Volvo EX30 Kini Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Dari RM188,888

Volvo Car Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV elektrik kompak, EX30, untuk pasaran Malaysia setelah pendaftaran minatnya dibuka pada awal Ogos lalu. Model ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Plus Single Motor Extended Range, Ultra Single Motor Extended Range dan Ultra Twin Motor Performance pada harga yang bermula daripada RM188,888.
TRENKUASA VOLVO EX30

Dua varian Single Motor EX30 menggunakan satu motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang (RWD) dengan kuasa 268 hp dan 343 Nm. Manakala, varian teratas adalah satu-satunya yang dilengkapi dengan dua motor elektrik pacuan semua roda (AWD) yang menghasilkan output sistem keseluruhan sebanyak 422 hp dan 543 Nm.
Ketiga-tiga varian EX30 dikuasakan oleh bateri NMC 69 kWj yang boleh dicas dengan pengecas AC 11 kW dan DC 153 kW. Menggunakan pengecas pantas DC, masa yang diambil untuk dicas dari 10-80% hanyalah 28 minit. Dengan cas penuh, varian satu motor boleh mencapai jarak EV sehingga 473 km dan varian dua motor pula 450 km.
Kami berpeluang untuk pandu uji EX30 awal bulan ini, dan diadapati bahawa varian tertinggi menawarkan mod pemanduan ‘Performance AWD’ yang memberikan SUV kecil ini kuasa pecutan tambahan dan cengkaman yang lebih baik semasa di selekoh atau mendaki bukit.
Baca: [PANDU UJI] 6 Perkara Menarik Tentang EV Kompak Volvo EX30
REKAAN VOLVO EX30





Dibangunkan berdasarkan platform SEA dari Geely sama seperti smart #1 dan smart #3 namun lebih kecil berbanding kedua-dua model tersebut, EX30 berukuran 4,233 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,550 mm tinggi dengan jarak roda 2,650 mm. Berdasarkan ukuran ini, SUV ini juga jelas lebih kecil daripada C40 dan XC40.



Secara visualnya, EX30 tampil menyerlah dengan sentuhan rekaan minimalis Skandinavia seperti lampu LED penuh dengan motif piksel, serta lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk tukul Thor yang ikonik. Sudut belakang juga menonjol dengan lampu piksel yang kelihatan unik.
KABIN VOLVO EX30


Kelengkapan kabinnya juga tidak kurang hebatnya untuk EV kecil ini. EX30 dilengkapi dengan teknologi seperti skrin infotainmen 12.3 inci yang diletakkan pada kedudukan potret dengan sistem operasi Google, tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan secara automatik, kawalan suhu dua zon, pencahayaan ambien dan sistem audio premium Harman Kardon.






Sentuhan minimalis dapat dilihat pada segenap sudut kabin. Tiada butang kawalan fizikal pada pintu dan konsol tengah. Suis kawalan tingkap dan pendingin hawa diletakkan pada perehat tangan, manakala kawalan untuk cermin sisi dan pendingin hawa pula di dalam sistem infotainmen.


Dalam masa yang sama, Volvo masih memberikan sentuhan mewah pada ruang ini dengan penggunaan plastik sentuhan lembut dan kulit faux dan bukannya plastik keras seperti pesaingnya.
Baca: Volvo EX30: EV Kecil Yang Tidak Sempit, Ini Rahsianya…
CIRI KESELAMATAN VOLVO EX30


Dari segi keselamatan, EX30 didatangkan dengan ciri bantuan pemandu separa autonomi (ADAS). Antara yang menarik adalah bantuan parkir terkini, Pilot Assist yang telah diperbaik, pengelak pelanggaran dan banyak lagi.
HARGA JUALAN VOLVO EX30

Volvo EX30 ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM188,888 untuk varian Plus Single Motor Extended Range, RM208,888 untuk Ultra Single Motor Extended Range dan RM228,888 untuk Ultra Twin Motor Performance.

Pembelian adalah termasuk pelbagai manfaat seperti:
1- Waranti kenderaan selama 5 tahun tanpa had perjalanan + bateri voltan tinggi 8 tahun
2- Servis percuma 5 tahun
3- Bantuan tepi jalan 24 jam selama 5 tahun
4- Google & sambungan data percuma selama 5 tahun
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB6427
SELANGOR
BSQ6341
JOHOR
JYY1894
PULAU PINANG
PSC8242
PERAK
APH9915
PAHANG
CFG7217
KEDAH
KGG4160
NEGERI SEMBILAN
NEK5981
KOTA KINABALU
SJS2969
KUCHING
QAB9529N
Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran
Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.
05-06-2026
Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya
Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.
05-06-2026
BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian
Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.
05-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat