EV Comel ORA Good Cat Kini Murah RM26,000, Insurans Percuma – Promosi Oktober

Promosi istimewa ini hanya ditawarkan sepanjang Oktober.
Sempena penghujung tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengadakan promosi istimewa untuk model kenderaan elektrik (EV) yang comel, ORA Good Cat, sepanjang bulan Oktober.
Baca: GWM ORA Good Cat Raih 97% Green NCAP – EV Comel Paling Mesra Alam
Tawaran Menarik untuk Pemilik EV Baharu
Pembeli ORA Good Cat sepanjang bulan ini dapat menikmati pakej promosi yang memudahkan peralihan kepada EV. Pakej tersebut merangkumi pemasangan pengecas AC di rumah secara percuma, servis percuma selama lima tahun yang termasuk alat ganti dan upah, serta insurans komprehensif kenderaan secara percuma pada tahun pertama.

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, "Kempen ini diperkenalkan untuk menyuntik keterujaan kepada mereka yang mempertimbangkan peralihan kepada kenderaan elektrik. Dengan faedah-faedah ini, kami dapat menjadikan peralihan kepada EV lebih menarik dan praktikal."
Dua Varian Pada Harga Lebih Rendah

ORA Good Cat ditawarkan dalam dua varian di Malaysia iaitu 400 Pro dan 500 Ultra, kini masing-masing pada harga terbaru iaitu RM113,800 dan RM143,800, lebih rendah berbanding harga pelancaran pada 2022 iaitu RM139,800 dan RM169,800.
Baca: Lumga Design Mampu Ubah Ora Good Cat Macam Porsche
Varian 400 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 47.788 kWj yang menawarkan jarak pemanduan 310 km (WLTP) manakala 500 Ultra menggunakan bateri 63.139 kWj dengan jarak 420 km (WLTP). Kedua-dua varian ini menggunakan motor elektrik berkuasa 143 hp dengan tork 210 Nm.
Warna Menarik dan Ciri Premium

ORA Good Cat hadir dengan enam pilihan warna yang elegan. Salah satu ciri menarik yang ditawarkan ialah tempat duduk pemandu boleh laras dengan fungsi urutan. ORA Good Cat juga dilengkapi pakej keselamatan ADAS Tahap 2.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki ORA Good Cat pada harga promosi dan dengan faedah tambahan ini sepanjang Oktober!
Baca: Ora Good Cat Kecil Tapi Padu, Boleh Jelajah Luar Negara
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1287
SELANGOR
BST6904
JOHOR
JE2548J
PULAU PINANG
PSF5430
PERAK
APL4639
PAHANG
CFH7319
KEDAH
KGJ1104
NEGERI SEMBILAN
NEL8402
KOTA KINABALU
SJU1246
KUCHING
QAB5624P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini
Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.
31-10-2025
GWM Tank 500 HEV Black Edition Dilancarkan – Tampil Lebih Menggerunkan Pada Hanya RM8,000
Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan versi eksklusif, Tank 500 HEV 'Black Edition', yang hadir dengan pakej estetik serba hitam yang bertujuan untuk menonjolkan imej lebih garang dan premium.
31-10-2025
GWM Malaysia Tawar Hadiah Hingga RM200K, Potongan Harga RM25K & Banyak Lagi!
Jangan lepaskan peluang ini! Great Wall Motor (GWM) Malaysia kini meraikan ulang tahun keduanya dengan pelbagai tawaran istimewa, baucar dan hadiah cabutan bertuah.
21-11-2024
GWM Ora 07 & Tank 300 Sudah Mendarat Di Malaysia – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?
EV Ora 07 dan SUV Tank 300 telah mendarat di Malaysia. Apa yang boleh kita jangkakan?
15-02-2024
GWM Perkenal Jenama Mewah Baharu, Confidence Auto, Ini Rancangannya...
Great Wall Motor (GWM) memperkenalkan jenama mewah terbaru mereka, Confidence Auto. Jenama ini dilaporkan akan diposisikan lebih tinggi berbanding jenama sedia ada GWM.
04-02-2025
Ini Bukan Porsche Tapi Ora 07
Tak dapat beli Porsche, mungkin anda boleh mempertimbangkan GWM Ora 07.
29-07-2024
GWM Ora Good Cat Pasaran Thailand – CKD, Bateri Tempatan
GWM Ora Good Cat jadi jenama China pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di negara tersebut.
16-01-2024
Haval H6 Belum Keluar Tapi Kami Dah "Rasa"
Kami telah pandu uji Haval H6 yang masih belum dilancarkan lagi.
18-05-2023
Berita Terkini
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
