SUV EV Comel Leapmotor T03 Diperkenalkan Di Eropah – Malaysia Pasaran Seterusnya?
-full.jpg)
Selepas beberapa bulan pelancaran cabang antarabangsa syarikat, Leapmotor milik Stellantis akhirnya membuat kemunculan rasminya di Eropah dengan pengenalan model elektrik kecil, Leapmotor T03.
EV kecil yang telah diperkenalkan di China pada tahun 2020 ini cukup sesuai untuk pasaran tersebut memandangkan segmen kenderaan bandar di Eropah kini semakin kompetitif.
Saiz Kompak, Sesuai untuk Bandar
-full.jpg)
-full.jpg)
Leapmotor T03 hanya berukuran 3,620 mm panjang, lebih kecil berbanding model popular di Eropah seperti Dacia Spring dan Fiat 500e yang juga dimiliki oleh Stellantis. Walaupun kecil, T03 menawarkan ciri-ciri yang menarik sebagai kenderaan elektrik bandar.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Antara ciri menarik T03 termasuk lampu depan LED, skrin infotainment sentuh bersaiz 10.1 inci, kluster instrumen digital 8 inci, bumbung panoramik, kamera undur, serta pelbagai sistem bantuan pemandu (ADAS) seperti kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA) dan pemantauan titik buta (BSM).
Prestasi dan Pengecasan
-full.jpg)
-full.jpg)
Bagi pasaran Eropah, T03 akan dilengkapi dengan bateri lithium-ion berkapasiti 37.3 kWj, lebih besar berbanding unit 24 kWj yang terdapat dalam versi asas Fiat 500e. Dengan kapasiti ini, T03 mampu mencapai jarak pemanduan elektrik sehingga 265 km mengikut piawaian WLTP yang ideal untuk kegunaan di bandar-bandar kecil dan kawasan urban di Eropah.
-full.jpg)
-full.jpg)
Pengecasan juga boleh dilakukan dengan cepat, di mana pengecas DC 48 kW membolehkan pengecasan 30-80% diselesaikan dalam masa 36 minit. Untuk pengecasan AC, kadar pengecasan adalah pada 6.6 kW.
-full.jpg)
-full.jpg)
Bateri ini memberi kuasa kepada motor elektrik hadapan (FWD) yang menghasilkan 94 hp (70 kW) dan 158 Nm tork. Ini membolehkan T03 memecut dari 0-100 km/j dalam 12.7 saat, lebih pantas berbanding Dacia Sprint yang mengambil masa selama 13.7 saat untuk pecutan yang sama.
Pembuatan dan Penghantaran di Eropah
Dengan tarif tinggi yang dikenakan terhadap EV buatan China di Eropah, Leapmotor T03 versi Eropah akan dipasang di kilang Stellantis di Tychy, Poland. Penghantaran dijangka bermula pada tahun 2025 di pasaran terpilih termasuk UK.
Kemungkinan Memasuki Pasaran Malaysia
Memandangkan UK juga merupakan pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, ada kemungkinan Stellantis Malaysia akan mempertimbangkan untuk membawa masuk model T03 ini ke pasaran tempatan.
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD6523
SELANGOR
BSR1576
JOHOR
JYB3682
PULAU PINANG
PSD3271
PERAK
APJ4170
PAHANG
CFG8716
KEDAH
KGG6573
NEGERI SEMBILAN
NEK7359
KOTA KINABALU
SJS5531
KUCHING
QAB580P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Berita Terkini
Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.
25-06-2026
Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?
Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!
22-06-2026
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat