ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dealers-at-PROTON-R&D-at-Hangzhou-Bay,-China.png

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET  mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

Ini bermakna angka itu sudah melebihi dua kali ganda berbanding 17 pengedar yang telah diumumkan pada Jun lalu.

Difahamkan, peningkatan jumlah pengedar Proton e.MAS ini adalah susulan daripada lawatan ke Institut Penyelidikan Geely (GRI) di Hangzhou China.

2.png

Lawatan selama tiga hari itu   disertai lebih daripada 40 eksekutif dan pengurus pengedar dari Malaysia yang bertujuan untuk memberikan peluang untuk merasai teknologi canggih Geely dalam mendapatkan input  mengenai cara pengendalian operasi jualan dan servis model EV premium dari rangkaian pengedar di bawah syarikat Geely.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sejak pelancaran jenama Proton e.MAS pada bulan Jun yang lalu, proses pembangunan menjelang pelancaran model pertama EV mereka harus diberi pujian. 

“Ini kerana penambahan 19 buah pengedar baru ke dalam ekosistem kami menunjukkan semangat juang yang tinggi terhadap ketibaan EV  nasional pertama PROTON. 

“Malah, respons  yang diterima daripada pengurus pengedar yang menyertai lawatan Geely amat memberangsangkan,” katanya.

1.png

Terdahulu, para pengedar berkesempatan melawat ke pusat GRI di Teluk Hangzhou untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai teknologi canggih dan inovasi yang dibina di dalam model Proton e.MAS.

Selain perkongsian teknologi, para pengedar juga berpeluang untuk merasai sendiri teknologi tersebut dengan pandu uji Geely E5 di litar percubaan yang telah disediakan.

Dalam pada itu, para pengedar turut singgah di Pusat Pengesahan Kenderaan Tenaga Baharu untuk melihat bagaimana Geely menjalankan ujian pra-pengeluaran, penilaian dan pengesahan bagi pembuatan dan teknologi kenderaan EV.

Dealers-at-Geely-HQ.png

Lawatan ke pelbagai pengedar premium di bawah rangkaian luas Geely juga turut diatur. Langkah itu diambil dalam meningkatkan tanda aras piawaian yang telah ditetapkan kepada pengedar dan prosedur-prosedur mengenai perkhidmatan pelanggan, strategi jualan dan latihan kepada kakitangan. 

Bagaimanapun, PRO-NET masih mencari rakan kongsi yang menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS yang semakin berkembang. 

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka, anda boleh menghantar e-mel di  Zhaole@proton.com / affendyk@proton.com

Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang https://emas.proton.com/. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB1401

SELANGOR

BSQ4962

JOHOR

JYX6860

PULAU PINANG

PSC6627

PERAK

APH8498

PAHANG

CFG6591

KEDAH

KGG3243

NEGERI SEMBILAN

NEK5429

KOTA KINABALU

SJS1723

KUCHING

QAB9251N

Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.

07-11-2024
EV

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024
EV

Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia

Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

24-09-2024

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.