XPeng P7+ Bakal Dilancarkan Oktober Nanti – Lebih Canggih & Selesa, Sensor LOFIC Ganti LiDAR

Walaupun Xpeng menghadapi cabaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu kini berjanji akan bangkit semula bermula dengan dua rancangan penting iaitu penyerahan Mona M03, model laris yang ditangguhkan penghantarannya sebelum ini, serta pelancaran sedan elektrik, P7+.
Sedan Elektrik Xpeng P7+

Model ini menggantikan P7i yang baru sahaja dilancarkan tahun lepas sebagai versi kemas kini model asal, P7, yang diperkenalkan pada tahun 2020.

Walaupun masih terlalu awal untuk menggantikan model sebelum ini, pelancaran P7+ dilihat sebagai satu tindakan yang wajar memandangkan persaingan dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) di China kini semakin sengit, menjadikan jangka hayat model-model yang dikeluarkan semakin singkat.
Kekurangan Ruang Belakang P7 Diperbaiki

Salah satu kritikan terhadap P7 adalah ruang tempat duduk belakangnya yang terhad. Kini, P7+ dilaporkan memperbaiki isu tersebut dengan menggunakan rangka lebih besar dan jarak roda 3,000 mm, hanya 2 mm lebih panjang berbanding P7, tetapi cukup untuk menambah keselesaan. Ukuran penuh P7+ yang terbaru adalah 5,056 mm panjang, 1,937 mm lebar dan 1,512 mm tinggi.
Walaupun perbezaan jarak roda hanya 2 mm, P7+ dijangka bakal hadir dengan pelbagai ciri lain yang menambahkan keselesaan penumpang seperti penyandar kaki bermotor, tempat duduk dengan fungsi pemanasan dan pengudaraan, penyandar yang boleh dilaraskan, serta skrin hiburan untuk penumpang belakang.
Platform SEPA 2.0

Model ini dibangunkan di atas platform SEPA 2.0 yang turut digunakan dalam model G6 yang baru-baru ini dilancarkan di Malaysia. Model ini dijangka mencatat penggunaan tenaga serendah 11 kWj bagi setiap 100 km, dengan dua pilihan kapasiti bateri iaitu 60.7 kWj dengan jangkaan jarak EV 575 km dan 76.3 kWj dengan jarak sejauh 685 km. Namun, jarak ini lebih pendek berbanding P7i yang menggunakan bateri 86.2 kWj dengan jarak 702 km berdasarkan standard CLTC yang lebih longgar.
Buat masa ini, tiada pengesahan sama ada varian dwi-motor akan diperkenalkan, tetapi P7+ dijangka memiliki kuasa setinggi 180 kW (241 hp) dan 230 kW (308 hp), dedah Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China.
Teknologi AI "Eagle Eye" Baharu

P7+ akan dilengkapi dengan teknologi AI baharu Xpeng yang dikenali sebagai "Eagle Eye". Teknologi ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kereta memahami persekitaran dalam masa sebenar. Ini berjaya dicapai kerana sistem rangkaian yang digunakan adalah 125% lebih besar. Dengan adanya "Eagle Eye", jarak pandangan kereta dapat diperluaskan sebanyak 1.25 kali ganda dan kelajuan pengecaman objek di sekitar kereta meningkat sebanyak 40%. Ini bermakna kereta lebih cepat dan lebih tepat dalam mengenal pasti apa yang berlaku di sekelilingnya, menjadikannya lebih selamat dan efisien.
Sistem ini juga dilengkapi dengan sensor piksel tunggal LOFIC, yang direka untuk berfungsi dengan baik dalam persekitaran yang mencabar seperti terowong, cahaya latar, hujan, kabus dan gelap. Teknologi ini juga akan digunakan pada model lebih mewah, Mona M03 Max, yang akan dilancarkan tahun depan. Platform berasaskan penglihatan ini dapat mengurangkan kos komponen kerana ia tidak lagi memerlukan penggunaan teknologi LIDAR yang biasanya lebih mahal.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Auto Guangzhou 2025: Xpeng X9 PowerX EREV Dilancarkan – 1,602 KM, Bakal Tiba Di Malaysia?
Xpeng telah melancarkan secara rasmi MPV Xpeng X9 dalam versi trenkuasa kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di Auto Guangzhou 2025.
21-11-2025
Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI
MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.
12-11-2025
Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025
Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.
04-11-2025
Xpeng Berminat Jadikan Malaysia Hab AI & Teknologi – Keupayaan Semikonduktor Negara Jadi Tumpuan
Xpeng Inc berusaha memperkukuhkan komitmennya di Malaysia, dengan sasaran untuk menjadikan negara ini sebagai hab strategik untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pintar Asia Tenggara.
31-10-2025
Xpeng & Charge+ Lancar Pengecas Ultra Pantas, 350 kW, Di KL Eco City
Xpeng sekali lagi mencatat sejarah di Asia Tenggara dengan pelancaran hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terpantas di ibu kota, terletak di KL Eco City,
26-10-2025
MPV Xpeng X9 Muncul Dalam Versi EREV Di China – Capai 1,600 KM
Beberapa bulan selepas versi yang dikemaskini diperkenalkan, MPV Xpeng X9 kini muncul dengan varian baharu, iaitu versi kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV) di China.
24-10-2025
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat