SUV Elektrik Leapmotor C10 Versi RHD Dipertontonkan – Bawah RM150K?

Sebentar tadi, Stellantis Malaysia telah mempertontonkan kenderaan elektrik (EV) daripada jenama automotif BEV baharu di bawahnya, Leapmotor. Model yang dipertontonkan merupakan SUV yang bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi, Leapmotor C10.

Leapmotor C10 yang dipamerkan semasa acara Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu didatangkan dari China dalam versi LHD.
Sebelum ini, C10 yang didatangkan dari China pernah dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia semasa acara Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024), namun kali ini, versi rasmi untuk pasaran Malaysia iaitu pemanduan sebelah kanan (RHD) diperlihatkan.

XPeng G6 dilancarkan di Malaysia pada hujung Ogos lalu dengan harga bermula dari RM167K.
Diposisikan dalam segmen D, model berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,680 mm tinggi dengan jarak roda 2,285 mm ini bakal memberi saingan kepada EV lain seperti XPeng G6 dan Tesla Model Y.
Trenkuasa Leapmotor C10 Malaysia

Butiran mengenai trenkuasa C10 yang bakal dilancarkan di Malaysia masih belum didedahkan secara rasmi, namun unit yang dipamerkan ialah unit satu motor pacuan roda belakang (RWD) dengan output kuasa 215 hp (160 kW) yang dikuasakan oleh bateri lithium besi fosfat (LFP) 69.9 kWj.
Menggunakan pengecas pantas, bateri tersebut boleh dicas daripada 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Dengan cas penuh, C10 boleh bergerak sejauh 420 km (WTLP).
Dari segi prestasi, C10 dikatakan dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 6.1 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 210 km/j.
Model ini juga dilaporkan akan menggunakan suspensi talaan Maserati.
Rekaan Leapmotor C10



Dari segi reka bentuk, secara keseluruhannya SUV EV ini menampilkan reka bentuk luaran minimalis dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan dan belakang LED yang terletak rata pada badan kereta, masing-masing dengan jalur lampu yang berkelebaran penuh, permukaan badan juga direka rata pada pelbagai sudut. Untuk meluncur di jalan raya, SUV yang dipamerkan ini menggunakan rim aloi 20 inci.
Kabin Leapmotor C10




Di dalam kabin, unit C10 yang dipamerkan sarat dengan pelbagai teknologi, termasuk kluster instrumen digital 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, lampu ambien, sistem audio keliling 12 speaker, sistem kawalan iklim auto dua zon, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas/pengudaraan.


Skrin infotainmen yang digunakan berukuran 14.6 inci. Sistem ini menyokong ciri seperti navigasi satelit, Bluetooth dan WiFi. Namun tiada sambungan Apple Carplay dan Android Auto buat masa ini. Model ini didatangkan dengan kad kunci NFC yang perlu diletakkan pada konsol tengah supaya enjin dapat dihidupkan.

Selain itu, tempat duduk hadapan C10 boleh dilipat hingga 180 darjah. Apabila kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang dilipat, kabin C10 boleh diubah menjadi ‘katil queen’ untuk dua orang, dengan panjang sehingga 2.7 meter.
Untuk simpanan barang, ruang kargonya berkapasiti 370 liter dan boleh mencapai 835 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Keselamatan Leapmotor C10


Leapmotor C10 didatangkan dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi 16 ciri keselamatan penting seperti kamera 360 darjah. Model ini turut dilengkapi dengan 7 beg udara.
Stellantis mendedahkan bahawa C10 dijangka akan menerima penarafan 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP) tidak lama lagi.
Harga Pasaran Leapmotor C10
Stellantis Malaysia dikhabarkan akan memasarkan model ini pada harga kompetitif yang mampu bersaing dengan SUV elektrik terlaris di Malaysia, BYD Atto 3. Untuk makluman, Atto 3 dijual pada harga RM149,800. Di pasaran China, Leapmotor C10 ditawarkan pada harga yang bermula dari CNY 128,800 (~RM83,560).
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD6523
SELANGOR
BSR1576
JOHOR
JYB3682
PULAU PINANG
PSD3271
PERAK
APJ4170
PAHANG
CFG8716
KEDAH
KGG6573
NEGERI SEMBILAN
NEK7359
KOTA KINABALU
SJS5531
KUCHING
QAB580P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.
09-01-2026
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025
Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.
16-12-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K
Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.
17-11-2025
Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.
09-10-2025
Leapmotor B10 Didedah Di Thailand, Harga Di Bawah RM100K
Leapmotor B10 akhirnya membuat penampilannya di Thailand, baru-baru ini.
24-09-2025
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
