MG Motor Dedah MG5 X Edition dan MG4 101 Edition

MG Motor Malaysia sudah membuka tempahan untuk model terbaharunya, MG5 X Edition yang cuma berharga RM96,388 dan edisi eksklusif ini hanya ditawarkan kepada 300 pemilik pertama.
Model ini menampilkan kemasan gloss black pada bampar hadapan, belakang dan sisi, spoiler but, scuff plate X Edition, serta MG dashcam dengan kad SD 64GB. Semua aksesori ini dilindungi waranti selama satu tahun.
Bagi meraikan ulang tahun ke-101 MG, jenama ini turut memperkenalkan MG4 101 Edition, versi istimewa daripada hatchback elektrik pemenang anugerah MG4.


Edisi ini menampilkan reka bentuk bumbung Union Jack yang ikonik serta pelekat “One of one” sebagai tanda peringatan khas. Ia ditawarkan secara eksklusif untuk varian MG4 Lux Extended dalam warna Dynamic Red dan Holborn Blue, dengan reka dalaman dua tona yang elegan.
Susulan itu, MG Motor Malaysia akan menayangkan dua edisi terhad ini di Roadshow ‘Dare to Love MG’ yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya (Aras LG, West Court) dari 29 Oktober hingga 2 November ini.
Bagi memeriahkan lagi sambutan, MG Motor Malaysia memperkenalkan promosi akhir tahun yang menarik untuk keseluruhan rangkaiannya.
MG5 kini hadir dengan rebat tunai RM8,000, manakala MG HS menawarkan rebat lebih besar RM12,000 .


Pelanggan juga boleh memilih Ultimate Financing, yang menawarkan enam bulan ansuran percuma bersama rebat tunai tambahan, menjadikan sekarang masa terbaik untuk memiliki MG.
Bagi mereka yang mencari pemanduan elektrik yang mengujakan, MG4 kini ditawarkan pada harga RM100,888 untuk MG4 Lux, RM128,888 untuk MG4 Lux Extended, dan RM138,888 untuk MG4 XPower berprestasi tinggi.
Setiap pembelian MG4 didatangkan dengan pemasangan pengecas AC Wallbox 7kW percuma 2 atau kredit pengecasan, dengan penjimatan sehingga RM10,000 untuk varian MG4 XPower dan MG4 Lux Extended, serta RM7,000 untuk MG4 Lux.
Selain itu, harga MGS5 EV kini cuma RM107,900 untuk COM, RM117,900 (COM Long Range), dan RM127,900 untuk LUX Long Range.
Semua varian hadir dengan Ultimate Ownership Package, menawarkan penjimatan sehingga RM10,000 termasuk pengecas AC Wallbox 7kW percuma 3 atau pilihan kredit pengecasan.
Bagi pelanggan yang membuat tempahan untuk MG Cyberster sepanjang acara ini akan menikmati pakej pengecasan tanpa had selama setahun bersama JomCharge dengan fungsi AutoCharge, pengecas AC Wallbox 7kW percuma 4 , serta model diecast MG Cyberster edisi terhad eksklusif.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.
26-08-2025
Sudah Dilancar Di UK, Adakah MG IM5, IM6 Bakal Menyusul Ke Malaysia, Kemungkinan YA!
MG IM5 dan IM6 kini dijual di UK, masing-masing bermula pada harga £39,450 (RM227,144) untuk IM5 dan £47,995 (RM276,344) untuk IM6.
11-07-2025
SAIC Motor Perluas Rangkaian Pengedar MG
SAIC Motor Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi empat lagi pengedar MG Motor, baru-baru ini.
11-10-2024
Bateri EV Tercanggih Setakat Ini Bakal Digunakan Pada MG Cyber GTS? – Pelancaran 2025 Nanti
SAIC mengesahkan bahawa model MG terbaru yang akan dilancarkan pada suku kedua 2025 bakal menggunakan bateri keadaan pepejal.
09-09-2024
SUV MG ZS Generasi Kedua Didedahkan – Sistem Hibrid Lebih Baik
MG Motor akhirnya mendedahkan segenap sudut SUV MG ZS generasi kedua.
30-08-2024
Pratonton MG ZS EV: Capai 320 KM, Dari RM129K
Ini spesifikasi MG ZS EV yang bakal dilancarkan di Malaysia tak lama lagi.
28-02-2024
Pratonton MG4 EV: 4 Varian, Capai 520 KM, Harga Dari RM104K
Ini dia spesifikasi terperinci MG4 EV yang bakal masuki pasaran tempatan tak lama lagi.
28-02-2024
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
