di hadapan
• Brek kenderaan secara automatik
• Bantuan Pemanduan Tambahan adalah Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong yang membantu pemandu kekal di tengah lorong.
• Amaran Keluar Lorong dengan fungsi kembali ke lorong pula, mengesan garisan lorong pada kelajuan melebihi 70 km/j dan menghantar getaran melalui stereng.
• Bantuan Parkir Tambahan.


Untuk ketersambungan, BMW 520i M Sport Baharu dilengkapi dengan Kokpit Profesional Langsung BMW, pad pengecas, Perkhidmatan Sambungan Pemanduan, telekhidmat, panggilan kecemasan pintar, Pakej Sambungan Profesional, serta integrasi Apple CarPlay dan Android Auto.
Bagi yang berminat, BMW 520i M Sport Baharu ditawarkan dalam pilihan warna luaran seperti Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Oxide Grey Metallic, dan Cape York Green Metallic.
Sementara itu, pilihan upholsteri pula adalah Veganza Perforated dan Quilted Black, serta Veganza Perforated dan Quilted Espresso Brown.


Bagaimanapun, anda jangan risau mengenai pembayaran ansuran untuk jentera baharu ini.
Ini kerana dengan Pelan Pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 520i M Sport Baharu boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,013.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman bagi tempoh lima tahun @ 20,000 km perbatuan setahun)*.
Jika Pelan Pembiayaan Straight-Line, BMW 520i M Sport pula, ia boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,074.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman bagi tempoh tujuh tahun)*.
Lebih menairk, pemilik BMW 520i M Sport Baharu akan menerima pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang menyeluruh termasuk:
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Untuk keterangan lanjut, layari https://www.bmw.com.my/en/index.html.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD4094
SELANGOR
BSR523
JOHOR
JYB2406
PULAU PINANG
PSD2638
PERAK
APJ3670
PAHANG
CFG8458
KEDAH
KGG6243
NEGERI SEMBILAN
NEK7161
KOTA KINABALU
SJS4986
KUCHING
QAB432P
Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat