- Berita
- Berita Auto
- Lokatag Pro Dilancarkan – Satu Peranti Pelbagai Fungsi Yang WAJIB Pemilik Kereta Miliki
Lokatag Pro Dilancarkan – Satu Peranti Pelbagai Fungsi Yang WAJIB Pemilik Kereta Miliki

Lokatag Pro, satu peranti dengan dua fungsi
Jika anda inginkan ruang papan pemuka atau dashboard kereta yang lebih lapang, peranti yang telah diperkenalkan baru-baru ini WAJIB untuk dimiliki. Peranti yang dimaksudkan ialah Lokatag Pro yang diperkenalkan oleh anak syarikat milik Amtel Digital Sdn Bhd, Lokatag.
Syarikat yang sebelum ini terkenal dengan peranti pembaca tol, kali ini, hadir dengan inovasi baharu yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia.
APA ITU LOKATAG PRO?
Lokatag Pro telah direka khas untuk membolehkan dua fungsi digabungkan dalam satu peranti sama iaitu pembaca tol dan video kamera papan pemuka (dashcam).
APA YANG MENARIK DENGAN TEKNOLOGI LOKATAG PRO?
Peranti ini menggunakan teknologi pengimbas inframerah daripada Efkon yang menyokong kedua-dua kad Touch 'n Go biasa dan juga baharu dengan NFC. Teknologi ini memudahkan pengguna untuk melalui lorong SmartTAG tanpa perlu memberhentikan kenderaan.

Pelbagai fungsi Lokatag pro boleh diakses melalui aplikasi Loka
Selain itu, Lokatag Pro turut dilengkapi dengan pelbagai ciri lain seperti penjejak GPS, notifikasi masa nyata, serta kemas kini atas talian (OTA) melalui aplikasi Loka, yang membolehkan penjejakan laluan SmartTAG dan bayaran tol yang telah dibuat.
Sistem lain yang menjadi sebahagian daripada Lokatag Pro adalah ciri suara AI yang boleh memberikan maklumat terkini berkenaan baki kad Touch ‘n Go dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Pra-tempahan Lokatag Pro kini telah dibuka, dengan harga jualan RM1,799
Lokatag Pro juga dilengkapi dengan sensor terbina dalam (built-in) dan sistem pemantauan yang boleh meletakkan tag geo secara automatik sekiranya mengesan insiden. Ciri ini penting untuk tujuan pengumpulan bukti, serta memberi amaran pengguna tentang aktiviti mencurigakan di sekitar kenderaan.
CARA UNTUK MEMBELI LOKATAG PRO
Penghantaran awal peranti ini dijadualkan bermula pada bulan Mac ini. Pra-tempahan untuk Lokatag Pro kini telah dibuka pada harga RM1,799. Pembelian boleh dibuat melalui laman web rasmi Lokatag dan juga Shopee Lokatag. Jualan runcit di kaunter juga dijangka akan bermula pada bulan Mac melalui pengedar sah Lokatag.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPX2667
SELANGOR
BSJ7361
JOHOR
JYK2824
PULAU PINANG
PRV2795
PERAK
APC1631
PAHANG
CFD9032
KEDAH
KGC7706
NEGERI SEMBILAN
NEH4781
KOTA KINABALU
SJN4203
KUCHING
QAB4298M
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Terkini
Harga RON97, Diesel Naik 6 Sen Bermula Esok!
Nampaknya, harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik sebanyak 6 sen bermula esok hingga 5 November ini.
29-10-2025
Aerotrain Kerap Rosak, SPRM Akan Siasat Projek Aerotrain
Gara-gara perkhidmatan Aerotrain kerap rosak, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan projek Aerotrain.
29-10-2025
19 Lori Kena Sita Sebab Bawa Muatan Berlebihan
JPJ Selangor menyita sebanyak 19 lori kerana membawa muatan berlebihan ketika ditahan dalam Operasi Perang Lebih Muatan yang dijalankan bermula 14 Oktober hingga kelmarin
29-10-2025
Dah 20 Kali Aerotrain Rosak, Kali Ini Sebab Masalah Sistem Bekalan Kuasa
Malaysia Airports Holdings Berhad mengesahkan masalah pada sistem bekalan kuasa telah dikenal pasti sebagai punca gangguan perkhidmatan Aerotrain, semalam.
29-10-2025
Kegiatan Sorok Kereta Mewah Import Dalam Gudang Akhirnya Dikesan Kastam
Sebuah gudang tamat lesen menyembunyikan 14 buah kenderaan mewah import tanpa pembeli sejak lima bulan lalu akhirnya terbongkar.
28-10-2025
Aerotrain Rosak Lagi, MOT Arah APAD Buka Kertas Siasatan Terhadap MAHB
MOT sudah mengarahkan APAD membuka kertas siasatan terhadap MAHB susulan insiden gangguan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
28-10-2025
MG Motor Dedah MG5 X Edition dan MG4 101 Edition
MG Motor Malaysia sudah membuka tempahan untuk model terbaharunya, MG5 X Edition.
28-10-2025
PLUS Salurkan Sumbangan Kereta Honda Kepada PDRM Untuk Kukuhkan Penguatkuasaan
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyerahkan 4 unit Honda CR-V (1.5 Turbo) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
28-10-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
