MIROS Lancar Program Didik Keselamatan Jalan Raya Untuk Murid Sekolah

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menganjurkan Program Didik Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Kebangsaan TTDI (2), baru-baru ini.
Program itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Industri Malaysia (MiSHA) dan Gadang Engineering (M) Sdn Bhd.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah mengenai isu-isu keselamatan jalan raya melalui aktiviti Eksplorasi Keselamatan Jalan Raya dan sesi ceramah.
Menerusi program itu, enam titik semakan (checkpoint) disediakan untuk memberi pengetahuan lanjut kepada murid-murid mengenai keselamatan pejalan kaki, pembonceng motosikal, dan penumpang kenderaan.
Aktiviti ini dikendalikan oleh pasukan MIROS Child and Community Program (Pro-C) dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid terhadap aspek keselamatan jalan raya.
Sementara itu, Ketua Pengarah MIROS, Dr. Siti Zaharah Ishak, merakamkan penghargaan kepada MiSHA dan Gadang Engineering (M) Sdn Bhd atas kerjasama erat dalam menjayakan program ini.
“MIROS sentiasa komited dan bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan keselamatan jalan raya di Malaysia. MIROS juga berharap lebih banyak pihak akan tampil memberikan sokongan bagi merealisasikan agenda keselamatan jalan raya negara,” katanya.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
17 Kematian Penunggang P-Hailing Tahun Lepas, MIROS Dedahkan Antara Tindakan Berbahaya Dibuat Segelintir Pembonceng
Seramai 17 orang penunggang motosikal p-hailing terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian pada tahun lepas.
19-04-2021
Berita Terkini
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat