[PANDU UJI] Ford Ranger Wildtrak: Trak Yang Canggih & Selesa Bak SUV Premium
Sofea Najmi
18-7-2023
Tercari-cari trak yang ada segalanya? Inilah jawapannya...
Segalanya Ada Dalam Satu Trak?
Kepada mereka yang mencari trak pikap yang dapat memberikan keselesaan untuk kegunaan di kawasan bandar dan menempuhi laluan mencabar, inilah antara trak terbaik yang boleh dipertimbangkan. Bukan senang untuk mencari trak lain yang dapat menandingi varian tertinggi Ford Ranger generasi terkini ini. CariCarz kongsikan sebab-sebabnya…
Antara ciri khas Wildtrak: Lampu belakang LED, bampar berwarna kelabu Boulder Grey dan rim aloi 18 inci
Reka Bentuk Luaran Yang Sedap Dipandang
Jika dibandingkan dengan XLT Plus, varian lebih rendah yang pernah kami cuba sebelum ini, satu perubahan ketara pada varian kali ini adalah penggunaan warna kelabu Boulder Grey yang lebih gelap untuk gril, bumper, hiasan fender, lambang, dan rim aloi 18 inci berbanding warna krom. Warna ini cukup sesuai dengan warna badan Wildtrak, Sedona Orange.
'Boulder Grey' juga digunakan untuk bahagian lain seperti penyisip gril, logo, bampar, dan perumah cermin sisi
Lampu siang LED berbentuk C adalah sebahagian daripada ciri eksklusif Ranger generasi baharu. Selain itu, Wildtrak juga menggunakan pencahayaan LED matriks pertama dalam segmen ini.
Sportbar menyerlahkan ciri sporty trak (kiri) & pemijak yang disediakan pada sisi flatbed (kanan), dua ciri kecil ini menjadi daya penarik
Kabin Beraura Mewah & Lengkap Dengan Teknologi Canggih
Sepertimana bahagian luar, ruang dalam kabin juga diberikan sentuhan yang terperinci. Pelbagai ciri yang terdapat pada SUV crossover mewah digunakan dalam rekaan bahagian dalam trak Wildtrak.
Kabin Ranger Wildtrak yang mewah dan padat dengan teknologi canggih
Gaya mewah jelas terlihat melalui penggunaan balutan kulit lembut dengan jahitan berwarna jingga yang kontra pada tempat duduk, stereng, dan papan pemuka. Permukaan yang lembut digunakan pada pelbagai titik sentuh penting (seperti pada crossover mewah).
Tempat duduk dalam balutan kulit yang kemas, dengan jahitan berwarna jingga yang kontra
Dari segi teknologi, model ini dilengkapkan dengan instrumen digital 8 inci dan paparan infotainmen berskrin sentuh 12 inci dengan fungsi interaktif termasuk sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Antara ciri canggih yang terdapat pada Ranger Wildtrak
Berbeza dengan XLT Plus, Wildtrak dilengkapi dengan brek parkir elektronik (EPB) yang secara tidak langsung memperkemaskan lagi rekaan konsol tengah.
Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan fungsi auto-hold adalah ciri tambahan unik bagi model Wildtrak dalam keluarga Ranger
Keselesaan dijamin dengan adanya unit pendingin hawa automatik dua zon. Untuk tempat duduk belakang, terdapat saluran udara dengan butang kawalan untuk keselesaan maksimum.
Keselesaan pengguna trak diberikan perhatian bukan hanya untuk tempat duduk hadapan tetapi juga belakang
Port pengecas USB-A dan USB-C turut disediakan untuk penumpang belakang, termasuk soket tiga-pin. Soket ini juga terdapat di bahagian belakang kargo (flatbed).
Kedua-dua port cas USB-A dan USB-C terdapat pada di barisan tempat duduk depan dan belakang. Turut disediakan, pad pengecas tanpa wayar
Kemudahan pengecas yang disediakan untuk penumpang duduk belakang (kiri) soket 12V di bahagian kargo (kanan)
Walaupun ruang keseluruhan trak ini adalah luas, satu kekurangan yang dapat diperhatikan adalah sudut sandaran tempat duduk belakang - satu kelemahan yang tidak dapat dielakkan dalam mana-mana trak pikap kerana reka bentuk ‘kotak’ yang digunakan pada bahagian kabin. Namun, berita baiknya, tiada kelemahan lain yang dapat dilihat, ini terbukti apabila perjalanan dimulakan...
Bagaimana Dengan Kualiti Pemanduannya?
Secara ringkasnya, pengalaman memandu Ranger Wildtrak ini tidaklah begitu jauh berbeza dengan varian XLT Plus yang pernah kami uji sebelum ini, yang mana trak dirasakan cukup stabil dan seimbang untuk dikawal.
Apa yang berbeza adalah tahap penyerap hentakan yang tinggi, sistem stereng kuasa yang sangat ringan, serta tahap kebisingan, gegaran dan kekasaran (NVH) kabin yang cukup memuaskan. Pada pendapat kami, ini mungkin antara model trak yang paling selesa pernah diuji untuk kegunaan jalan raya.
Ranger Wildtrak menggunakan enjin diesel 4 silinder bi-turbo 2.0L dengan output 207 hp dan 500 Nm
Varian ini menggunakan enjin diesel 4 silinder bi-turbo 2.0L dengan output 207 hp dan 500 Nm, sama dengan XLT Plus, cukup sempurna untuk pelbagai tujuan pemanduan.
Wildtrak mengekalkan kemampuan pemanduan all-terrain dengan sistem 4x4 yang hadir dengan beberapa pilihan mod pemanduan serta mod diff-lock. Selain itu ia dipasangkan dengan tayar Goodyear Wrangler Territory HT dan komponen kekunci pembeza belakang (diff-lock) kawalan elektronik.
Mod pemanduan 4x4 dan mod kekunci pembeza (diff-lock) boleh diakses dengan mudah di bahagian tengah
Kami telah menguji sebahagian besar kemampuan varian ini seperti mana pada varian XLT Plus sebelum ini dan seperti yang dijangkakan, Wildtrak mampu ‘mengharungi’ cabaran di laluan off-road dengan baik. Mungkin peralihan daripada brek belakang jenis dram kepada cakera banyak membantu. Selain itu, kamera 360 darjahnya juga memudahkan pengendalian.
Kamera pandangan 360 darjah yang sangat membantu (kiri) dan tayar Goodyear Wrangler Territory HT (kanan) meningkatkan keupayaan off-road Wildtrak, dan jarak kelegaan tanah Wildtrak sebanyak 230 mm juga banyak membantu
Ciri Keselamatan Tidak Ubah Seperti Sebuah SUV Premium?
Ranger Wildtrak dilengkapi dengan pelbagai bantuan pemandu aktif (ADAS), termasuk Sistem Amaran Keluar Laluan (LDW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
Wildtrak dilengkapkan dengan teknologi pemanduan separa autonomi tahap 2.
Dapat dilihat di sini adalah ciri Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dengan fungsi henti-mula
Antara ciri keselamatan yang disediakan ialah Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi henti-mula, Amaran Keluar Laluan dengan Bantuan Kekal Lorong (LDW dan LKAS), Sistem Pengesanan Titik Buta (BLIS), Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan kamera 360 darjah.
Untuk teknologi keselamatan standard, model ini dilengkapkan dengan ciri seperti enam beg udara, brek ABS dengan EBD dan BA, kawalan cengkaman dan kestabilan (TCS dan ESP), mitigasi olengan atau rollover serta ciri asas lain seperti cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.
Ciri keselamatan lain yang penting untuk trak turut disediakan seperti Kawalan Beban Adaptif (ALC), Bantuan Treler/Ayunan bersama-sama dengan Bantuan Mula-Daki (HLA) dan Kawalan Turun Bukit (HLA).
Jelas terbukti, Wildtrak bukan sahaja dilengkapi ciri mewah dan juga teknologi canggih seperti pada sebuah SUV premium, termasuklah teknologi pemanduan pintar, menjadikannya trak yang sangat selamat untuk digunakan dan sesuai untuk kegunaan harian.
Tentang Harganya…
Pada harga RM169,688, adakah Ford Ranger Wildtrak berbaloi untuk dimiliki?
Dijual pada harga RM169,688 tanpa insurans, meletakkan Ford Ranger Wildtrak sebagai pesaing kepada Toyota Hilux GR-Sport, yang merupakan alternatif lebih berpatutan.
Ya mungkin Ranger Wildtrak dijual pada harga lebih tinggi, tetapi jika dilihat daripada segenap aspek, ia menjanjikan ciri premium yang sukar untuk ditandingi oleh trak lain. Bukan itu sahaja, pembelian juga adalah termasuk waranti selama 5 tahun atau 160,000 km.
Ini pendapat kami, bagaimana pula pendapat anda? Adakah anda tertarik dengan ciri yang ditawarkan pada Ford Ranger Wildtrak? Adakah harga jualannya berbaloi dengan ciri yang dimiliki? Kongsikan komen anda di ruangan yang disediakan.
SPESIFIKASI FORD RANGER WILDTRAK 2.0 BI-TURBO
ENJIN | 2.0-litre bi-turbo 4-cyl, diesel |
TRENKUASA | 10-speed automatic, 4x4 |
KUASA | 210 PS (207 HP) @ 3,750 RPM |
TORK | 500 NM @ 1,750 - 2,000 RPM |
0-100 KM/J | N/A |
V-MAX | N/A |
TAHAP PENGGUNAAN BAHAN API | 9.3 litres/100 KM (as tested) |
BERAT | 2,227 KG (kerb) |
HARGA | RM169,688 (Pen. Malaysia) (OTR excluding insurance) |
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC1474
SELANGOR
BSE4520
JOHOR
JXW5039
PULAU PINANG
PRQ3490
PERAK
ANV3507
PAHANG
CFB6589
KEDAH
KGA4255
NEGERI SEMBILAN
NEF7150
KOTA KINABALU
SJK7407
KUCHING
QAB3079L
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.
27-03-2025
Ford Raptor Rev 2025: Acara Off-Road Terbesar Malaysia Meriah!
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) baru-baru ini telah mengadakan acara off-road yang memacu adrenalin, Ford Raptor Rev, di Sepang.
24-02-2025
Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford
Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.
20-06-2024
Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K
Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.
30-05-2024
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Hanya Kereta Pra-Milik Ford Terbaik Dijual Melalui ‘Ford Assured’
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program “Ford Assured” untuk orang ramai yang ingin membeli kenderaan pra-milik dengan jiwa tenang.
06-03-2024
Ada Ford Ranger? Jom Sertai Ford Ranger Getaways
SDAC bakal mengadakan program Ford Ranger Getaways 2024 lebih esktrem untuk tahun ini.
26-02-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat