ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ford Ranger XLT Plus Special Edition Dilancarkan – 300 Unit, RM143,888, Baucar Minyak RM3K Untuk 20 Terawal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

XLT-plus-special-edition-black-1024x576.png


Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford hari ini telah memperkenalkan model edisi khas, Ford Ranger XLT Plus Special Edition. Terhad kepada hanya 300 unit, jentera lasak ini dipasarkan pada harga RM143,888, atas jalan, tidak termasuk insurans. 


Gaya Lasak dengan Sentuhan Eksklusif


Berbeza dengan model edisi khas sebelum ini, Ford Ranger Stormtrak yang dibangunkan berasaskan varian Wildtrak, edisi khas kali ini dibangunkan daripada model asas XLT Plus.


Matte-Black-Fender-Flares.jpgMatte-Sports-Hood-Decal.jpgRanger-Side-Decal.jpg


Ford Ranger XLT Plus Special Edition tampil dengan beberapa penambahbaikan visual. Antara ciri utama adalah ialah dapra lebar (fender flare) berwarna hitam kusam (matte black) yang dipadankan dengan palang sport pada flatbed yang juga berwarna hitam kusam.Gaya lasaknya dilengkapkan lagi dengan pelekat hiasan (decal) berwarna hitam kusam pada pintu dan bonet. 


Ranger-Sports-Bar-&-Rear-Decal.jpg


Ciri asal XLT Plus seperti gril krom, lampu LED dan rim aloi 17 inci masih dikekalkan. 


Ford Ranger XLT Plus Special Edition ditawarkan di pasaran dalam dua pilihan warna luaran iaitu Absolute Black dan Meteor Grey. 


Peningkatan Kecil dalam Kabin


Pull-out-Cup-Holder-Opt-1.jpg


Bergerak masuk ke bahagian dalam kabin, model edisi khas ini diberikan plat ambang pintu yang bercahaya LED serta pemegang cawan boleh tarik pada papan pemuka. Walaupun perubahan dalam kabin ini agak kecil, ia tetap menawarkan nilai tambah dari segi gaya dan kemudahan.


Ciri standard lain adalah termasuk kawalan suhu dua zon, paparan instrumen digital dan skrin infotainmen 10.1 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.


Ciri Mekanikal Kekal Sama


Photo-1.jpg


Secara mekanikal, tiada perubahan pada edisi khas ini yang masih menggunakan enjin bi-turbo diesel 2.0 liter Ford dengan kuasa 207 hp dan tork 500 Nm. Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan 4x4. 


Baucar Minyak RM3,000 untuk 20 Pelanggan Terawal


SDAC Ford menawarkan Ford Ranger XLT Plus Special Edition dalam jumlah terhad 300 unit pada harga RM143,888 di Semenanjung Malaysia dan RM149,388 di Sabah dan Sarawak. Tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui platform tempahan SDAC, dan 20 pelanggan pertama akan menerima baucar minyak bernilai RM3,000.


Untuk melihat jentera ini dengan lebih dekat, boleh kunjungi Ford Experience Hub di Setia City Mall, Setia Alam dari 25 hingga 29 September ini.


Photo-2.jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX6224

SELANGOR

BSU9073

JOHOR

JH1375J

PULAU PINANG

PSH2836

PERAK

APM7835

PAHANG

CFJ3612

KEDAH

KGJ7437

NEGERI SEMBILAN

NEM5351

KOTA KINABALU

SJV931

KUCHING

QAB9610P

Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

25-09-2024
Video

02-03-2023
Berita Auto

27-01-2023
Pandu Uji

05-01-2023
Berita Auto

03-01-2023
Berita Auto

02-09-2022
Berita Auto

Ford Ranger 2022 Generasi Baharu Dilancarkan, Harga Mula Dari RM108K

Ford Motor Company dan Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini telah melancarkan Ranger generasi baharu.

22-07-2022
Kereta Baru

24-09-2020

Berita Terkini

Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.