ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Operasi Unit Pertama CKD GWM Haval H6 HEV Sudah "ON", Bakal Dilancar Okt Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan bahawa unit ‘Complete Knock-Down’ (CKD) pertama GWM Haval H6 HEV sudah pun dihasilkan di kilang EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang terletak di Melaka, baru-baru ini.

Menerusi pengeluaran itu, GWM Haval H6 HEV akan memulakan penghantaran selepas pelancaran rasminya pada Oktober ini.

image.png

Difahamkan, GWM Haval H6 HEV adalah model keempat yang akan dilancarkan oleh GWM Malaysia selepas Ora Good Cat, , Ora 07 dan GWM TANK 300. 

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi berkata, pihaknya cukup komited  untuk menghasilkan kenderaan yang berkualiti tinggi dan menawarkan pengalaman pemilikan yang lancar.

"Melalui proses pemeriksaan yang komprehensif, kami dapat memastikan setiap unit GWM Haval H6 HEV yang dihasilkan memenuhi piawaian ketat dalam aspek kualiti dan kebolehpercayaan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam fasa awal pengeluaran di kilang CKD terbabit, GWM Malaysia menyasarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 10,000 unit setiap tahun.

 image.png

Melangkah ke fasa kedua pula, GWM Malaysia meletakkan  bermatlamat untuk mencapai sasaran sehingga 300,000 unit. 

Bagaimanapun, buat masa ini GWM Malaysia  masih belum mendedahkan tarikh pelancaran sebenar walaupun pasukan media sudah pun melakukan pandu uji ringkas baru-baru ini.

Untuk makluman, Haval H6 disumbat dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder dan motor hibrid berkadar 130 kW sekali gus membolehkan ia menghasilkan kuasa setinggi 240 hp dan tork 530 Nm.

image.pngimage.png

Ia diposisikan sebagai SUV segmen C dan dari segi dimensi, Haval H6 berukuran 4,683 mm panjang, 1,886 mm lebar dan 1,724 mm tinggi dengan jarak roda berkepanjangan 2,738 mm.

image.png

Ini bermakna ia  lebih besar berbanding model dalam segmen sama yang lain seperti Proton X70 dan Honda CR-V. 

Selain itu, dengan reka bentuk yang mengutamakan keperluan seisi keluarga, GWM HAVAL H6 HEV menawarkan ciri-ciri ruang kaki di bahagian belakang yang luas dan but berkapasiti besar, sesuai untuk perjalanan jarak jauh. 

Haval H6  juga dilengkapi tempat duduk berventilasi kepada pemandu dan penumpang hadapan, untuk keselesaan yang maksimum.

image.png

Bukan itu sahaja, jentera ini  turut dilengkapi dengan ‘Advanced Driver Assistance System’ (ADAS) L2 yang sebenanrya meningkatkan mutu keselamatan, dan menawarkan  pengalaman pemanduan yang sebenarnya cukup ideal untuk pemanduan keluarga pada masa ini.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah, Haval H6 HEV merupakan 'Jenama SUV Terlaris di China' selama 100 bulan berturut-turut, dengan lebih 4 juta unit terjual di seluruh dunia. 

SUV bersaiz sederhana ini telah membuktikan kebolehpercayaan dan popularitinya di seluruh dunia.

Apa yang diketahui setakat ini ialah GWM Malaysia akan melancarkan model baharu ini dengan anggaran harga jualan di bawah RM145,000 .

Untuk itu, ia sudah pun dibuka untuk tempahan. 

image.png

Tawaran hebat dan istimewa menanti parapelanggan yang menempah GWM HAVAL H6 HEV sebelum pelancaran rasmi, termasuk:

• Nikmati nilai eksklusif RM 3,000 apabila membayar yuran tempahan RM 1,000*

• Keistimewaan untuk waranti enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km** (mana yang terdahulu)

• Layak untuk menerima waranti sistem HEV selama 8 tahun atau 1,000,000 km** (mana yang terdahulu), termasuk ‘Dedicated Hybrid Transmission’ (DHT), Bateri Voltan Tinggi dan Kabel, serta Unit Kawalan Transmisi.

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang: https://www.gwm.com.my/stores.html. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT7468

SELANGOR

BSU3867

JOHOR

JF6365J

PULAU PINANG

PSG3972

PERAK

APM2142

PAHANG

CFJ874

KEDAH

KGJ4505

NEGERI SEMBILAN

NEM2670

KOTA KINABALU

SJU5337

KUCHING

QAB7486P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-04-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

07-11-2025
Kereta Baru

01-08-2025
Berita Auto

03-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.