ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Varian Asas Sedan BYD Seal Dynamic Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM163,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_BYD-Seal-Dynamic-Malaysia-Launched_1.jpeg


Sime Darby Beyond Auto (SDBA) baru sahaja melancarkan varian asas terbaru dalam ‘keluarga’ BYD Seal, iaitu BYD Seal Dynamic yang ditawarkan pada harga serendah RM163,800  atas jalan, tidak termasuk insurans. 


Trenkuasa BYD Seal Dynamic


CariCarz_BYD-Seal-Dynamic-Malaysia-Launched_2.jpeg


Varian ini menggunakan motor elektrik belakang yang menghasilkan 204 PS (150 kW) dan 310 Nm tork. Dengan prestasi ini, BYD Seal Dynamic mampu membuat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.5 saat. Sebagai perbandingan, varian Premium mencatatkan masa hanya 5.9 saat dan Performance 3.8 saat.

  

BYD Seal Dynamic dilengkapi dengan bateri Blade LFP berkapasiti 61.4 kWj, memberikan jarak pemanduan sehingga 460 km berdasarkan piawaian WLTP. Jarak ini lebih pendek berbanding varian Premium 570 km dan Performance 520 km. Bateri ini menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW yang mengambil masa 8.6 jam untuk dicas penuh. Untuk pengecasan pantas (DC), varian ini hanya menyokong input sehingga 110 kW, lebih rendah daripada varian Premium dan Performance yang menerima input 150 kW. 


Reka Bentuk BYD Seal Dynamic


BYD-Seal-Dynamic-Australia-3.jpg


Dari segi reka bentuk, BYD Seal Dynamic mengekalkan rupa yang elegan dan moden, dengan dimensi panjang 4,800 mm, lebar 1,875 mm, dan tinggi 1,460 mm dengan jarak roda 2,920 mm. 


CariCarz_BYD-Seal-Dynamic-Malaysia-Launched_4.jpeg


Varian ini dipasangkan dengan rim 18 inci yang lebih kecil, berbanding 19 inci pada varian Premium dan Performance. Rekaan rim Dynamic juga berbeza. Antara ciri reka bentuk lain termasuklah pemegang pintu terbenam, bumbung kaca panorama, serta lampu LED di bahagian depan dan belakang.


Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Cosmos Black dan Aurora White. 


Kabin BYD Seal Dynamic


BYD-Seal-Dynamic-Australia-2.jpg


Kabin BYD Seal Dynamic menampilkan rekaan minimalis dengan pelbagai ciri teknologi moden. Stereng dan tempat duduk dibalut dengan kulit tiruan. Tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada lapan arah, manakala penumpang hadapan enam arah. Fungsi pemanas dan ventilasi untuk barisan hadapan turut disediakan. 


Ciri standard lain  adalah skrin sentuh berukuran 15.6 inci yang boleh diputarkan kepada kedudukan lanskap dan potret, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Dynaudio 12 speaker, kluster instrumen 10.25 inci, dua pengecas tanpa wayar, pengecas USB-C dan USB-A untuk barisan tempat duduk hadapan dan belakang, soket 12V dan pencahayaan ambien RGB. Hanya satu warna tema kabin ditawarkan iaitu Thaumas Black. 


Untuk ruang simpanan, ruang kargo belakang menawarkan kapasiti sehingga 400 liter dan kargo depan (frunk) 50 liter. 


Sebagai varian asas, Seal Dynamic ‘kehilangan’ beberapa ciri premium yang ditawarkan pada varian lebih tinggi seperti sistem papar pandu (HUD), upholsteri kulit asli, sokongan lumbar dan fungsi memori untuk tempat duduk pemandu serta pemanas untuk stereng. 


Ciri Keselamatan BYD Seal Dynamic


Dari segi keselamatan, BYD Seal Dynamic dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) penuh, termasuk Lane Departure Prevention (LDP), Intelligent Cruise Control (ICC), Traffic Sign Recognition (TSR), dan Intelligent Speed Limit Control (ISLC). Tidak ditawarkan pada varian ini adalah ciri Electronic Child Lock. 


Harga Pasaran & Waranti BYD Seal Dynamic


BYD-Seal-Dynamic-Australia-1.jpg


BYD Seal Dynamic dijual pada harga RM163,800 menjadikannya lebih murah berbanding varian Premium yang dijual pada RM179,800 dan varian Performance pada RM199,800. Walaupun mempunyai beberapa kekurangan berbanding varian yang lebih tinggi, harga yang lebih kompetitif menjadikannya pilihan menarik. Bagi waranti, pelanggan akan mendapat waranti pengilang selama 6 tahun atau 150,000 km, serta waranti bateri dan motor elektrik selama 8 tahun atau 160,000 km dan waranti drive unit selama 8 tahun atau 150,000 km. 

Untuk promosi eksklusif, pelanggan yang berminat boleh mengunjungi Medan Parkir B, Stadium Bukit Jalil bermula hari ini hingga 8 September ini. Pelanggan yang membuat tempahan yang dibuat semasa acara berpeluang untuk menerima kredit pengecasan sebanyak RM800 serta peluang memenangi motor elektrik, BMW CE 02 Motorrad. 

Baca: BYD Seal Premium & Performance Dilancarkan Di Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4425

SELANGOR

BSV1150

JOHOR

JH4055J

PULAU PINANG

PSH4006

PERAK

APM9459

PAHANG

CFJ4079

KEDAH

KGJ8106

NEGERI SEMBILAN

NEM5839

KOTA KINABALU

SJV1814

KUCHING

QAB197Q

Terakhir Kemas Kini 13 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
EV

BYD Seal 6 Terima Sambutan Hebat, Lebih 100 Unit Diserahkan Dalam Seminggu

Dalam tempoh hanya seminggu selepas dilancarkan di pasaran tempatan, lebih 100 unit BYD Seal 6 telah diserahkan kepada pelanggan di serata Malaysia.

07-10-2025
Kereta Baru

BYD Seal 6 EV Kini Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM100,000

Sebentar tadi, BYD Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) terbarunya, BYD Seal 6.

26-09-2025
Kereta Baru

Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.

21-08-2025
Global

BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.

13-08-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
EV

Tinggal 2 Hari Lagi, BYD Seal Dynamic Masuk M'sia, Harga Bawah RM160K Je

BYD Seal Dynamic dikatakan adalah model EV paling murah.

03-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Ini Dia Trak Pikap PHEV Pertama Di Malaysia

JAC T9 PHEV Rasmi di Malaysia: Trak Pikap 4x4 Plug-in Hybrid Pertama.

11-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.